Tuesday, April 17, 2012

SEMUANYA AMPIT STRIKE MJ @ LUBOK MENDAKAPING

Isnin 16-04-2012 pagi-ptg...Madi, Asat, Emi dan Hj khaliddien (capt) turun di lubok mendakaping lagi walaupun turun akhir namun hasilnya memberangsangkan jua yang mana 3 ekor MJ berjaya dinaikkan dalam masa 5 minit uleh Emi, Hj Khalidin dan belum sempat membuka lure strike ke2, Madi pun menaikkan mj yang ke3.
Tangkapan seterusnya, Emi berhasil menaikkan seekor titir (lesen pertama).Sebelum berehat tengahari Emi berhasil lagi dengan lesen baru seekor sumpit2 menggunakan rapala skitterpop dan Madi lagi berjaya menaikkan MJ yang ke2.
Selepas berehat, baru lah giliran Asat lagi menaikkan seekor MJ dan strike terakhir, Asat berhasil menaikkan kerapu manakala Emi ugat bulan-bulan. Tahniah semuanya nda ada yang PANAS...

No comments:

Post a Comment