Tuesday, March 9, 2010

DALAK YANG KE22 EBEL @ LUBOK YABAS

Selasa 9.3.2010 jam 2.30 petang Ebel mengambil kesempatan dalam kesempitan mendalak di lubok Yabas seorang diri dan belureh sekong dalak tapi sayangnya nda da orang menggambar lapas atu Ebel pun berehat dulu uleh kerana nda tahan hati meliat aingnya luan canteek tambah ngam lagi selepas bertugas jam 4.30 petang sekalai lagi Ebel turun mendalak seorang baru jua 5 ke 6 kali mengumban lure kataknya tarus kana sambar ganas rupa2nya monster dalak berat 1.6kg kemarin lurehnya berat 1.5kg. Kira2 jam 6petang lure kataknya kana sambar lagi uleh dalak dan belureh jua ia semuanya 3 ekor lrehnya hari ani merupakan dalak yang ke22 bagin ya kali ani.Anitah dalak berat 1.6kg cuma ani saja yang begambar ulehnya aiii..lain macam saja lure Ebel ani, macam kunci kereta usulnya hehe...

SELUNSONG KE5 MAJIDI @ DANAU MENJERIT

Isnin 8.3.2010 petang Jaki, Roy sama Amizul turun memancing lebih awal di Danau disebabkan keracunan sudah namun alum ada hasilnya. Tepat jam 12 tghmalam baru tah Majidi dan Madi sampai di sana masa atu aing masih surut masing2 tidur nda lagi sadarkan diri. Jam 4 pagi 1st strike Madi lureh seekor sembilang(nda begambar) lapas atu Majidi lagi dengan 2nd strike seekor ketambak(nda begambar) dalam jam 5pagi ngam member2 lain bepanyap2 barang kan balik tinggallah Majidi sama Madi lagi beraksi dalam jam 6 pagi, 3rd strike baru tah selunsong muncul dan menyambar umpan Majidi dan berjaya dinaikkan ulehnya merupakan selunsong berat 5kg dan yang ke5 baginya kali ani lagi. Dapat tah sudah gelaran hantu selunsong atau tauke selunsong dibagi arah Majidi ni kan tiap hari udah lureh selunsong hehe...Tahniah Majidi banyak2 kail yang bejuntun kail mu jua kana sambar uleh selunsong bukannya apa tu tahun lapas punya selunsong tu nda mau naik2 ulehmu sekalinya membalas nah rezeki melimpah-limpah, Alhamdulillah....

Monday, March 8, 2010

LAGI2 DALAK @ LUBOK TEKAJUT

Isnin 8.3.2010 jam 3 petang Asat Albab, Ebel, Khairul dan Deky turun mendalak di lubok tekajut lagi yang mana Asat Albab mula2 strike baung menggunakan spinner janggut fikirnya dalak yang menyambar, Khairul lureh sekong dalak merupakan dalak yang ke33 baginya, Ebel lureh sekong dalak berat 1.5kg merupakan dalak yang ke18 baginya manakala Deky cuma ugat sama misscall saja. Dalam jam 5 petang Jimi pun datang kan join mendalak sama durang disebabkan kana racun uleh durang Asat Albab walaupun akhir datang tapi belureh jua ya sekong dalak merupakan dalak yang ke23 baginya kali ani. Tahniah yang belureh atu teruskan usaha bagi yang kurang bernasib baik.Anitah spinner tok janggut buatan sendiri milik Asat Albab yang lureh baung tadi tapi paling banyak dalak lah yang lureh pakai spinner ani.

1ST UNGAH MAJIDI @ DANAU MENJERIT

Ahad 7.3.2010 malam Majidi sama Madi turun memancing lagi di Danau disebabkan udang rostris masih lagi banyak yang hidup. Keadaan aing yang berombak dan jua berangin nda mematahkan semangat durang ani memang memajal punya jua hehe....Malam atu pancing Majidi jua masih kena strike yang mana 1x putus dan 1x lepas cuma seekor ungah ja yang berhasil merupakan 1st ungah baginya, tahniah lagi buat Majidi baik tah memajal tu mun sudah ada heng atu Majidi.

Sunday, March 7, 2010

MERIAHNYA MENYELUNSONG @ DANAU MENJERIT

Sabtu 6.3.2010 malam kami turun memancing secara beramai2 di Danau lagi antara yang beraksi member2 dan jua rakan sekerja aku, Madi, Majidi, Edin, Amin, Ejal, Ronie, Roy, Mon, Yawang, Jaki, Asmadi, Asan dan Nordi tambah2 lagi member dari KB iaitu bro Walid dari KB Ians Anglers turut join memancing bersama kami menambahkan lagi kemeriahan malam atu hehe...Majidi jadi hero lagi lureh seekor selunsong berat 5.5kg jam 1 pagi merupakan selunsong ke4 kali ani baginya, Tahniah Majidi heng jua banar kail atu udah balik2 kail atuu... jua.Sebelum Majidi lureh selunsong, Walid berhasil seekor ungah dalam jam 12 tghmlm baru jua melabuh kailnya sebelum ani alum pernah belurih memancing di Danau janya, tahniah Walid.
Aha...ani antara yang turut menumpang glamour termasuk tah aku hehe.....
Sambil menunggu pancing kena strike sambil atu duduk bersembang ramai jua banar member2 kami turun malam atu uuhu...meriah jua banar.
Sempat jua posing malam atu liat tah Majidi atu baca2 mentera udah ya macam makan ada jua usulnya hehe...Pada pagi hari minggu kami relax2 santai sempat lagi membuat promosi iklan baju STA hehe...Anitah hero2 yang memeriahkan lagi di Danau menjerit malam minggu antara gabungan Majidi(STA) dan Walid(KB IANS ANGLERS)betul2 meriah.

Saturday, March 6, 2010

PESTA DALAK @ LUBOK TEKAJUT

Sabtu 6.3.2010 jam 8.30 pagi Asat Albab, Khairul, Roy dan Deky turun di lubok tekajut yang mana Asat Albab belureh 7 ekong dalak merupakan dalak yang ke46 baginya sudah, Khairul lueh 4 ekor dalak merupakan dalak yang ke32 baginya, Roy lureh 3 ekor dalak merupakan dalak yang ke23 baginya dan lureh 1st badus jua, Deky lureh sekor dalak berat 1.2kg. Disebelah petangnya dalam jam 2.45 Jimi dan Sur pun join durang disebabkan keracunan uleh Asat Albab, pun belurih jua Jimi dalak 2 ekong merupakan dalak yang ke20 baginya manakala Sur rakan Jimi belurih 2 ekong dalak jua nda sia2 kana racub belurih jua durang ani hehe...
Anitah lurih Asat Albab 7 ekong dalak man of the match tadi yang terbanyak belurih setakat ani.

1ST N 2ND LESEN BARAB EBEL @ LAYONG

Jumaat 5.3.2010 jam 10 pagi Ebel turun seorang kan ngasting di Layong masa atu aing masih lagi surut. Sejam labih ngasting membari sangal jua tangan nda ada berhasil cuma 3x misscal dan 1x ugat dalak saja, lapas atu Ebel cuba2 pakai lure Rapala lagi nda disangka2 barab pulang menyambar lurenya dalam jam 11.30pagi dan berhasil dengan 1st lesen barab kali ani. Selepas 1st strike Ebel pun berehat buat seketika disebabkan tekajut ada barab dan masih lagi terasa kajar2 hehe...dan setelah kembali normal Ebel pun mencuba lagi baru 5x cast barab ke2 berjaya dinaikkan merupakan barab yang ke2 baginya. Tahniah Ebel andangnya tu membari kajar2 haha....2 ekor barab yang berupaya membuatkan Ebel kajar2 n membari iski janya nda termasuk botol sehat atu lurehnya ah..

MEMBADUS @ LUBOK 23 FEBRUARI ULU BELAIT

Jumaat 5.3.2010 jam 6 pagi Asat Albab, Danan dan kawan durang Bohan turun ke ulu Sukang kan mencuba cast tapah sama barab. Lebih kurang jam 8 lalu durang pun sampai di sungainya yang berdekatan dengan sekolah. Lebih kurang 2 jam cast langsung nda ada berhasil durang p[un mengambil keputusan untok berpindah kelubok seterusnya iaitu Lubok 23 FEBRUARI dan setibanya disana macam biasa ambil tempat masing2 baru pun 5 kali cast, lure katak Asat Albab kena sambar uleh badus dan berhasil dinaikkan. Seterusnya 2nd strike Danan lagi belureh sekong badus dan lapas atu baru Bohan menaikkan sekong badus jua. Hasilnya Asat Albab berjaya menaikkan 4 ekor badus(Badus ke14), Danan berhasil dengan 2 ekor badus(badus ke 6) dan Bohan berhasil dengan 2 ekor badus.Tahniah gengz yang membadus walaupun nda belureh tapah lain kali lagi mencuba menapah hehehe...

Friday, March 5, 2010

AMUKAN SELUNSONG MENJADI-JADI @ DANAU MENJERIT

Khamis 4.3.2010 malam aku, Majidi, Ejal(biras Majidi), Madi, Roy, Jaki, Bugul turun memancing di Danau kan mengintai amukan selunsong lagi yang mana seawal umpananku dengan udang rostris tak menjadi alum rezeki katakan. Lapas atu nda lagi ada strike sehinggalah Roy, Madi dan Bugul balik jam 1 pagi dan yang tinggal bertahan aku, Majidi dan Ejal saja yang tinggal. Membari kalat mata jua banar menunggu masa atu last2 aku pun tido dalam jam 1.3opagi.

Jam 3.15 pagi aku dikejutkan uleh durang Majidi yang mana pancing Majidi kena srtrike selunsong masa atu siuk2 udah tidor dalam sleeping bag hehe....dan Majidi berjaya menaikkan seekor selunsong berat 2.2kg merupakan selunsong ke3 buatnya kali ani. Selang 1 jam berlalu dalam jam 4 pagi pancing Majidi lagi strike amukan selunsong yang semakin menjadi-jadi namun Majidi tewas kali ani disebabkan mainline 40lbs terputus. Serupa jua selepas 1 jam dari strike ke2 dalam jam 5 pagi pancing Majidi lagi strike sama jua tertewas lagi masih jua terputus mainlinenya kalau nda 3 ekor selunsong sudah dinaikkan uleh Majidi, heng jua banar kail atu hehe... Selepas strike ke3 terputus aku pun tidor semula disebabkan masih lagi paning2 lalat sehinggalah jam 6 pagi kali ani pancing biras Majidi Ejal kena strike uleh selunsong sampaikan aku tebangun mendangar durang terais-terais akhirnya berjaya jua seekor selunsong berat 4kg ngam2 dinaikkan ulehnya merupakan 1st lesen selunsong bagi Ejal sanang udah hati tuh nda lagi bini marah balik rumah karang...haha.. Tahniah Majidi lu orang ada heng ini hari, selunsong yang ke3 udah untok tahun ani. dan tahniah jua buat Ejal merupakan 1st lesen selunsong mu kali ani.
Sebelum balik tadi pagi Majidi berhasil lagi dengan seekor sembilang berat 1kg dan dibaginya arah orang yang mengikis ampir kami masa atu.

Thursday, March 4, 2010

BADUS KE2 KHAIRUL @ LUBOK MELAGAU

Khamis 4.3.2010 petang Asat Albab, Khairul, Deky dan Danan turun membadus dan mendalak di lubok melagau ulu Tutong. Macam biasa sampai saja disana masing2 ambil tempat strategy lebih kurang sejam cast cuma Khairul saja yang berhasil menaikkan seekor badus merupakan badus yang ke2 nya kali ani. Asat Albab, Danan dan Deky cuma ugat dam misscall saja durang pun bercadang untok berpindah kelubok sakit kepala lagi kan membarab. Setibanya dilubok tersebut tarus tah durang ani cast dalam masa 15 minit cast, lure Danan tarus kena sambar uleh barab tapi sayangnya dibawanya menyangkut arah kayu tarus menyebabkan barab atu lapas sambil Danan dudok2 berehat giling2 kepala hehe...lapas atu Danan sambung balik cast sekali lagi lure popper Danan disambar barab sampai jua udah ketambing telapas tia lagi malang tah nasib Danan hari ani, apa2pun sabar Danan alum tah rezeki tuh dan tahniah buat Khairul...

DALAK EBEL YANG KE17 @ LAYONG

Khamis 4.3.2010 jam 3.15 petang Ebel turun bersendirian tujuan kan mendalak di Layong untok menambah koleksi dalaknya lagi, memang hajatnya berhasil dengan seekor dalak saja merupakan dalak yang ke 17 baginya kali ani. Tahniah Ebel...

Wednesday, March 3, 2010

1ST LESEN BARAB HADIAH HARI JADI BUAT DANAN @ LUBOK SAKIT KEPALA

Rabu 3.3.2010 jam 3.45 petang Danan membuat kejutan mehaga Asat Albab dirumahnya kan membawa membarab bekas lubok kemarin iaitu lubok sakit kepala. Setibanya dilubok tersebut macam biasa masing2 tah mencari spot. Lebih kurang dalam masa setengah jam cast satu sambaran ganas menyambar lure popper milik Danan tapi sayangnya ugat. Selang 3 ke 5 minit satu lagi sambaran berlaku namun cuma misscall saja apalagi Danan cepat2 menukar lurenya kepada popper chug bug warna putih dalam masa 15 minit cast baru tah ada sambaran ganas bermula. Pada mulanya durang fikir ikan tapah rupa2nya seekor barab berat 1.5kg merupakan 1st lesen barab baginya dan apa yang istimewanya ngam lagi hari jadinya hari ani. Tahniah Danan dan selamat harijadi...nda lagi sakit kepala ni...
SELAMAT HARI JADI KEPADA DANAN SEMOGA DIPANJANGKAN UMOR DAN DIMURAHKAN REZEKI DISAMPING KELUARGA TERSAYANG....AMIN..!

AMUKAN SELUNSONG WAKTU BULAN TERANG @ DANAU SUDAH MENJERIT

Selasa 2.3.2010 jam 7 malam aku, Madi, Majidi dan Ejal biras majidi turun di Danau lagi kan mengintai selunsong lagi. Seawal jam 7 hingga 9 belum lagi ada tanda2 umpan kami kena sambar uleh selunsong sehinggalah ketika aku kan bepanyap mulih kan mengaga bini balik kaja dalam jam 9.15 malam waktu atu bulan sudah muncul dan terang benderang ulehnya di Danau nda lagi payah kan belampung lagi dalam siok2 bercerita sambil menunggu pancing Madi mengambil keputusan kan mencek umpannya tau2 pancingnya sudah kena strike selunsong, sibuk jua kami berempat ulehnya akhirnya berhasil jua seekor selunsong berat ngam2 4kg merupakan selunsong yang ke2 buat Madi kali ani.Solid hookup matakail Madi ngam arah bibir karasnya pucat jua mua Madi malam atu alum masuk siut alum senyum hahaha.......

Selunsong strike ke2 pancing Majidi lagi jadi sasarannya alum lama aku balik Majidi berhasil menaikkan seekor selunsong lagi merupakan selunsong ke2 jua baginya kali ani. Tahniah Majidi dan Madi berhasil sudah ni membuatkan Danau sudah betul2 Menjerit.

BARAB 2 VS DALAK 1 @ LUBOK MELAGAU N LUBOK SAKIT KEPALA

Selasa 2.3.2010 jam 3 petang Asat Albab bersama Danan turun cast di ulu Tutong dan setibanya disana masing2 tah mencari lubok berpotensi yang mana Danan saja yang belurih sekong dalak 3x ugat dan 2x misscall uleh kerana Danan melagau2 tym siok2 cast arah Asat durang panggil tah lubok ani "Lubok Melagau". Jam 5.25 petang berpindah lagi durang dispot lain sama jua bila saja sampai pandai2 tah masing2 mencari lubok kali ani Asat Albab menggunakan lure popper strike pro tujuan kan target barab baru jua cast 5 ke 6 kali lure Asat tarus kena sambar uleh barab merupakan 1st lesen barab bagi Asat Albab kali ani. Dalam masa 5 minit selepas atu Asat Albab mencuba lagi cast masih lagi kena sambar uleh barab kali ani barab ke2 baginya lagi...sampaikan Danan beucap"sakit kepala kuuu...." tarus tah durang namakan lubok ani Lubok Sakit Kepala hehehe...ada2 saja nama lubok ani, apa2pun tahniah Asat Albab dan Danan..
Ani dalak yang ke15 bagi Danan kali ani.....

Tuesday, March 2, 2010

AKHIRNYA MAJIDI RENEW LESEN SELUNSONG @ DANAU MAU MENJERIT UDAH

Isnin 1.3.2010 malam akhirnya penantian selama ani uleh Majidi berbaloi jua selama setahun kecundang saja uleh selunsong kali ani tepat jam 11.30 malam terciptalah sejarahnya pembukaan pemanas badan awal bulan 3 ani dengan hasil seekor selunsong berat 4kg
renew jua sudah lesen selunsongnya kali ani kalau nda 2ekong lurihnya semalam tapi sayangnya terlapas pulang. Apa yang dinantikan dari petang kemarin sampai semalam berhasil jua yang mana sampai Roy dan Marak keracunan jua ikut join memancing dimalam dalam jam 12 tghmalam selepas Majidi menaikkan selunsong sudah. Masa ani Majidi masih mancing bersama birasnya(Ejal) sampai kepagi, kita tunngu apalagi news dari durang. Tahniah Majidi hati sudah banyal senang da.....

Monday, March 1, 2010

UNGAH VS KERAPU SAJA @ DANAU

Isnin 1.3.2010 pagi Madi, Edin dan kawan Edin (Apis) turun lagi memancing diDanau tibanya disana jam 7.30 pagi maca biasa memasang kail masing2. Lama jua menunggu ada strike masa atu aing begarak pasang bangat banar dalam jam 10 pagi baru tah kail Madi kena strike ganas uleh selunsong dalam anggaran berat 8-10kg sampaikan 3x lompatan dibuatnya dan dibawanya ketangah kuala, main punya main baru tah lamah selunsong atu sampai tah kan ampir menyiut lagi nda semana2 telapas tarus matakail dari mulutnya. Aduh....sayang tuh lapas atu langai tia nda lagi ada strike.
Uleh kerana umpan masih banyak menyambung lagi durang sampai kepetang dalam jam 3 baru tah ada 2nd strike kail Madi dengan seekor ikan kerapu, syukur tah jua tu daripada nda ada hehe..

3rd strike kail Edin kali ani kena sambar uleh seekor ungah, sanang udah hati tuh sekurang2nya terubat jua hati atu geng....Jam 6.30 petang baru durang kan balik bepanyap sekali datang lagi Majidi kan bemalam diDanau, kita tunggu apa keputusan esuk dari Majidi lagi...Tahniah Edin n Madi nda apa cuba lagi memajal selunsong atu....

DALAK KE16 EBEL @ LUBOK 3 SERANGKAI

Isnin 1.3.2010 jam 4 petang Ebel, Khairul dan Roy turun mendalak dilubok 3 serangkai bagi awal bulan 3 ani harap2 ada hasil namun cuma Ebel saja belureh sekong dalak junior merupakan dalak yang ke16 baginya kali ani. Tahniah Ebel pemulaan yang bagus awal bulan ani..