Tuesday, May 13, 2014

BC TOURNAMENT BY STA @ EPM

Ahad 11.5.2014 pagi... bc tournament berlangsung di EPM yang dianjurkan oleh kami sendiri hadiah ditaja oleh Khairul aka langkang yang mana peraturannya setiap seorang dikehendaki menggunakan 1 set reel baitcast saja manakala gewang bebas. Pertandingan bermula dari jam 7 pagi hingga 1 petang, jika gagal menepati masa maka peserta akan digugurkan dari bertandingan. Manakala tangkapan mestilah ikan toman sahaja(anak toman yang masih ada 2 taris dibadannya atau masih dalam kumpulannya tidak dikira). 2 kategori yang akan dipertandingkan iaitu Pemenang bagi solo tangkapan yang terbesar manakala pemenang bagi kumpulan tangkapan yang paling banyak sekali.
1-Bergotong royong menurunkan 5 buah bot yg digunakan semasa pertandingan.
2-Sebelum pertandingan dimulakan doa selamat dibacakan uleh salah seorang member kami HJ Khalideen dan seterusnya briefing peraturan/syarat2 pertandingan dan keselamatan semasa pertandingan.
3-Pertandingan bermula masing2 mencari spot toman dan setiap bot 3 org peserta. Toman yg diperolehi dilepaskan semula setelah penghakiman selesai dijalankan.
4-Pemenang bagi solo tangkapan terbesar dimenangi oleh Dadih dan pemenang bagi group tangkapan yg paling banyak dimenangi oleh group Memet, Madi dan Aliade. Terimakasih bnyk2 buat member2 STA semua yang terlibat menjayakan acara pertandingan ini dari mula hinggalah selesai dgn jayanya mmg happening berabis dan juga tak lupa diucapkan trimaksih bnyk2 kepada penyumbang hadiah ditaja oleh Khairul aka Langkang. Semoga Allah S.W.T memberkati dan membalas atas kerjasama dan sumbangan ikhlas dari anda semua dan semoga keakraban silaturrahim antara keluarga STA akan terus berkekalan sampai bila2... Aamiin....

No comments:

Post a Comment