Showing posts with label tongkol. Show all posts
Showing posts with label tongkol. Show all posts

Saturday, March 26, 2016

1ST TRIP BLAJAR2 MENJIG 2016 @ BAGANG PAPAR



Jumaat 25.3.2016 pagi.... kebetulan aku bersama keluarga di Papar Sabah selama 4hari bagi menghadiri majlis pertunangan, kesempatan untuk turun menjig di bagang (tempat kelong mengambil bilis aka pusu) perairan Papar bersama pakcik aku nda disia2kan. Pakcik aku cuma menganjun bersama salah seorang penduduk disana dan aku mengambil kesempatan untuk menjig saja yang mana cuma seekor ikan tongkol saja yang berhasil dan banyak kali kena strike sampaikan 3biji jig kena tapau manakala Pakcik aku dan kawannya berhasil menaikkan beberapa ikan temanong, pisang2, kerisi, kelapa2 dan lain lagi. Banyak pengetahuan yang boleh aku dapat menjig di bagang ni. Insha Allah.... dilain hari mau mencuba lagi di bagang tersebut.

Saturday, March 7, 2015

2ND TRIP JIGGING @ PERAIRAN BRUNEI


Rabu 4.3.2015 pagi...kali ani Adyzam mencatar perahu milik Jai @ Raja H Jal ditemani oleh Sahrol dan Mayul yang mana Adyzam berjaya menaikkan seekor gt berat 7.1kg merupakan lesen pertama baginya manakala yang lainnya pun berjaya menaikkan ikan seperti gt, bekalang, tenggiri, tungkul, tawih dan bermacam-macam jenis ikan lagi, tahniah semuanya...

Tuesday, May 6, 2014

TRIP MENENGGIRI LAGI @ PERAIRAN LAUT TUTONG

Ahad 4-5-2014 pagi-ptg... Helmie sudah lama menyepikan diri kali ani ada trip mancing di perairan Tutong bersama Mahadir Ahmad membuahkan hasil dengan 5 ekor tenggiri, 1ekor Bakulan aka tongkol dan 1 ekor baby yu...tahniah Helmie dan Mahadir.

Tuesday, April 22, 2014

TRIP MENENGGIRI @ PERAIRAN TUTONG

Ahad 20.4.2014 pagi... trip menenggiri di perairan laut Tutong dan Jerudong  menggunakan perahu milik Asmadi antara yang terlibat aku, Asmadi, Ahmad, Madi dan Khairul(Cpt) cuma berhasil dengan 2 ekor tenggiri saja yang diperolehi oleh Asmadi dan Madi namun ikan2 lain pun berhasil dinaikkan oleh kami seperti tongkol, pisang2, Santak, Ayam Laut, Kerapu dan lain2 lagi. Alhamdulillah... trip kami semua no kumpawww...

Monday, November 22, 2010

TRIP BARAM SPOT @ BRUNEI DROPOFF

Sabtu 20.11.2010 antara yang turun ke dropoff kali ani Jaki, Sofian, Kwang (Deepblue)sebagai captain, Yus, Amin, Abang dan Haji J. Perjalan bermula jam 4.30 petang mengambil masa 1 jam 45 minit melalui Kuala Tutong. Sesudah tiba di sana pada jam 6.30 ptg. masing2 tah melabuh pancing mencuba nasib namun tiada sambutan sehinggalah jam 3 pagi. Setelah subuh jam 4 baru tah ada respond yang mana Jaki kelurusan duduk di tepi perahu tiba2 pancingnya kena strike ikan dengan tanpa membuang peluang terus tah Jaki menstrike dan mangsa tersebut melawan dengan amat ganas sehingga perlawanan mengambil masa 15 ke 20min bertarung, akhirnya seekor amberjack aka aji-aji aka kingfisher berat 11kg berjaya ditewaskan oleh Jaki. Kawan2 yang lain pun mendapat hasil yang memuaskan seperti, kerapu, sulit, membangan, ikan merah, kerisi bali, anduping, tongkol, durian dan tawih. Sekitar jam 3.30 petang, durang pun balik memandangkan cuaca berangin dan hujan. Tahniah yang mendapat habuan di dropoff atu...Antara hasil yang diperolehi pada trip kali ani.

Thursday, September 30, 2010

REZEKI LABIH....@ PERAIRAN KAPAL KARAM

Rabu 29.9.2010 jam 6 pagi, Kupek bersama abangnya turun mencari rezeki khazanah laut dalam iaitu di perairan kapal karam lagi walaupun keadaan berombak dan juga berangin namun masih jua bersemangat. Hasil dari memajal durang ani belurih antaranya ikan tenggiri, alu2, GT, tongkol dan lain2, Tahniah Kupek dengan rezeki lebih yang diperolehi atu.....

Monday, September 27, 2010

5 EKOR TENGGIRI DAN 1 EKOR TONGKOL @ PERAIRAN KAPAL KARAM

Isnin 27.6.2010 jam 6 pagi, Kupek turun menenggiri bersama Edin kali ani di spot favourite durang iaitu di perairan kapal karam. Sebelum misi pemburuan tenggiri terlebih dahulu durang ani menganjun bagi mendapatkan umpan hidup seperti rumahan,aur2 dan juga basong2. Setelah umpan sudah mencukupi baru tah bermulanya pertempuran dengan tenggiri. Kupek yang terkenal dengan hantu selunsong kali ani bertukar menjadi hantu tenggiri yang mana berhasil menaikkan 4 ekor tenggiri dan seekor tongkol juga banyak kali terlepas tenggiri manakala Edin yang baru pertama kali join pemburu tenggiri bersiri ani cuma belureh seekor tenggiri saja, baik sudah belureh tu...daripada nda ada hehe.....Tahniah Kupek dan Edin

MENENGGIRI MENJADI-JADI...@ LAUT TUTONG

Ahad 26.9.2010 jam 6 pagi sekali lagi misi menjejaki tenggiri di laut Tutong masih diteruskan memandangkan laut masih lagi taduh tetapi bergelora sedikit dianggotai uleh Asat Albab, Khairul aka Langkang dan Sufri yang empunya perahu. Sebelum acara menenggiri bermula, terlebih dahulu durang menganjun arah lawa2 dulu untok mengambil umpan hidup seperti rumahan. Setelah umpan diperolehi baru tah sesi menenggiri bermula dan pembuka tirai Sufri berhasil menaikkan seekor banau dan selepas atu seekor bekalang, lebih kurang dalam 5 minit sekali lagi Sufri berjaya menaikkan seekor banau.Selepas atu giliran Khairul menaikkan seekor tenggiri dan seekor banau tetapi banaunya menjadi mangsa dibuatkan tabur. Nda lama selepas atu Sufri lagi berjaya menaikkan seekor tenggiri dan seekor tongkol manakala Asat Albab cuma berjaya menaikkan 2 ekor lipang tym menganjun saja.. Tahniah Sufri, Khairul dan Asat Albab..Hasil lumayan yang berbaloi-baloi lagi.....

Tuesday, August 31, 2010

BONANZA LAYARAN RAMADHAN @ LAUT BRUNEI

Isnin 30/08/2010 jam 5.30 suboh, buat kali keduanya berturut2 beraksi lagi macam biasa Khairul aka langkang dan kawannya (Sufri) menjejaki tenggiri di laut Brunei yang mana Khairul aka langkang berhasil menaikkan 3ekor tangiri dan seekor tongkol mana kala Sufri berhasil menaikkan seekor tenggiri saja. Lauk2 yang lainnya ada jua durang belureh nganya nda bergambar. Penutup tirai sebelum balik, sekali lagi pancing Khairul berumpankan ikan hidup kena sambar yang pada mula2nya durang sangkakan tenggiri lagi, tau2 ikan layaran yang mengena maka tercetuslah satu perlawanan yang mendebarkan dan memakan masa lebih kurang dalam 30minit ke 40minit bertarung dengan layaran akhirnya berjaya dinaikan uleh Khairul dengan berat dalam 17kg merupakan 1st lesen laut dalam baginya. Misi durang kali ani memang bebaloi, dianggarkan semua sekali hasilnya dalam 30kg lebih, Syukur Alhamdulillah balik jua harga minyak perahu tu geng hehehe...TAHNIAH Khairul aka langkang dan Sufri.. Antara hasil yang diperolehi 4 ekor tenggiri, seekor tongkol yang lainnya ada yang nda digambar..

Monday, July 5, 2010

REZEKI LABIH... @ LAUT BRUNEI

Ahad 04/07/2010 jam 6.30 pagi Khairul aka Langkang dan kawan² sepejabatnya seramai 4 orang turun kelaut mencuba nasib namum nda sia² durang ani turun. Percubaan memang berbaloi jua sampaikan coolbox durang pun nda lagi muat sarat dengan bermacam² ikan seperti tongkol bom, pisang², temanong,temanong bijai, aur², ikan putih, ayam²dan bebatik. Memandangkan coolbox nda lagi muat, durang pun balik kira² dalam setengah hari saja di laut, Syukur Alhamdulillah berezeki udah tuh....,TAHNIAH Khairul n geng²..

Wednesday, November 19, 2008

SELUNSONG TEAM ANGLERZ OFFSHORE TRIP@ LAUT TELISAI MENJERIT

Trip kali ini cuma CKupek sama saudaranya turun seawal pagi hingga jam 5ptg menduga laut Telisai setelah seminggu bekerja buang gian tarus kelaut manakala aku(Azlan),Khai dan Achin cuma diDanau saja dlm pukul 5ptg.Hasil yang membrangsangkan diperolehi oleh Kupek bersama saudaranya seperti tenggiri,langisi,alu-alu,bekalang dan tongkol.




Manakala diDanau pula cAchin terlepas peluang menaikan selunsong disebabkan selunsong tersebut berjaya melepaskan diri dengan sekali lompatan saja.Lapas atu kami terpaksa berpindah keKeramut dlm pukul 6ptg disebabkan umbak semakin kuat cuma sekor ungah junior ja yg ku perolehi diKeramut hehehe....release balik.