Friday, June 18, 2010

SELUNSONG MONSTER VS MJ AKA UNGAH @ DANAU

Jumaat 18.6.2010 pagi, antara yang sudah berada di Danau tujuan kan memancing seawal lagi Madi, Majidi dan Edin namun kali ani bukannya arah spot biasa tapi di sebelah tengah lagi disebabkan sudah ada pemancing lain berada disana yang mana cuma Rimi saja yang sempat mengisi ruang spot biasa. Setengah jam berlalu kira2 jam 6 pagi baru tah aku sama Kupek sampai disana namun belum jua ada hasil diperolehi oleh member2 kami mungkin disebabkan air sudah berumbak dan macam Tea C luan2 hehe...Jam 9 pagi belum jua ada strike, Majidi terpaksa mengambil kesempatan untok cast di hujung Danau sebelah sungainya sementara menunggu pancingnya kena strike. Selepas setengah jam berlalu, kelihatan dari jauh Majidi sedang membawa seekor selunsong yang pada mula2nya kami anggarkan beratnya dalam 6kg tapi sudah sampai arah kami rupanya monster selunsong dan setelah ditimbang, beratnya mencecah 11kg. Memang lure Rapala Magnum pearl orange kali ani betul2 beracuun yang mana sebanyak 2 kali kena sambar dan cuma seekor saja berjaya dinaikkan merupakan selunsong yang ke7 buat Majidi. Selepas atu aku bersama Edin lagi mencuba nasib cast dihujung dengan menggunakan lure yang sama Rapala Magnum pearl orange kepunyaanku dan ternyata memang berhasil dengan seekor ungah berat 2kg setelah cast dalam masa 10minit saja menyebabkan Edin yang sedang cast berdekatan dengan aku sakit kepala meliat dan menyuruh aku supaya beranti cast haha....andangnya tu Edin, rezeki sorang2 namanya tu. Setelah diketahui uleh durang Madi dan Kupek yang mana aku belureh ungah apalagi durang pun mencuba jua, namun nda berhasil dan jam 11.30pagi kami pun balik. Alhamdulillah....kalau sudah rezeki apa cara pun boleh berhasil.Menu utama ungahku sama selunsong monster Majidi lure Rapala Magnum pearl orange.Memang ramai orang memancing masa atu sampaikan spot tempat kami selalu dipenuhi uleh pemancing2 lain yang sudah dari subuh lagi berada disana dan terpaksa tah kami dispot lain namun kalau sudah rezeki, dimana2 pun belureh tu....Sempat lagi member2 lain mengambil kesempatan untok bergambar termasok tah aku hehe...

No comments:

Post a Comment