Saturday, April 23, 2011

KETUMBANG PLUS BABY GT AKA IKAN PUTIH @ LUBOK ANGUK-ANGUK

Jumaat 22.4.2011 jam 10.30 pagi...operasi cast di perairan Brunei kali ini menggunakan perahu milik Babah antara yang turun Babah sama Boy Sangkut saja..yang mana plan kan cast sekajap saja di sepanjang sungai Burung Lepas hingga ke Bunut. Belum sampai pertengahan jalan, enjin perahu bermasaalah tia...mau nda mau tepaksa tah durang bekayuh semula ke penurunan perahu dan memakan masa lebih 2 jam untuk sampai. Sambil bekayuh..Babah menelepon Chong untuk minta pertolongan dan setelah atu enjin perahu terpaksa jua durang bawa ke workshop untuk direpair. Dalam jam 5 petang...enjin pun sukses di baiki apalagi tarus tah durang ani menyambung semula hajat untok mengasting lagi bersama Chong di lubuk Angguk2..yang kebilangan dengan lauk putihnya. Sudah sampai ke lubuk tersebut...tarus tah durang cast tanpa membuang masa lagi..
Baru jua dalam 5 minit...lure tdd rapala goldfish milik Babah kena strike uleh Ketumbang dan ikan putih....dalam masa yang sama popper Boy Sangkut pun sama jua kena strike uleh ikan putih aka GT beratnya kira-kira dalam 1kg lebih..Chong miscol saja..lapas atu asal saja durang ani cast.... kena strike saja lure durang bertiga..Ada yang terlepas....ada jua yang damit pun sudi menyambar lure durang dan terpaksa dilepaskan semula. Babah lureh 3 ekor ketumbang manakala ikan putih diperolehi oleh Boy Sangkut sama Chong cuma dalam 45 minit cast saja. Jam 6.15 petang...durang pun balik walaupun lalah bekas bekayu diwaktu paginya namun sebelah petangnya berbaloi jua...tahniah semuanya lebih2 lagi Babah dapat lesen ketumbang sama baby GT...

No comments:

Post a Comment