Saturday, September 25, 2010

XPDC 4WD SAMBIL MEMBARAB @ ULU BELAIT

Jumaat 24.9.2010, Danan bersama anak buahnya Diman dan mertuanya membuat xpdc di ulu Belait sambil singgah2 disungai untok cast jua terutamanya sebelum perjalanan kan menuju ulu Belait melintasi lubok sakit kepala disebabkan air macam neslo dan terlalu dalam terpaksa tah durang tarus menuju ke ulu Belait saja. Namun disana pun serupa jua tetapi sudah terlanjur durang cuba jua cast dan Danan berhasil menaikkan seekor baby barab merupakan barab yang ke20 baginya dan 1kali ugat manakala mertua Diman belureh seekor barab berat 1kg dan miscol 2kali dan Diman saja yang nda belureh cuma miscoll saja masa atu. Tahniah Danan n mertua Diman...Anitah lureh mertua Diman seekor barab 1.6kg.

Thursday, September 23, 2010

PEMBURU BERSIRI TOMANLAK BERAKSI LAGI..@ EPM

Rabu 22-09-2010 jam 7 pagi pemburu bersiri tomanlak beraksi lagi di EPM setelah sekian lama kesibukkan berhari raya yang diketuai Capt Asat Albab, Ebel aka 1st castillo dan Hamdan aka 2nd castillo. Pembuka tirai Capt Asat Albab berjaya menaikkan 2ekor dalak merupakan dalak yang ke121 dan seekor toman merupakan yang ke26 buatnya manakala Ebel aka lst castillo dan Hamdan aka 2nd castillo cuma ugat (lepas) dan miscall saja,TAHNIAH Capt Asat Albab.. Menu untok open house kali ni ah hehe....termasuk tah yang mcm torpedo atu kali haha....

Wednesday, September 22, 2010

3 EKOR BARAB BERAYA LAGI.. @ ULU TUTONG

Selasa 21.9.2010 selepas bertugas, Danan terus mengambil kesempatan membarab di ulu Tutong. Kali ani tidak perlu menunggu lama yang mana 1st salam dari barab berat 450grms berhasil diperdayakan menggunakan lure humbug goldfish. Manakala barab ke2 berat dalam 750 grms selepas 15 min menggunakan rapala shadrap hitam grey dan barab ke3 berat dalam 790 grms berhasil lagi menggunakan lure rapala golden alburnus setelah 10 minit cast. Setakat ani koleksi barab Danan sudah yang ke19 buatnya, tahniah Danan pemburu bersiri c serigala sungai...

10 EKOR BUDAK TENGGIRI DAN 1 EKOR KERAPU TEWAS @ PERAIRAN KAPAL KARAM LAGI....

Selasa 21.9.2010 pagi, setelah kelmarinnya Kupek dan kawannya belureh 9 ekor tenggiri kali ani giliran Achin lagi bersama abangnya Kupek memburu tenggiri di lokasi yang sama iaitu di perairan kapal karam lagi. Achin berjaya menewaskan 3 ekor budak tenggiri manakala Kupek berhasi menaikkan 7 ekor budak tenggiri dan semuanya berat dari 1kg lebih ke 3 kg saja walau macamana pun tenggiri jua kali ah.....kuning jua bibir bila rabus kunyit haha....tahniah Achin dan Kupek, ampiti aku jua tu ah.. Kali ani berhasil lagi dengan 10 ekor budak tenggiri dan 1 ekor kerapu di lokasi yang sama...

Tuesday, September 21, 2010

9 EKOR BUDAK TENGGIRI TEWAS @ PERAIRAN KAPAL KARAM LAGI...

Isnin 20.9.2010 pagi, kali ani Kupek yang turun bersama kawannya di perairan kapal karam menggunakan perahu milik adeknya Achin. Sehari sebelum ani Achin bersama abangnya Jali telahpun berhasil dengan 13ekor tenggiri kali ani Kupek dan kawannya berhasil dengan 9 ekor tenggiri dan memang masih lagi ada tenggiri di persekitaran perairan kapal karam. Semuanya hasil dari beumpan dan jua trolling memang berbaloi ni mun kan open house menu tenggiri lagi, hehe....tahniah Kupek, jadi pemburu tenggiri tah kali ani ni.. Sudah balik baru tah berkesempatan kan begambar sama tenggiri..

Monday, September 20, 2010

BARAB BERAYA LAGI..... @ ULU TUTONG

Ahad 19.9.2010 jam 8 pagi, Aku turun membarablak kali ani bersama Danan setelah keracunan ulehnya di lubok sakit kepala lagi. Setibanya disana kami pun memulakan cast namun dalam masa sejam belum jua ada yang sudi menyambar lure kami lalu kami pun berpindah spot ke ulu lagi. Jam 9.30 pagi kami pun sampai ke ulu dan ternyata cast ku yang pertama sudah disambar uleh barab namun misscol saja dengan menggunakan popper Albino strikepro. Danan pun sama jua kena misscol uleh barab dan setelah nda ada tanda2 barab mau menyambar lagi, Danan pun berpindah spot jauh dari kedudukan tempat aku cast. Aku mengambil keputusan untok menukar lure shadrap seahawk lagi dan kali ani memang ada strike seekor barab dan berjaya dinaikkan merupakan barab ku yang ke7 kali ani...banyak kali jua miscol dan sekali terlepas namun seekor saja berhasil ditewaskan.Tau2 dalam kesibukkan ku melayan barab yang banyak menyambar, rupa2nya Danan belureh 2 ekor barab merupakan yang ke16 buatnya dan seekor dalak merupakan dalak yang ke19 baginya, tahniah geng...baru ya raja barab hehehe....Anitah lure shadrap seahawk yang berjaya memperdayakan barab ani.....Kalau pemburu bersiri toman sudah ada kali ani pemburu bersiri barab lagi beraksi hehe....

Sunday, September 19, 2010

PESTA TENGGIRI DI AIDILFITRI @ PERAIRAN KAPAL KARAM

Ahad 19.9.2010 jam 6 pagi, dua beradek Achin bersama Jali yang lama nda beraksi kali ani turun kelaut kan memancing menggunakan perahu milik Jali di perairan takat kapal karam. Hasilnya memang memuaskan walaupun keadaan yang berombak namun berjaya menaikkan 13 ekor tenggiri dan banyak kali terputus namun ada rezeki jua tu.....alhamdulillah dapat tah rumah terbuka menu tenggiri ni hehe..., Tahniah Achin dan Jali, SELAMAT BERAKSI KEMBALI....Harap maaf kerana mutu gambar yang kurang jelas yang diambil menggunakan telepon bimbit pada waktu malam..

BABY UNGAH BERAYA SUBOH @ KUALA TUTONG

Jumaat 17.9.2010 jam 3 pagi, Yus bersama kawan setugasnya Jai mengambil kesempatan turun cast di Kuala Tutong selepas saja bertugas dengan tidak membuang masa sesampainya disana, Yus terus saja cast dan baru jua 1st cast terus kena sambar uleh baby ungah manakala kawannya nda ada lureh apa2pun. Walaupun damit, ungah jua tu kali ah...tahniah Yus, dapat tah open house menu ungah steam ni hehe....

BARAB AIDILFITRI KE9 @ LUBOK SAKIT KEPALA

Sabtu 18.9.2010 jam 5.15 petang, Danan mengambil kesempatan turun membarab secara solo di lubok sakit kepala lagi yang mana ketika sampainya dilubok tersebut keadaan aing macam neslo(nescafe+milo) disebabkan bekas banjir dan dengan cuaca yang hujan renyai2 namun masih jua memajal. Berkat sabar dan usaha yang gigih akhirnya Danan lureh jua seekor barab berat 1.6kg dengan menggunakan lure popper Albino strike pro beracunnya lagi...jumlah tangkapan barabnya terkumpul setakat ani sebanyak 14 ekor untok tahun ani, tahniah Danan...sakit kepala tu ulehnya hehe...

Tuesday, September 14, 2010

TAK DISANGKA GT SESAT BERHARI RAYA PULA..@ PANTAI TUT......

Selasa 14.9.2010 merupakan hari raya aidilfitri yang ke5, Majidi turun bersama perkerja bapa mertuanya di pantai tut...tujuan cuma kan mengikis saja disebabkan keadaan pantai masa atu teduh berabis lah katakan. Dalam masa mengikis, Majidi terlihat beberapa kumpulan anak ikan yang telah disambar oleh ikan pemangsa yang belum diketahui speciesnya, apalagi Majidi pun bergegas kekeretanya untok mengambil pancing dengan menggunakan lure popper chugbug yang pernah digunakan sebelum ani untok cast GT di batu GT. Setelah atu percubaan cast sehingga air diparas pinggang pun bermula tetapi tidak memberi reaksi apa2 pun disebabkan kedudukkan ikan yang menyambar tersebut sudahpun berada jauh sedikit dari tambing namun belum jua Majidi puas hati dan lalu ia mencuba sehingga air keparas dada baru jua beberapa kali cast akhirnya ikan pemangsa pun menyambar rakus lure popper chug bug tersebut dan bermula lah pertarungan sengit memakan masa selama lebih kurang 10 minit, barulah diketahui mangsa tersebut adalah Bemasa aka GT sampaikan hook popper tersebut terlangkang tetapi rezekinya jua GT 8kg akhirnya kecundang jua...tahniah Majidi....lu memang teror ah..!Anitah lure popper chugbug yang digunakan untok menewaskan GT sesat atu..sampaikan salah satu dari hooknya terlangkang.

SALAM AIDILFITRI DARI BARAB @ ULU TUTONG

Isnin 13.9.2010 jam 8 pagi iaitu hari raya ke4, Danan mengambil kesempatan turun membarab lagi di ulu Tutong. Dengan menggunakan lure Rapala Tail Dancer warna hitam/grey, Danan berhasil menaikkan seekor Barab berat dalam 400 grams yang mampu menyakitkan kepala geng2 lain yang sedang siok2 beraya hehe....gerenti tah ada geng2 yang lain membawa set pancing tym beraya ni nanti..Tahniah Danan dengan barab yang ke14...kau memang pujaan cBarab...!

Sunday, September 12, 2010

HARUAN PALAS 1ST RAYA @ ULU TUTONG

Jumaat 10.9.2010 jam 4 petang, Yus mengambil kesempatan cast tym berkunjung berhari raya kerumah kawannya bersama keluarga dan secara kebetulan membawa set pancing, pantang teliat lubok tarus tah mencuba yang mana baru jua mencuba dalam 5 minit sudah berhasil menaikkan seekor haruan palas tetapi selepas bergambar bersama anaknya, haruan palas atu taru dilepaskan semula kehabitat asalnya, baru ya nda membuang peluang asal teliat lubok hehe...tahniah Yus...

Thursday, September 9, 2010

YUS KEMBALI MENDALAK @ SG KELAKAS

Sabtu 5.9.2010 jam 5 petang, Yus yang begitu lama mendiamkan diri atas sebab2 tertentu kini kembali beraksi lagi secara solo mengambil kesempatan mendalak sebelum bersungkai di sungai Kelakas dan berhasil menaikkan 2 ekor dalak, Tahniah Yus....Mendalak kembali sudah berhasil 2 ekor dalak ni.....merupakan dalak yang ke25 buatnya.

Wednesday, September 8, 2010

TOMAN 2 VS DALAK 4 @ EPM

Isnin 06/09/2010 jam 06.45 pagi, misi menjejaki tomanlak masih lagi diteruskan di EPM yang dianggotai tak lain tak bukan Capt Asat Albab bersama Ebel aka lst castillo dan Hamdan aka 2nd castillo. Sifu Capt Asat pembuka tirai berhasil menaikkan seekor baby toman merupakan yang ke25 buatnya dan 2ekor dalak menjadikan dalak yang ke119 baginya manakala Ebel berhasil menaikkan 2ekor dalak dan juga Hamdan pun berhasil menaikkan seekor baby toman,TAHNIAH kepada 3orang pemburu bersiri... 1st Castillo mengumpul jumlah tangkapan sebanyak 65 ekor dalak setakat ani...2nd Castillo nda ketinggalan belureh seekor toman jua...2 ekor toman dan 4 ekor dalak yang berhasil kali ani...

Sunday, September 5, 2010

TOMANLAKPIA..@ EPM

Sabtu 04/09/2010 jam 11.00 pagi pemburu bersiri menjejaki tomanlak masih diteruskan di EPM lagi walaupun mengambil masa dalam setengah hari saja cuma Capt Asat Albab dan Khairul aka langkang beraksi. Misi kali ani 2 in 1 (memancing dan cast)yang mana memancing berumpankan hati ayam yang mana cuma Khairul saja berhasil menaikkan seekor baby toman dan seekor talapia mana kala Capt Asat Albab ampuk(nda lureh) alum ada rezeki lah katakan. Tepat jam 2.30 petang, misi menjejaki tomanlak masih diteruskan dan setelah beberapa jam cast cuma Capt Asat Albab saja bejaya menaikkan 2ekor dalak,mana kala Khairul aka langkang cuma ugat (lepas) dan miscall saja, apa2 pun TAHNIAH Capt Asat Albab dan Khairul aka langkang..Anitah saja hasil untok kali ani kira belureh jua tu...

Saturday, September 4, 2010

CIFU TOMANLAK TOH... @ EPM

Jumaat 03/09/2010 jam 06.45 pagi, lagi2 pemburu bersiri tomanlak turun di EPM yang dianggotai uleh Capt Asat Albab bersama Ebel aka 1st castillo dan Hamdan aka 2nd castillo. Misi kali ani bejalan dengan begitu lancar seperti selalunya dan pembuka tirai awal pagi Capt Asat Albab bejaya menaikkan seekor dalak. Nda lama selepas atu sekali lagi bejaya menaikkan seekor toman. Oleh kerana hari terlalu panas durang pun berehat di pondok yang sedia ada di sana. Tanpa membuang masa, Capt Asat Albab mengambil kesempatan memancing berumpankan hati ayam sebelum balik jam 11 berhasil menaikkan 2ekor toman dan seekor dalak manakala Ebel dan Hamdan nda join memancing berumpan tetapi hanya cast saja dan cuma ugat (lepas) dan miscall. Sabar saja geng ah..hehe...TAHNIAH Capt Asat Albab... 3 ekor toman merupakan yang ke24 bagi Asat Albab dan 2 ekor dalak buat dalak yang ke117 lagi baginya.

Thursday, September 2, 2010

TOMANLAK SEPTEMBER @ EPM

Rabu 01/09/2010 jam 7 pagi masih jua pemburu bersiri tomanlak di EPM diteruskan lagi untok pembukaan bulan September ani dan orangnya pun macam biasa jua yang diketuai uleh Capt Asat Albab dan Ebel aka Castillo. Pembuka tirai yang mana Capt Asat Albab berhasil menaikkan baby toman 2ekor merupakan yang ke21 baginya dan 4ekor dalak merupakan yang ke 115 buat Asat Albab lagi...Manakala Ebel berhasil menaikkan seekor toman berat dalam 1.3kg merupakan buat yang ke8 baginya, TAHNIAH Capt Asat Albab dan Ebel aka Castil0....Cifu memang cifu jua Capt Asat Albab ani.....3 ekor toman dan 4 ekor dalak yang diperolehi uleh pemburu bersiri......