Tuesday, May 5, 2009

MEMBARAB @ ULU TUTONG PART2



Pada hari ke3 Ahmad memang sudah planing utk bangun awal kerana mengambil kesempatan untok casting sebelum memulakan tugas seperti biasa dan terus menuju lubuk yg sudah d hajati lebih awal, tanpa berlengah cAhmad memulakan casting menggunakan popper kesayangannya dan berjaya menewaskan 2 ekor ikan Badus saja pada ketika itu dan selepas atu baru tah mula untok menjalankan tugas seperti biasa, setelah selesai bertugas, disebelah ptg jam 3 cAhmad turun lagi mencari lokasi2 yg berpotensi bagi tempat persembunyian ikan barab, sambil mencari lokasi, ia sentiasa mencuba cast d sepanjang perjalanan. Tiba ditempat lubuk berkenaan dengan sekali cast saja popper miliknya terus saja dihentam dgn begitu kuat, dalam hati rasa gelisah disebabkan alum tahu apa yg menghentam poppernya atu, pertarungan selama 5 minit akhir nya baru tah tahu rupanya ikan barab seberat 2kg telah pun berjaya ditewaskan alangkah happynya dan kali ini merupakan barab yang terbesar diperolehinya dan juga barab yg ke4 dalam tahun ani. Walaupun baru jam 4 ptg disebabkan kepuasan yg dirasainya sudah mencukupi cAhmad pun balik kekem semula. 
Hari ke4 baru tah durang bersiap untuk balik setelah selesai dengan tugas yang dipertanggungjawabkan.
Tentangan ikan barab nyamukning memang sukar dilupakannya, ianya akan dikenang sampai bila2 sehingga lah ia akan kembali kesana lagi nanti insyaallah.... Tahniah rekod baru udah tuh......

No comments:

Post a Comment