Monday, June 13, 2011

HARI UNGAH LAGI... @ KUALA TUTONG

Sabtu 11/06/2011 jam 8 pagi... misi 2 in 1 (casting dan membottom) di sungai Kuala Tutong menggunakan perahu kepunyaan Hj Musa yang disewa uleh Roy aka Marak, Asat Albab dan Sofian aka Kuyan. Misi sebelah pagi dalam beberapa jam dijalankan, Sofian berhasil menaikkan seekor ungah dengan kaedah cast manakala Roy dan Asat Albab alum ada rezeki. Disebelah petangnya masih diteruskan dengan kaedah membottom dan baru jua dalam beberapa minit membottom, pancing Asat Albab kena strike dengan kuat sekali sampaikan joranya sedikit lagi kan tergugur ke sungai kalau nda joran Conolon dan spool Shimano Ultegra jadi takat hehe...tetapi ikanya berjaya memutuskan perambut 50lbs. Nda lama selepas atu Sofian pun berhasil menaikkan 2 ekor ungah dan sekali lagi pancing Asat Albab kena strike dan seekor ungah pun berjaya dinaikkanya. Manakala Roy alum ada rezekinya, TAHNIAH kepada yang berhasil atu yang alum ada cuba lagi hari lain...

No comments:

Post a Comment