Sabtu 30/07/2011 jam 07.00 pagi.....ops menomanlak diteruskan lagi di EPM menggunakan 2 buah perahu iaitu perahu milik Hj Musa yang disewa uleh Cpt Roy aka Marak dan Madi aka kembayau manakala yang sebuah lagi milik Sofian aka Kuyan sendiri yang disertai uleh Cpt Asat Albab dan Jaki aka Sangkar.
Setelah ops dijalankan disebelah pagi...Jaki berjaya menaikkan 3 ekor toman.
Cpt Asat Albab berjaya menaikkan 2ekor dalak manakala Sofian cuma ugat (lepas) dan miscall saja. Jam 12.30 tengah hari durang pun berehat disebabkan cuaca terlalu panas dan ada yang mengambil kesampatan untok membottom. Baru jua dalam beberapa minit membottom... Jaki berhasil menaikkan 2ekor toman dan ketinggalan jua Sofian yang pada paginya cuma ugat dan misscol kini berhasil menaikkan seekor toman berat 2.5kg serta 2ekor dalak. Manakala Cpt Roy dan Madi tidak berhasil dengan kaedah casting dan mengambil keputusan membottom saja yang mana Madi berhasil menaikkan 4 ekor toman cuma nda bergambar sajamanakala Cpt Roy cuma ugat (lepas) dan misscol saja...ada tah hotnya tu..hehehe..TAHNIAH kepada yang belurih tu..



Hensem Boy lureh seekor ketam suri dengan kaedah membottom...
Gulin berhasil dengan seekor kalakitok....
Manakala Rawe lureh gerunggong hasil dari menganjun, Tahniah semuanya...nda ada yang hot ni...
Jumaat 22/07/2011 jam 8 pagi... Khairul aka Langkang yang begitu lama menyepikan diri sebab2 tertentu kini kembali semula mengaktifkan dirinya dengan aktiviti memancing bersama 3 orang kawan setugasnya yang telah membuat satu trip bermalam di hutan ulu Belait selama 3 hari 3 malam yang begitu betul2 mencabar sekali bermacam2 halangan yang dilalui demi untok menjejaki barab dan ikan2 lainnya. Setelah sampai ke destinasi terus tah durang membuat kem untok bermalam dan apabila semuanya sudah selesai apalagi Khairul pun terus menuju ke sebatang sungai dengan satu set castingnya manakala kawanya pun masing tah membawa diri mencari spot masing2. Baru jua dalam beberapa minit cast...masing2 tah berhasil menaikkan ikan barab, badus aka bujuk, baung dan lain2 ikan.
Ani saja yang sempat digambar disebabkan batery hp masing2 lowbat udah. Oleh sebab lure banyak menyangkut dan putus cuma yang tinggal beberapa jenis lure saja lagi yang ada...terpaksa tah Khairul mencari idea untok membuat lure sendiri menggunakan botol gas tambak yang sudah abis untok dibuat serupa dengan sesudu (spoon) dan tidak disangka2kan sesudu yang made in sendiri mendapat uleh barab, badus dan baung dalam 50 ekor tidak termasok uleh membottom siang malam bemacam jenis ikan yang berhasil seperti patihan, seluang dan 3 ekor kaloi.TAHNIAH semuanya..
Rabu 27.7.2011 jam 2 ptg....Babah turun secara solo di lubok kalbat yang mana hajat kan mengintai toman yang sering ugat dan putus di sana namun cuma seekor dalak anggaran 1 kg saja yang lureh dengan menggunakan katak kopppers.
Jam 3 petang..Babah pun balik kerumah sekejap dan menyambung semula mengasting di kalbat kira2 jam 5.30 petang...kelurusan jua durang Birin, Bam, Boy, Hj Ali dan aku menyusul selepas atu. Cuma Babah saja yang belureh lagi dengan 1 ekor dalak yang mana menjadikan 2 ekor sudah ditewaskan petang atu..tahniah Babah






Selasa 20.7.2011 jam 10 pagi... Babah, Boy Sangkut dan Din Lambong turun mengasting lagi menggunakan perahu milik Babah di Pilong Rock. Setibanya di spot yang dimaksudkan, tarus tah Babah mempop dan disambar uleh seekor banau tapi terlepas. Boy yang seterusnya mempop beberapa kali pun ampit kana sambar uleh banau namun terlepas jua. Tiba giliran Din Lambong yang baru 2 kali ikut ke laut sama jua dengan teknik mempop telahpun disambar uleh ikan putih merupakan 1st lesennya jua.."Lambong bukan sebarang lambong, lambong belureh lauk bedagong", pantun dari Din Lambong masa ia lureh ikan putih..
Dalam pukul 12 tengah hari durang pun rehat dan berlaboh di pulau setelah ngalih mempop. Setelah cukup rehat, durang pun meneruskan lagi cast dan kali ani giliran Babah lagi kena strike uleh seekor lenguran menggunakan lure halco roosta gold..kali ani cuma 2 ekor saja mangsa pop cuma Boy Sangkut saja yang kurang bernasib baik, tahniah Babah dan Din Lambong...


Ahad 17/07/2011 jam 7 pagi....operasi menomanlak di EPM seterusnya menggunakan perahu milik Sofian aka Kuyan yang disertai uleh Cpt Asat Albab dan Roy aka Marak yang mana Sofian berhasil menaikkan seekor toman 2x ugat (lepas) dan banyak kali misscol.
Memandangkan acara casting kurang memuaskan durang pun beraleh kepada membottom yang mana baru jua beberapa minit membottom, Cpt Asat Albab bejaya menaikkan seekor toman, Sofian berjaya menaikkan 2 ekor toman manakala Roy betul2 kecundang kali ani...ada tah yang hot tu hehe..tahniah Cpt Asat dan Sofian..


Sabtu 16.7.2011 jam 6 pagi..operasi menomanlak di EPM masih lagi aktif yang dianggotai uleh Cpt Asat Albab, Sofian aka Kuyan dan Madi dengan menggunakan perahu Sofian...Kali ani semua bernasib baik berhasil menaikan 9 ekor toman dan 6 ekor dalak kesemuanya yang mana Sofian berjaya menaikkn 4 ekor toman dan 1 ekor dalak, misscol 1x toman monster.
Manakala Madi berjaya menaikan 3 ekor toman dan 2x ugat mama toman dengan mengunakan lure rapala magnum..tahniah semuanya yang penting nda ada yang hot bah...hehe..
Jumaat 15.7.2011 jam 11.45 malam...trip bemalam di Danau kali ani disertai uleh aku, Rawe, Labu, Gulin, Azmi dan Jumat. Pada malam atu langsung nda ada strike dan setelah subuh pancing milik Azmi kena strike namun ikannya berhasil melepaskan diri...alum ada rezeki lagi tu. Pada waktu siangnya... masing2 tah kami mengasting namun nda ada hasil jua. Pada jam 8.30 pagi..sekali lagi kail Azmi kena strike dan berhasil dengan seekor baby ungah saja.
Rawe yang menggunakan umpan slice ikan rumahan mati cuma berhasil dengan beberapa ekor ikan usus...manakala yang lainnya alum ada hasilnya.tahniah Azmi dan Rawe..


Selasa 12.7.2011 pagi... kali ani Babah turun sama kawan lamanya Din Lambong yang baru berjinak2 mengasting dari sg Junjungan hingga ke sg Burong Lepas Bengkurong, yang mana hari sebelumnya Babah dan Raz sudah pun mencuba di sana dan banyak kali ugat ungah monster dan kali ani turun lagi kan appeal lah. Trip durang bermula di sg Junjungan bermula yang mana nada sambutan langsung. Pada jam 12 tengah hari durang pun berehat di bawah jambatan Junjungan sambil cast dan banyak kali ugat bulan2 sja. Setelah rehat..durang pun meneruskan misi di sg Burung Lepas memandangkan air yang cantik bergerak surut perlahan dan masa atu tah ikan2nya mulai frenzy. Din Lambong yang baru 1st tym mencuba cast menggunakan popper di kejuti dengan sambaran seekor selunsong anggaran dalam 4kg namun alum rezekinya setelah leader 4olb terputus setelah disebabkan terkena raba. Selepas atu baru tah giliran Babah lagi kena strike uleh seekor ungah dengan menggunakan rapala tdd fire tiger.
Sudah kan balik buat ke2 kalinya Din Lambong kana uji lagi uleh seekor ungah dengan menggunakan lure eupro minnow dan berjaya dinaikkannya sekaligus menjadikan 1st lesen ungah baginya kali ani. Tahniah Babah & Din lambong..

Ahad 10 /07/2011 jam 8 malam....Perahu milik Sofian aka Kuyan yang ditaja uleh Deep Blue Fishing sekali lagi membawa crew2 STA yang disertai uleh Cpt Asat Albab, Roy aka Marak, Madi aka Kembayau dan pemilik perahu sendiri turun di Kuala Tutong. Setelah beberapa jam membottom.. Madi berhasil menaikkan seekor ungah dan 1x putus.
Selepas atu giliran Sofian lagi berhasil jua menaikkan seekor ungah dan 1x putus. Manakala Roy berhasil menaikkan ketam dan seekor utik saja. Kali ani bukan nasib Cpt Asat yang langsung nda ada strike..alum ada rezeki katakan tu...TAHNIAH Roy, Madi dan Sofian.
Sabtu 09/07/2011 jam 7 pagi... pemburu tomanlak bersiri masih lagi beroperasi di EPM menggunakkan perahu kepunyaan Roy aka Marak yang disertai uleh Cpt Asat Albab dan Jaki aka Bungkas. Setelah dalam beberapa jam operasi dijalankan, Roy berhasil menaikkan 2 ekor toman seekor dari padanya berat 2.3 kg.
Cpt Asat Albab pun berhasil jua menaikkan 2 ekor toman lureh mengasting dan membottom. Manakala Jaki malar ugat (lepas) dan miscall saja... alum tah ada rezeki tuh geng, tahniah Roy dan Cpt Asat..
Dalam jam 8 pagi...Bugul pun balik dan dalam masa yang sama Rimi dan Dadih pun datang di Danau kan menyelunsong jua dan rezeki kali ani menyebelahi Rimi dengan seekor selunsong jua berat dalam 1kg lebih...Tahniah Bugul & Rimi...