Sunday, March 28, 2010

CAST BERSAMA MEMBER2 HUNTEZ ANGLERZ @ BONGAWAN KK

Sabtu 27.3.2010 pada hari kedua ku berada di Kampong Kimanis, Sabah menghadiri majlis perkahwinan sepupu mem pada hari minggu, ku ambil kesempatan turun cast pada waktu pagi lagi bersama pemancing2 dari Sabah iaitu Huntez Anglerz terdiri dari Pisang, Fad dan Omar turun di satu spot kawasan Bongawan, Sabah. Dari hari Jumaat aku sama family udah sampai di Kimanis yang mana malam atu ku cuba menghubungi member pancing dari Sabah iaitu Pisang (Huntez Anglerz) kan membawa cast disekitar kawasan Papar, apalagi Pisang pun setuju kelurusan ia kan turun cast di kawasan Papar jua. Setibanya kami di spot cast, masing2 kami mengambil tempat dengan kedudukan yang begitu selesa memandangkan kawasannya luas banar. Baru jua dua kali cast popper premium baruku bali disambar bulan2 dan berjaya ditumpaskan, banyak kali jua ugat. Sudah nda ada strike ku ubah lagi popper strike pro red head baru tah bulan2 sudi menyambar lure ku lagi...beberapa kali cast kali ani ku fikir bulan2 yang strike namun kali ani mainannya berlainan usulnya rupa2nya ikan talapia yang mengena. Nda sangka talapia pun menyambar popper basar lagi tu....Omar dan Pisang masing2 belurih sekong seorang bulan2 dan Fad kali ani kurang bernasib baik cuma ugat saja masa atu..Dari kiri aku, Pisang dan Fad dari Huntez Anglerz dari Sabah....manakala Omar tukang gambar saja..Ani tah lurihku pagi atu berbaloi jua rasanya rasa gelisah atu terubat jua akhirnya melepas gian cast di Bongawan.
Selepas kami cast sempat lagi singgah dikedai makan Kg Kimanis, kiri sekali atu tah Omar, yang bertopi hitam Pisang dan sebalahnya atu Fad. Nanti lagi Mai mun ku sampai di KK tani berentap lagi sama2...

No comments:

Post a Comment