Friday, June 5, 2015

1ST LESEN PELAPAHAN @ PERAIRAN LAUT TUTONG



Isnin 1.6.2015 pagi...selepas dari bertugas malam aku turun menjig diperairan laut Tutong  bersama Danan aka Labooh, Ahmad(Atok), Adyzam(Jam Candat), dan Fadli(OG) mencatar bot milik kawan Atok. Memandangkan keadaan cuaca mendung trip kami ditangguhkan buat seketika  dikhuatiri ribut melanda. Sesudah cuaca beransur pulih kami pun meneruskan perjalanan yang memakan masa dalam 30minit. Banyak spot yang kami singgahi namun belum jua ada yang sudi strike jig kami mungkin keadaan cuaca mendung sehinggalah selepas kami makan tengah hari barulah matahari menampakkan dirinya dan  kami pun mengambil kesempatan untuk mencuba bermacam jenis jig ternyata Ahmad berhasil dengan seekor bekalang. Selepas atu banyak kali jig kami kena strike ikan namun banyak kali jua jig kami kana tapau sehinggalah aku yang baru mengambil L menjig terkena strike yang kuat. Memandangkan set yang aku gunakan bukannya khas menjig maklum tah aku budak baru belajar hehe....terpaksa tah berhati2 akhirnya seekor pelapahan 5kg berjaya dinaikkan merupakan 1st lesen bagiku. Selain dari atu aku jua berhasil menaikkan ikan baduk dan titir. Selepas atu Fadli lagi berhasil dengan 2 ekor tenggiri manakala Danan dan Jam tidak ketinggalan menaikkan beberapa ekor kerapu dan juga titir. Pilot dan crew boatman kami berhasil dengan seekor pelapahan dan beberapa ekor basong2, rumahan, sulit dan lain2 lagi hasil dari menganjun dan mengambur. Syukur Alhamdulillah... trip kali ani no body kumpawwww....

No comments:

Post a Comment