Saturday, June 23, 2012

MENJEJAK SERIGALA SUNGAI AKA BARAB @ ULU TUTONG

Khamis 21.6.2012 jam 5ptg...trip memburu barab aka sebarau aka hampala aka serigala sungai yang diaturkan secara mengejut di ulu Tutong disertai oleh aku, Ahmad, Jun dan Ak Firdaus.
Jun yang belum pernah ke ulu membarab terus saja setuju untok join trip ani sesampainya di ulu jam 6.30 petang, kebetulan tempat kami bemalam berdekatan dengan sungai dengan tidak sabar2 menunggu keesokkan harinya kami terus bawa set masing2 untok cast yang mana Ahmad berhasil dengan seekor badus manakala aou kena strike uleh seekor barab yang membuatkan hook popper strike ku tekangkang kesemuanya, melepas aku naikkan barab monster dan selepas atu kami pun berhenti cast dsebabkan hari sudah gelap.
Keesokkan harinya jam 6pagi, penerokaan pun bermula menyusuri sungai yang berbatu dan berarus sederhana yang banyak memberi semangat untok kami meneruskan perjalanan yang banyak halangan seperti pohon kayu yang rebah malah kami sering tergelincir disebabkan keadaan batu yang licin namun tak memetahkan semangat kami.
Cast secara merendahkan badan ataupun duduk cara terbaik menggelakkan dari dikesan uleh barab dari melarikan diri dari jarak dekat.
Hasilnya Ak berjaya menaikkan barab pertama(renew lesen) yang belum lama kami memasukki kawasan tersebut..
Malah blind cast ketika siok2 besembang sambil cast pun ada kejutan dari barab ani hasil ke2 bagi Ak dan berjaya menaikkan 4ekor barab pada trip ani.
Selepas atu giliran aku lagi menaikkan seekor barab 1st strike dengan menggunakan spinner bakau yang mana 3ekor barab berjaya digoda dengan spinner bakau jua ulehku.
Double strike, aku berhasil dengan seekor baby badus aka bujuk manakala Ak berhasil dengan seekor baby barab..
Ahmad melepas 2ekor barab namun berhasil lagi dengan seekor badus aka bujuk.
Akhirnya Jun berhasil jua dengan lesen barab sebanyak 4ekor dan yang ani last strike barab yang memberi kepuasan karan arahnya dan berharap akan dapat join lagi pada trip yang akan datang..

No comments:

Post a Comment