Wednesday, April 14, 2010

DALAK KE71 ASAT ALBAB @ LUBOK MIMPI

Rabu 14/04/2010 jam 07.00 pagi, kali ani Deky sama Zulkefli (sepupu Deky) lagi membawa Asat Albab mendalak memajal diLUBOK MIMPI mencuba disebelah pagi pasal durang nda puas hati kemarin patang cuma sekong dalak saja yang naik. Lebih kurang dalam 5 ke 15minit durang cast, lure Asat Albab pun kena strike dalak dan berhasil dinaikkanya. Nda lama selepas atu Deky lagi nerima strike dalak tetapi sayang tali sulamnya putus uleh dalak yang bejaya melepaskan dirinya bersama lure scum frog. Mengikut ceritanya baru jua dimalam mengganti dengan tali sulam yang baru, besar kemungkin tymnya mengulong atu mungkin ada tersimpul kali. Sedang2 Deky berihat mengusai kailnya, Asat Albab lagi menerima strike dalak dan berjaya dinaikkanya. Nda lama selepas atu sekali lagi lure Asat Albab kena strike dalak pun bejaya jua dinaikkanya bermakna 3 ekor dalak lurihnya pagi atu merupakan jumlah terkumpul masa ani sebanyak 71 ekor dalak dari awal tahun sampai bulan ani. Uleh kerana cuaca terlalu panas dan nda lagi ada strikenya durang pun balik, tahniah Asat Albab makin maju sudah ni.....

No comments:

Post a Comment