Friday, July 11, 2008

3 bulan menunggu akhirnya selunsong berjaya ditewaskan di Danau Menjerit


Trip kami pada 11.7.2008 jam 3ptg tadi cuma mengambil masa 3 jam saja walaupun dengan cuaca berangin dan hujan namun masih juga kami gagahi. Seawal labuhan pancing cMajidi terlebih dahulu ditarik dengan kuat namun belum rezekinya. Selepas atu dlm jam 4.30ptg baru tah umpan king sizeku kana sambar selunsong yang nyaris2 memutuskan perambut 60lbs ku arah paip berdekatan dengan tempat kami memancing. Memang seksa rasanya menunggu 3 bulan yang mana sebelum ani kecundang saja menaikkan selunsong akhirnya berjaya juga tadi Alhamdulillah......


Sejam berlalu kira2 jam 5.30ptg barulah umpan cKupek memang hantu selunsong jua disambar selunsong berat 3.2kg dan berjaya dinaikan olehnya atupun nda ya membaritahu kami awal sudah selunsong atu gantung2 udah barutah ia memanggil kami minta siutkan hehehe.....



Cmajidi yang sedang membetulkan kedudukkan pancingnya yang mana seawal beliau mengumpani menggunakan banting2 telah disambar selunsong tapi terlepas. Jam pukul 6ptg baru tah kami balik dengan misi yang berjaya kali ini di Danau Menjerit. (Teknik no.6)





No comments:

Post a Comment