Selasa 29/06/2010 jam 5.30 pagi, Asat Albab bersama Piyambut turun di Danau mengail dengan beumpankan udang hidup yang $1- 3 ekor. Selepas memasang pancing masing² Asat Albab mengambil kesempatan untok cast. Lebih kurang 15minit cast, Kupek pun datang dan tarus jua cast di ujong sebelah kesungainya, dalam diam² rupa²nya Kupek belureh baby ungah pada jam 06.30 pagi. Nda lama selepas atu kira² jam 7.50pagi baru tah Asat Albab lagi belureh seekor selunsong berat 5.5kg. Dalam pada masa yang sama rupa²nya Majidi pun ada memancing dan cast tetapi arah batu berdekatan dengan sekolah Danau dan kail beumpanya kena strike sekali tetapi sayang perambutnya putus. Uleh kerana kana info Asat lureh selunsong, Majidi pun tarus pindah kekuala danau dan nda lama selepas atu Madi pun datang jua tujuan cast saja. Tahniah Asat Albab dan Kupek, AWAS...! cifu dalak udah menunjukkan taring di Danau ni...
Sebelum Asat Albab lureh selunsong, Kupek dulu pembuka tirai lureh seekor ungah..
Baru ya..! solid hookup, selalunya main sipi2 saja tapi kali ani nah full masuk dimulutnya. Nyaman toh rapala tiger jua lagi hehe....

Liat tah keadaan Rapala ani sampaikan kecup kedalam hooknya dan lipnya jua hilang entah kemana dikerajakan uleh selunsong.




Anitah saja lurihku di Keramut tadi, betutu oh betutu junior hehe...lesen jua tuh..


Menu utama ungahku sama selunsong monster Majidi lure Rapala Magnum pearl orange.
Memang ramai orang memancing masa atu sampaikan spot tempat kami selalu dipenuhi uleh pemancing2 lain yang sudah dari subuh lagi berada disana dan terpaksa tah kami dispot lain namun kalau sudah rezeki, dimana2 pun belureh tu....
Sempat lagi member2 lain mengambil kesempatan untok bergambar termasok tah aku hehe...

Awg Sahar menjadi orang yang mula2 membuka tirai belureh toman sebanyak 2 ekor dan cuma seekor saja yang sempat bergambar disebabkan hujan masa atu.
Akhirnya tunggu punya tunggu......, Asat Albab belureh seekor dalak. Macam ku kenal sarung tangan hitam atu hehe....buatkan ku satu........
Khamis 17.6.2010 jam 4.30 pagi aku, Madi, Yahya, Jaki dan bininya turun memancing di Danau dengan berumpankan udang rostris yang kami beli cuma $5 saja. Setibanya disana kelibat selunsong sudah menampakkan dirinya membuat akrobatik sebanyak 2 kali membuatkan kami tergesa-gesa memasang pancing masing2 namun setelah melabuhkan pancing, belum jua ada yang kena strike sambil atu kami pun mengambil kesempatan untok casting sementara menunggu umpan kami kena sambar. Setelah cast beberapa minit namun belum jua ada hasil aku mengambil kesempatan untok menganjun lagi untok mencari elternatif umpan hidup lain namun belum jua berhasil sehingga jam 8.30 pagi baru tah pancingku kena tarek yang mana berdekatan tempat Madi berdiri, dengan pantas tarus tah ku mencapai joranku apalagi layanlah rupanya seekor ungah. Setelah setengah jam berlalu dalam jam 9 pagi pancingku kena tarek uleh selunsong yang menampakkan dirinya membuat akrobatik, kebetulan masa atu Jaki kan balik yang sedang2 menggulung pancingnya masa atu berhampiran dengan pancingku yang kena tarek. Pada mulanya Jaki kan melayan pancingku disebabkan handleku sebelah kiri manakala kebiasaan Jaki sebelah kanan nda tah jadi melayan hehe...dengan larian pecutku dari kem tempat kami berehat, aku mencapai joranku dan terus melayan asakkan selunsong tersebut akhirnya dalam masa seminit lebih selunsong berat 3kg dapat ditewaskan ulehku merupakan selunsong ku yang ke4 kali ani manakala Jaki sempat lagi mengambil videonya dan terpaksa extend masa balik dalam masa setengah jam lagi...racun..racun...hehe...Jam 12.30 tengah hari kami pun balik disebabkan hari kan hujan dan berangin kuat menyebabkan keadaan air mulai berombak.
Hasil pertama seekor ungah yang kami fikirkan selunsong pada mulanya.
Rupa2nya ada bekas perambut orang lain yang terputus masih lagi ada di dalam mulutnya.
Sempat lagi ambil gambar view di Danau ketika subuh. 

Madi berhasil dengan seekor ungah walaupun mula2nya tersangkut arah piling besi..
Disebabkan hujan turun dengan lebatnya, terpaksa tah tomannya saja digambar

Jadi tah ikut begambar atu Jaki ah hehehe.....


Anitah Mizlan yang sedang tekun cast dan 2kali terlepas peluang..





Kalakitok sama baby Ketumbang saja lureh Kupek kali ani syukur tah hehe...
Khamis 3.6.2010 pagi, antara yang turun di Danau kali ani Edin, Majidi, Kupek, Dadi dan Mudin(kawan Edin). Belum jua lama mengumpan pancing milik Kupek sudah pun kena strike uleh Bekalang berat 2.3kg yang berumpankan kembura saja. Selepas atu lama jua kan menunggu strike lagi dan pada kira2 jam 11 pancing Kupek lagi kena strike kali ani seekor Alu2 aka Lingkuh, tahniah Kupek.
Strike ke2 seekor lingkuh lagi menyambar umpan kembura Kupek...
