Monday, May 14, 2012

BABY MJ C&R @ PENABAI

Ahad 13.5.2012 jam 8 pagi....aku turun cast bersama Supian(Cpt) dan Jaki di Lubok Tapau dan Lena kurang membrangsangkan cuma Supian saja lureh seekor baby mj(RELEASE) manakala aku hanya melepas 2 kali strike alum ada rezeki katakan.....tahniah Supian renew lesen mj tahun ani walaupun baby tuee.......hehe..

Sunday, May 13, 2012

MEMPOPJIG SAMBIL MENGURISI @ PERAIRAN JERUDONG

Jumaat 11hb Mei,2012 pagi... Babah, Juki, Ejal dan Boy turun di perairan Jerudong tujuan kan mengerisi dan popjig...acara pagi mengirisi..alhamdullilah ada jua lureh dan disebalah petang baru tah acara mempopjig..Babah berjaya menaikkan lauk Tungap menggunakan Storm Thunder jig..Mcm biasa banyak kali miscol dan kena tapau jig durang.Strike ke2 Babah berjaya lagi menaikkan seekor Temggiri dengan menggunakan Rapala jigging rap. Ejal dan juki pun berjaya menaikkan kerapu dan beberapa lauk yang lain..dan boy kurang bernasib baik kali ani....Tahniah yang belureh atu..

MJ PIPELINE @ PENABAI

Sabtu 12.5.2012 pagi....Madi dan Supian(capt) turun cast menggunakan bot milik Supian di lubok tapau dan lena namun Madi cuma sekali ugat strike mj monster saja dan setelah nda ada strike durang pun berpindah lagi di kawasan Penabai berdekatan dengan pipeline dan di sana tah Madi lureh penunggu pipeline iaitu seekor mj aka ungah, tahniah Madi...

Saturday, May 12, 2012

TWIN UMPAK VS SOLO BARRA @ DANAU

Sabtu 12.5.2012 pagi....Asmadi, Kupek dan Kupek membottom di ujung Danau cuma lureh 2 ekor umpak saja uleh Rimi.
Manakala Yawang (abg Dadih) membottom di sebelah tengah2 batu Danau lureh seekor selungsong berat 6.8kg yang mana sebelum ani pada hari Jumaat sebelah petang ia lureh seekor selunsong jua berat 3.88kg, tahniah Rimi dan Yawang.

Friday, May 11, 2012

REZEKI MENAKAT DAN MENGANJUN @ PERAIRAN TUTONG

Khamis 10.5.2012 pagi....Khairul aka Langkang(Capt), Hj Khalidin, Madi, Asat dan Emi turun menakat lagi diperairan Tutong yang mana kesemua crew belureh dengan hasil yang lumayan jua kali ani seperti kerapu, kerisi bali dan lain2 lagi, tahniah semuanya....

Thursday, May 10, 2012

MENDALAK MENDADAK @ LUBOK PADI

Rabu 9-5-2012 petang...rasa membuang boring Emi , Madi dan Zul turun mendalak secara mendadak dan last minit di lubok padi. Emi berhasil menaikkan 4 ekor dalak dan Zul berhasil menaikkan 1 ekor dalak dan kesemuanya di catch and release manakala Madi nda belureh, kalau sudah king mj nda tah mau king dalak tu...nda pa skali skala hot bh hehe...tahniah Emi n Zul

UNGAH SOLO ULEH MEMBOTTOM @ DANAU

Selasa 8.5.2012 pagi...Asmadi turun membottom di Danau secara solo cuma berhasil dengan seekor mj aka ungah tapi kelupahan begambar di lokasi terpaksa tah begambar di rumah, tahniah Asmadi.

Wednesday, May 9, 2012

KEMBALI MENOMANLAK LAGI @ EPM

Walaupun Edin jadi capt bot kali ani namun berhasil jua dengan 2 ekor toman memang mantappp badan atu macam ngangkat basi bah haha....Isnin 7.5.2012 pagi...Edin(capt) bersama 2 orang kawannya Jam dan Boy turun menomanlak di EPM menggunakan perahu Bugul. Edin belureh 2 ekor toman, Jam lureh 2 ekor toman dan Boy belureh 4 ekor toman dan 2 ekor dalak hasil dari membottom dan casting...Tahniah semua...

Tuesday, May 8, 2012

SINGLE MJ @ LUBOK TAPAU

Isnin 7-05-2012 pagi... Madi ,Asat, Hj Khalidin dan Emi turun dengan misi memburu mj di lubok Tapau n Lubok Lena lagi. Memandangkan keadaan air yang kurang menyerlah, cuma Emi saja berhasil menaikkan seekor MJ, tahniah Emi.
DIKESEMPATAN INI SAYA WAKIL MEMBER2 STA INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT HARI ULANG TAHUN KEPADA AHMAD YANG MENYAMBUT PADA 5.5.2012(SABTU) DAN JUGA KEPADA KHAIRUL AKA LANGKANG YANG MENYAMBUT PADA 8.5.2012(SELASA) SEMOGA SEHAT WALAFIAT PANJANG UMOR DIMURAHKAN REZEKI SUKSES DAN BAHAGIA SELALU DISAMPING KELUARGA TERSAYANG AMIN...

BARRA KE7 DAN KE8 BUAT KUPEK @ DANAU

Ahad 6.5.2012 pagi...hujung minggu yang tidak disia2kan uleh Kupek, Bugul dan Bebeh membottom di Danau akhirnya membuahkan hasil yang mana Kupek berjaya menambahkan lagi jumlah tangkapan selunsongnya tahun ani dengan 2 ekor selunsong merupakan selunsong yang ke7 dan ke8 buatnys setakat ani, tahniah Kupek, "LU TAIKO SELUNSONG MAAAAA......"

Monday, May 7, 2012

KERAPU OIL @ LUBOK LENA

Sabtu 5.5.2012 pagi....Madi dan Jun(cpt) meneruskan misi memburu mj di lubok lena dan juga lubok tapau namun kali ani air nda berapa cun hanya seekor kerapu minyak saja yang berhasil uleh Madi di lubok Lena, tahniah Madi.

Sunday, May 6, 2012

PESTA KAROK @ LUBOK 2 BUKIT

Ahad 6.5.2012 pagi...perjalanan mengambil masa 30minit menyusuri 2 bukit, Roy dan Ismail Bass mencari lokasi masing2 untok membottom. Roy berhasil dengan 108 ekor karok , 1 ekor kali dan 1 ekor badus(casting) sementara Ismail berhasil dengan 120 ekor karok, 2 ekor dalak dan 1 ekor kali. Tahniah Roy dan Ismail

Saturday, May 5, 2012

TUMPASNYA 4 EKOR MJS @ LUBOK TAPAU & LENA

Jumaat 4.5.2012 petang....misi memburu mj di anggotai aku, Madi dan Jun(cpt) di lubok tapau dan lubok lena lagi. Keadaan air yang surut berabis nda melemahkan semangat kami namun berhasil jua kami dengan 4 ekor mj yang mana aku berhasil dengan 2 ekor mj menggunakan lure Strike Pro Redhead(1st blood baru bali), 2 ekor sumpit(release) dan seekor kerapu menggunakan lure Rapala ULShad4.Madi berhasil dengan seekor mj menggunakan rapala tdd7 jua merupakan pembuka tirai misi kami kali ani pralalaaaaap........Manakala Jun aka ninjamj akhirnya strike jua dengan seekor mj menggunakan lure rapala TD7 tiger yang penting nda ada yang hot hehe.....

Friday, May 4, 2012

PESTA MJ @ LUBOK MENDAKAPING

Rabu 2-4-2012 pagi... Asat, Madi, Emi dan Hj Khalidin(capt) turun di lubok mendakaping hasilnya Hj khalidien dengan strike pertamanya merupakan 1st lisence bagi seekor ikan sumpit-sumpit, 2 ekor kerapu bini aka kerapu minyak dan seekor ketambak.Asat berjaya menaikkan seekor kerapu bini aka kerapu minyak, 2 ekor MJ dan seekor kerapu laki.Emi pula berjaya menaikkan 3 ekor MJ dan mendapat lesen baru seekor baby ketambak.Manakala Madi jua berjaya menaikkan 3 ekor titir dan lureh bonus 3 ekor mj merupakan man of the match kali ani. Tahniah semuanya walaupun terkena hujan lebat tetapi berezeki....

Thursday, May 3, 2012

PARI SOLO SAJA KALI ANI @ AGUK HILL

Isnin 30/4/2012 petang...Memet, Edin bersama 3 orang kawannyan Jam, Boy dan Azri turun bermalam di bukit Aguk dengan tujuan untok membottom bebatik tawih dan sapiee keesokan harinya.. Seawal pagi 1/5/12 durang menahan kail dengan harapan belureh ikan yang dihajati namun nda ada yang sudi menjamah umpan sehingga lah saat udah kan balik baru ada strike tapi cuma seekor pari 7kg saja, sykuru tah rezeki jua namanya dan siok jua menarik tu hehe....tahniah Memet.

Wednesday, May 2, 2012

POPCASTBOT MENJEJAK GT@ PENANJONG SEA

Isnin 30.4.2012 jam 10am...misi popcast menjejak gt diperairan laut penanjong dianggotai terdiri daripda Asat, Emi, Madi dan Hj Khalidin(cpt). Kaedah cast, hanya Madi saja menaikkan seekor gt dengan menggunakn hard lure aussie jumper manakala yang lainnya belureh beberapa ekor ikan dengan kaedah bottom dan anjun tapi nda begambar... Keadaan air pada masa atu kurang memuaskn iatah hasil pun kurang memuaskan yang penting ada gt tu..don't u don't believe... Praalalaaapp....haha..mm.tahniah Madi.

Tuesday, May 1, 2012

MEMBURU MJ @ LUBOK ELU

Ahad 29.4.2012 jam 11...antara yang turun memburu mj di lubok ELU Madi, Aasat, Roy dan Hj Khalidin(cpt)... Cuma Madi dan Asat saja yang belureh yang mana Madi belureh 3 ekor mj dan Asat belureh 1 ekor mj... Manakala Roy dan Hj khalidin cuma ugat saja, Roy hampir2 lagi kan menaikkan seekor bulan2 tapi sayangnya terlepas disiring perahu dan Hj Khalidin pun sedikit lagi menaikkan seekor ikan Yu tapi sayangnya putus tia tlmasa kan menyiut, abis kana tapau tddnya hehe...Tahniah Madi dan Asat..
DIKESEMPATAN INI SAYA WAKIL DARIPADA STA SEMUA INGIN MENGUCAPKAN WELCOME TO DA CLUB KEPADA HJ KHALIDIN SEMOGA TERUS CERIA2 BERSAMA MEMBER2 STA SEMUA...