Saturday, March 28, 2015

TRIP SINGKAT KE2 @ PERAIRAN TUTONG




Selasa 24.3.2015 jam 7.30pagi..Bob mencuba nasib lagi di pèrairan Tutong bersama Mus manakala Helmie menggunakan perahunya sendiri kali ani. Nda smpai 5 minit Helmie melabuh umpan, pancingnya kena strike ganas namun melepas. Selepas atu strike ke2 dan kali ani Helmie baru tah Helmie berjaya menaikkan seekor tenggiri. Nda lama selepas Helmie kena strike, kali ani giliran Bob lagi menerima strike yang kuat sehingga tali keluar tanpa henti dan Bob cuba mengawal keadaan akhirnya Bob berjaya menaikkan seekor tenggiri berat 7kg. Selepas atu giliran pancing milik Mus lagi kena strike namun melepas disebabkan semasa cuba menaikkan ikan tenggiri, mainline terkena batang siut dan tarus putus. Selang beberapa minit, Bob berjaya lagi menaikkan seekor tenggiri berat 2.5kg. Dalam 10minit berlalu, baru tah pancing milik Mus kena strike dan kali ani seekor tenggiri berat 2.6kg berjaya dinaikkan ulehnya, tahmiah Helmie, Bob dan Mus.

Atikel oleh Bob#

No comments:

Post a Comment