AHAD 15/03/2015 jam 2 petang...misi membottom masih diteruskan lagi oleh Rudy bersama Rino ( Abangnya). Kali ani Rudy berhasil menaikkan seekor selunsong merupakan yang ke 7 sudah baginya bulan ani manakala Rino alum ada rezekinya aka kumpawwww hehehe...TAHNIAH Rudy....
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua member pancing tidak mengira peringkat umur dalam negeri mahupun luar negeri, salam perkenalan dari kami dan selamat mengikuti sepanjang aktiviti memancing kami .
Wednesday, March 18, 2015
Tuesday, March 17, 2015
BABY MJ 1 VS BABY GT 3 ON UL @ BEKUKU ISLAND
Ahad 15.3.2015 pagi... aku bersama DD(ipar) turun boatbase casting di sekitar kawasan bekuku island. Kali ani aku test set ul 4lbs skaligus mentest sp grub micro takedo yang baru. Alhamdulillah...1st strike seekor baby mj(ke6) menggunakan gewang ul strikepro. Selepas atu baru lah aku menggunakan sp grub micro Takedo dan berhasil dengan 3 ekor baby gt aka lenguran aka ikan putih memang syiooook tu kana karannya manakala DD kumpawww...
REEL: ABU GARCIA CARDINAL S5ROD: DAIWA PRESSO 6' 1-4LBS
LINE: BERKLEY NANOFIL 4LBS
LEADER: VANISH 10LBS
LURE: UL MINNOW STRIKE PRO/ SP GRUB MICRO TAKEDO
Monday, March 16, 2015
BARRA & BETUTU LAGI ULEH MEMBOTTOM @ SG KECEWA
Jumaat 13/03/2015 jam 1 pagi...misi membottom yang dijalankan waktu suboh uleh Rudy bersama Khairul dan juga disertai uleh Ansuri di sg Kecewa kali ani yang mana Rudy berhasil menaikkan seekor selunsong dan seekor betutu. Khairul pun berhasil jua menaikkan seekor betutu dan Ansuri cuma menaikkan seekor utik saja. Pada waktu yang sama jam kul 7 pagi.. Madi lagi join yang mana berhasil menaikkan seekor selunsong cuma nda bergambar,TAHNIAH Rudy,Khairul,Ansuri dan Madi...
Sunday, March 15, 2015
TRIP BOTTOMCAST @ SG KECEWA
Khamis 12/03/15 pagi... trip bottomcast kali ani disertai oleh Asmadi, Bugul, Bebeh, Gnan, Dadih dan Madi manakala Jun dan Rudy join sebelah petang jam 4. Alhamdulillah hasilnya cukup lumayan yang mana Asmadi berhasil dengan 2 ekor betutu dan 2 ekor sembilang, Bugul berhasil dengan seekor betutu, Dadih berhasil dengan 1 ekor selungsong, 1 ekor MJ dan 3 ekor betutu, Gnan berhasil dengan 2 ekor betutu, Madi dengan 1 ekor selungsong dan 1 ekor betutu, Bebeh dengan 2 ekor betutu manakala Jun dan Rudy kumpowww...tahniah yang belureh atu....
Saturday, March 14, 2015
MERIAH SELUNSONG ULEH MEMBOTTOM @ SG KECEWA
Selasa 10/03/2015 jam 7.30 pagi.... Rudy bersama Abangnya ( C Rino ) turun CASTBOTTOM di sg kecewa lagi yang mana hasil dari casting Rino berhasil menaikkan seekor selunsong manakala Rudy alum ada rezekinya. Hasil dari membottom baru tah Rudy berhasil menaikkan 4 ekor selunsong dan 2 ekor sembilang manakala Rino berhasil menaikkan seekor selunsong dan seekor betutu.TAHNIAH Rudy dan Rino....
Friday, March 13, 2015
1ST LESEN MJ @ KUALA TUTONG
Selasa 10/3/2015 ptg...Danan secara solo turun landbase castibg di kuala Tutong yang mana berhasil dengan 1st lesen mj menggunakan lure sp zman. Asalnya mau mencuba2 saja membarab dan disebabkan nda berhasil baru tah berpindah spot ke kuala Tutong..Alhamdulillah... akhirnya terasa jua karan mj dalam seumur hidupnya, tahniah Danan..
Thursday, March 12, 2015
RENEW LESEN BETUTU @ SG KECEWA
AHAD 08/03/2015 jam 4 petang... Rudy bersama Asat turun landbase casting di sungai Kecewa yang mana Rudy saja berhasil menaikkan seekor ikan betutu(Renew) manakala Asat alum ada rezekinya aka kumpawww....,TAHNIAH Rudy....
Wednesday, March 11, 2015
1ST LESEN BETUTU @ PANTAI SERI KENANGAN
Ahad 8/3/15... Madi, Pawee dan Aliadee turun boatbase casting kali ani di sepanjang kawasan pantai seri kenangan Tutong yang mana Pawee dan Madi masing2 menaikkan ikan sumpit2(renew) yang penting no kumpawww hehe... manakala Aliadee pada saat2 akhir berjaya menaikan ikan betutu merupakan 1st lesen 2015 baginya...tahniah semuanya.
Sunday, March 8, 2015
1ST LESEN SELUNSONG VS RENEW LESEN DALAK @ SG BERA
Jumaat 6.3.2015 pagi... aku, Danan aka Labooh, Asmadi, Madi dan Aliadee turun landbase casting di sg Bera kali ani yang mana Aliadee lureh seekor selunsong semasa Madi memberikan tunjuk ajar cara cast arahnya dan ketika set casting bertukar tangan tanpa diduga seekor selunsong sudahpun menyambar sp milik Aliadee apalagi kajar2 tarus bertarung dan akhirnya naik jua merupakan 1st lesen baginya . Aku mengambil kesempatan mau test sp baru untuk renew selunsong betukar jadi renew lesen dalak tah pulang dan beberapa kali kena strike bulan2 namun semuanya melepas yang penting sp baru sudah hanyir dan nda kumpawww hehehe... manakala yang lainnya kumpawww...
Saturday, March 7, 2015
2ND TRIP JIGGING @ PERAIRAN BRUNEI
Rabu 4.3.2015 pagi...kali ani Adyzam mencatar perahu milik Jai @ Raja H Jal ditemani oleh Sahrol dan Mayul yang mana Adyzam berjaya menaikkan seekor gt berat 7.1kg merupakan lesen pertama baginya manakala yang lainnya pun berjaya menaikkan ikan seperti gt, bekalang, tenggiri, tungkul, tawih dan bermacam-macam jenis ikan lagi, tahniah semuanya...
Labels:
ikan putih,
kerapu,
tawih,
tenggiri,
tongkol
Friday, March 6, 2015
BARRA KE2 SHAM @ LUBOK SANGKUT
Rabu 4/3/2015 pagi... Sham secara solo turun di lubok sangkut lagi yang mana 2x miss call dan selepas atu baru Jimie datang join..Alhamdulillah....akhirnya Sham berjaya jua menaikkan seekor selunsong seberat 1.2kg merupakan yang ke2 baginya kali ani manakala Jimi dilanda kumpawww lagi hehehe...tahniah Sham.
Thursday, March 5, 2015
1ST LESEN IKAN PAGUNG2 & RENEW LESEN MJ @ BEKUKU ISLAND
Jumaat ptg 27.2.2015 pagi... Madi, Pawee dan Khairul turun casting boatbase sepanjang kawasan bekuku island yang mana seorang pun nda kumpawww. Khairul berjaya menaikkan seekor ungah aka mj berat 1.4kg mj kedua baginya, Madi berjaya menaikkan 1st lesen ikan pagung2 menggunakn sp trigger x dan Pawee juga berjaya menaikkan seekor mj last2 minit sekaligus renew lesen mj nya 2015. Tahniah semuanya..
Wednesday, March 4, 2015
TRIP MENGUDANGGALAH WITH JAI'S FAMILY @ TEMBIRD
Isnin 2.3.2015 pagi... Adyzam turun mengudanggalah kali ani di Batu Apoi Temburong bersama dengan keluarga Jai menggunakan perahu turun dari penurunan burong lepas. Walaupun perjalanan memakan masa 45 minit untuk sampai ke tempat yang dituju namun hasilnya sungguh lumayan yang mana kesemuanya berhasil menaikkan udang galah sehingga mencecah 6.5kg kesemua hasil tangkapan yang diperolehi, tahniah semuanya.
OPS MENDALAK MENDADAK @ LUBUK RC
AHAD 01/03/2015 jam 4 petang....Ops mendalak secara mendadak yang disertai uleh Asat bersama Kuang (deep blue fishing Tutong) di LUBUK RC yang mana Asat berjaya menaikkan seekor dalak dan 1x misscall manakala Kuang alum ada rezekinya cuma 2x misscall saja aka kumpawwww...,TAHNIAH Asat...
Tuesday, March 3, 2015
RENEW LESEN BARRA ULEH MEMBOTTOM @ DANAU
SABTU 28/02/2015 Jam 4 petang...Rudy secara solo ke kuala Danau landbase membottom yang mana Rudy berhasil menaikkan seekor selunsong berat 4.6kg sekaligus rwnew lesen selunsong 2015 baginya, TAHNIAH Rudy...
Monday, March 2, 2015
MELEPAS BARRA RENEW MJ & BABY GT @ MINI PAPUA
Jumaat 27.2.2015 pagi... Ahmad, Jimi dan Dadih turun boatbase casting di kawasan bekuku island dan mini papua kali ani. Cuma Dadih saja yang terselamat dari kumpawww berhasil menaikkan 2 ekor mj aka ungah sekaligus renew lesen mj 2015 dan juga renew lesen seekor kalakitok walaupun melepas menaikkan seekor selunsong manakala Ahmad dan Jimi kumpawww.... tahniah Dadih.
Sunday, March 1, 2015
TRIP JIGGING TYM TADUH @ PERAIRAN BRUNEI
Khamis 26.2.2015 pagi... Adyzam turun jigging menyewa bot milik Sahrol Hm di kawasan perairan Brunei yang mana Adyzam berjaya mnaikkan 2 ekor tenggiri, 1 ekor tungap dan 1 ekor lantaran manakala Sahrol menaikkan 2 ekor tenggiri dan 1 ekor bekalang. Kebanyakkan strike ugat saja walaupun sudah mnggunakan trible hook tapi yang penting no kumpawww, tahniah Adyzam dan Sahrol
Subscribe to:
Posts (Atom)






















