Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua member pancing tidak mengira peringkat umur dalam negeri mahupun luar negeri, salam perkenalan dari kami dan selamat mengikuti sepanjang aktiviti memancing kami .

Friday, January 31, 2014
MJ RENEW PAGI JUMAAT @ BATUCUBE
Jumaat 31.1.2014 jam 10 pagi ... Selepas kerja Khairul turun ke batucube bersama kawan setugas Jaman hajat untuk cast mj dan selunsong yang mana Khairul berjaya renew seekor mj manakala Jaman pun berjaya menewaskan seekor mj jua. Tahniah Khairul dan Jaman.
6 EKOR DALAK TUMPAS @ LUBOK LIMPAR
Rabu 29/1/14 jam 4- 6 ptg... Khairul, Madi, Jun dan Jaman(kwn Khairul) turun mendalak di lubuk limpar lagi yang mana Khairul berjaya menaikkan 3 ekor dalak, Madi berjaya menaikkan 1 ekor dalak sekaligus renew lesen dalak baginya, Jun juga berjaya menaikkan 1 ekor dalak merupakn 1st lesen dalak baginya manakala Jaman(kwn Khairul) pun berjaya menaikkan 1 ekor dalak. Tahmiah semuanya yang hookup dalak.
Thursday, January 30, 2014
7 EKOR MJ TEWAS DENGAN SP & D.U.O @ KUALA TUTONG
Selasa 28/1/2014 petang... Sham bersama Dadih turun landbase casting di Kuala Tutong ketika keadaan cuaca sudah kembali cerah setelah beberapa hari hujan. Alhamdulillah... Dadih berjaya menaikkan 3 ekor ungah sekaligus renew lesen ungahnya menggunakan SP manakala Sham berhasil dengan 4 ekor ungah menggunakan gewang D.U.O dan SP. Tahniah Sham dan Dadih.
Wednesday, January 29, 2014
4 STRIKE DALAK @ LUBOK LIMPAR
Selasa 28/01/2014 jam 9pgi hingga jam 11pgi... Memet bersama Khairul turun casting d lubok limpar yg mana Memet berhasil renew lesen dalak 2 ekor sekali gus mencipta rekod peribadi yg mana salah seekor dalak monster 1.51kg tewas dengan menggunakan katak hinomiya manakala Khairul juga berhasil dengan 2 ekor dalak. Tahniah Memet & Khairul.
Tuesday, January 21, 2014
UNGAH VS TERUSAN @ DANAU
Isnin 20/1/2014 pagi... Kupek turun membottomcast seawal pagi manakala Sham dan adinya Eyoi menyusul sebelah tengah hari walaupun keadaan masa hujan dan berangin, durang tetap meneruskan jua. Alhamdulillah berkat sabar dan memajal Eyoi menaikkan seekor ikan terusan dengan keadah bottom. Selepas atu giliran Kupek menaikkan seekor ungah dengan kaedah casting menggunakan gewang rapala husky jerk manakala Sham kumpawww, tahniah Kupek dan Eyoi.
2 EKOR BARAB TEWAS @ ULU TUTONG
Ahad 19.1.2014 pagi...Danan turun membarap secara solo di ulu Tutong walaupun pada awalnya nda confident di sebabkan ditakuti keadaan air mcm tea c kaw bekas hujan namun berhasil jua dengan 2 ekor barap..1st strike menggunakan gewang ofmer. 2nd strike menggunakan gewang storm, tahniah Danan raja barap.
Monday, January 20, 2014
NO KUMPAWWW MENOMAN SEKALIGUS RENEW LESEN 2014 @ EPM
Sabtu 18.1.2014 pagi...Roy turun menomanlak bersama Supian dan iparnya Rudy sekian lama menyepikan diri kali ani baru dapat aktif kembali. Walaupun baru turun Supian berjaya menaikkan 7 ekor toman sekaligus renew lesen toman. Rudi berhasil dengan 2 ekor toman manakala Roy berjaya menaikkan 2 ekor toman jua... tahniah semuanya.
Sunday, January 19, 2014
1ST LESEN BELIDA LAGI VS SP @ SG KELAKAS
Sabtu 18.01.2014 jam 5 petang... Zaki dan Ahmad popper memajal mengasting bulan2 dan belida di Sg.Kelakas mencuba dengan menggunakan SP ternyata Zaki berhasil dengan seekor belida sekaligus 1st lesen baginya manakala Ahmad ugat aka lepas aka kumpawww 2x belida dan bulan2 Tahniah Zaki...
Saturday, January 18, 2014
Friday, January 17, 2014
RENEW MJ & ALU-ALU TYM HUJAN @ ANDUKI
Selasa 14.1.2014 petang... kebetulan hari kelepasan awam sempena sambutan Maulidur Rasul... Khairul, Jun dan Bob turun cast di Anduki. Walaupun dalam keadaan hujan namun masih jua durang ani mencuba yang mana Jun berhasil renew lesen mj dan Khairul berhasil renew lesen titir aka baby alu2 manakala Bob kumpawww lagi... tahniah Jun dan Khairul.
Wednesday, January 15, 2014
RENEW LESEN TOMAN SELEPAS MAULUD NABI @ EPM
Selasa 14.01.2014 pagi.... Roy, Ansuri dan Zaki sekali lagi mencuba untuk menoman di epm setelah selesainya mengikuti perarakkan Mauludidur Rasul. Ternyata trip kali ke 2 Zaki nda menghampakan berhasil dengan seekor toman manakala Roy dan Ansuri kumpawww...tahniah Zaki renew lesen toman 2014.
Tuesday, January 14, 2014
LANTARAN AKA KERAPU BARA @ TAKAT BUGIS
Ahad 5.1.2014 pagi... Khairul(capt), Ahmad popper dan Bob kali ani turun membottom di perairan Penanjong. Pada mulanya mencuba di takat2 yang berhampiran tapi sambaran agak kurang memuaskan lalu durang pun terus berpindah ke spot lain iaitu takat bugis. Apabila sampai Khairul hanya membagitau yang lainnya"sini ikan nda bagitau saiz ni aaa" lalu Bob dan Ahmad popper tanpa membuang masa terus melabuhkan kail berumpankan ikan tamban , belum lama menurunkan umpan, kail durang pun disambar ikan. Mula2 ikan yang sudi seperti ikan2 ketambak berat setengah kilo, ikan anduping berat2 sekilo. Nda lama kemudian, Khairul pun bersuara" aaa... ni nah yang ditunggu, kail kirikan yang dipakainya terus ditarik kancang , apalagi Khairul tanpa membuang masa terus saja memintal kailnya, akhirnya seekor kerapu bara aka lantaran berat 4.2kg telah berjaya dinaikkn olehnya. Bob dan Ahmad cuma mampu terdiam melihat hasil Khairul. Nda lama selepas atu Khairul pun lagi menaikkn 2ekor lantaran lagi berat 1.3kg dan 2.1kg. Memandangkan keadaan semakin berangin dan alun semakin membesar, durang pun terpaksa balik, Tahniah semuanya...
Monday, January 13, 2014
MEMBARAB BERHASIL DENGAN BELIDA @ LUBOK SAKIT KEPALA
Ahad 12.1.2014 jam 2petang... setelah sebelah paginya Khairul kumpawww di Danau, sebelah petangnya Khairul bersama sepupunya Deky mencuba cast freshwater iaitu di lubok sakit kepala. Hajat sebenarnya kan membarab. Melihat kadaan air yang tidak memuaskan namun tetap jua di teruskan mencuba dan berhasil dengan seekor belida 1st lesen baginya dengan menggunakan gewang Rapala ttd 7 manakala Deky kumpawww..., tahniah Khairul.
CUBA2 RENEW LESEN MJ @ DANAU
Ahad 12/01/2014 jam 9 pagi.. Bob (captain), Memet, Khairul aka Langkang dan Pawe turun casting di sekitar Kuala Tutong dan Danau.. Walaupun Keadaan air yang hitam tapi tawar pada masa atu tetap jua diteruskan dan cuma Memet saja berhasil strike seekor mj sekaligus renew lesen mj baginya dengan menggunakan gewang storm madflash clown 06 manakala Bob, Khairul dan Pawe kumpawww.... tahniah Memet.
Sunday, January 12, 2014
TOMAN DAH RENEW DALAK PUN DAH RENEW @ EPM
Sabtu 11.1.2014 pagi... ops menomanlak di epm kali ani disertai oleh Roy aka Marak , Panggal@Adyzam dan Jun Alhamdulillah... smuanya nda kumpaw walaupun 2x dilanda hujan ribut yang mana Roy berjaya menaikkan seekor dalak monster. Adyzam baru renew lesen toman berjaya menaikkan 4 ekor toman manakala Jun menaikkan 2ekor toman..tahniah semua yang nda kumpawww...
Saturday, January 11, 2014
SET BARU LESEN MOON2 BARU @ SG KELAKAS
Jumaat 10.1.2014 jam 11 pagi.... Khairul aka Langkang turun cast secara solo di sg Kelakas mau test set light barunya menggunakan gewang popper berhasil dengan 1st lesen bulan2 baginya, tahniah Khairul...
Friday, January 10, 2014
TOMAN KE6 LAGI... @ EPM
Selasa 7.1.2014 pagi...ops menoman seterusnya masih lagi aktif oleh Dadih, Jun dan Sham kali ani cuma Jun saja berhasil dengan seekor toman buat yang ke6 baginya manakala Dadih dan Sham kumpawww, tahniah Jun.
Thursday, January 9, 2014
RENEW LESEN MJ @ DANAU
Pada 5/1/2014 petang... Sham turun cast secara solo di ujung batu Danau. Setelah beberapa kali cast, Alhamdulillah...akhirnya pembuka tirai tahun 2014 Sham berhasil renew lesen MJ walaupun baby yang penting no kumpawww...tahniah Sham.
Wednesday, January 8, 2014
BERHASIL LAGI RENEW TOMAN 2014 @ EPM
Sabtu 4.1.2014 pagi... disebabkan keracunan uleh kami pasal menoman Roy mengambil kesempatan untok renew lesen toman bersama Khairul di epm kali ani dan ternyata nda sia2 Roy mencuba berjaya renew lesen toman 2014 dengan 2 ekor toman manakala Khairul berjaya menaikkan 6 ekor toman dan sebelum ini Khairul berjaya renew lesen seekor toman pada 1.1.2014 yang lepas, tahniah Roy dan Khairul nda ada yang kumpawww jua.
2ND BARAB VS OFMER 1ST BLOOD @ ULU TUTONG
Ahad 5/01/14..0645 hrs.. 2nd barab lagi berhasil oleh Danan yang turun solo di ulu Tutong kali ini menggunakan gewang ofmer berjaya memikat barab 1.5kg, tahniah Danan.
Sunday, January 5, 2014
RENEW LAGI LESEN TOMAN @ EPM
Jumaat 3.1.2014 pagi... masing2 sibuk untok merenew lesen cast 2014 lagi terutama buat Jun yang belum ada lesen baru turun menoman bersama aku dan Dadih kali ani yang mana Jun berhasil renew lesen toman dengan 5 ekor toman menggunakan gewang katak buyun beracunnya. Dadih berhasil dengan 3 ekor toman menggunakan gewang katak SPRO barunya manakala aku yang join setengah hari saja berjaya menaikkan seekor toman yang ke3 buatku menggunakan katak Eupro baru...tahniah Jun dan Dadih.
MAMA BARAB RENEW SUDAH TAHUN BARU @ ULU TUTONG
Rabu 1.1. 2014 jam 6.30 pagi.. Danan turun di ulu Tutong tujuan untok merenew lesen barap tahun baru berhasil jua yang mana baru beberapa kali cast menggunakan lure sp berhasil dengan seekor mama barap berat 1.2 kg awalnya di sangkakan ikan dalak, tahniah Danan.
Saturday, January 4, 2014
1ST LESEN BELIDA @ SG KELAKAS
Jumaat 3.1.2014 pagi...masing2 sibuk mencari skaligus memperbaharui lesen tangkapan 2014 terutamanya Ahmad yang cuma berkesempatan cuma di sg kelakas saja tujuan mau renew lesen bulan2 sekali dapat lesen pertama belida baginya...tahniah Ahmad nda kecewa lagi...
Friday, January 3, 2014
RENEW LESEN TOMAN 2014 @ EPM
Rabu 1.1.2014 pagi... ops renew lesen toman dan dalak di epm menggunakan 3 buah bot yang mana cuma 2 buah bot saja dapat meneruskan disebabkan triler bot yang digunakan oleh Roy dan Hj Rahim telahpun rosak. Aku, Khairul(cpt) dan Dadih dalam satu bot berjaya renew lesen toman saja yang mana aku dengan 2ekor toman 2x terlepas toman monster, Dadih dengan 3 ekor toman manakala Khairul dengan seekor toman. Bot yang dipandu oleh Bob bersama Zaki dan Jam kesemuanya nda berhasil renew lesen toman dan dalak cuma renew lesen kumpawww awal tahun saja kali ani hehehe...
Wednesday, January 1, 2014
TRIP PENUTUP 2013 @ BANGAU
Sabtu 28.12.2013 pagi...trip mengejut bagi penutup tirai 2013 aku , Bob dan Khairul aka Langkang(Pilot) kali ani tertumpu di kawasan Bangau saja yang mana Khairul seorang saja berhasil menaikkan seekor lenguran dan seekor alu2 manakala aku sama Bob kumpawww...Tahniah Khairul...
Subscribe to:
Posts (Atom)