Alhamdulillah..... goyang inul #SP_BITEME bhasil memikat 1ekor titir dan 2ekor kerapu M.
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua member pancing tidak mengira peringkat umur dalam negeri mahupun luar negeri, salam perkenalan dari kami dan selamat mengikuti sepanjang aktiviti memancing kami .
Showing posts with label alu-alu. Show all posts
Showing posts with label alu-alu. Show all posts
Saturday, August 25, 2018
Wednesday, August 22, 2018
OFMER XDEEP85F TRIP AWAT-AWAT
Latepost 26.3.2018 Alhamdulillah..... goyang gerudi #OfmerXDeep85f bhasil memikat dgn 1ekor kerapu M 1ekor bby gt dan 1ekor titir(rnw lesen 2018).
Tuesday, April 4, 2017
TRIP JEJAK BLACKBASS AKA TEMBARING AKA KANAI TAWAU 2017
Jumaat 17.03.2017 pagi... Perjalanan bermula dari Brunei ke Tawau memakan masa kira-kira 11 jam perjalanan melalui jalan Tenom, Keningau dan Kalabakan semata-mata untuk memenuhi impian memeperbaharui lesen kanai dan ada yang baru hendak mencari lesen kanai kali ini yang disertai oleh 9 orang iaitu aku, Jun, Madi, Asmadi, Adyzam, Mayan dan Emin manakala Cigu Wee dan Abg Ree menggunakan flight dari Kota Kinabalu ke Tawau.
Setelah sampai di Tawau pada jam 5.30ptg kami telah disambut oleh Spark legenz aka Kong dan bang Latif yang sedia untuk membawa kami menggunakan bot ke Pulau Sebatek dimana kami menginap selama 4hari di rumah Kong.
Selama 3 hari trip casting dan trolling kami tempah untuk mencari ikan kanai aka tembaring aka Blackbass bermula dari 18hb hingga 20hb yang mana 6orang daripada kami berjaya menaikkan beberapa ekor kanai iaitu Asmadi berjaya manaikkan 3 ekor kanai sekaligus 1st 2nd 3rd lesen baginya.
Jun berhasil menaikkan 2 ekor kanai(renew).
Adyzam berhasil dengan seekor kanai(renew).
Mayan berhasil dengan seekor kanai(1st lesen baginya).
Cigu Wee berhasil dengan 2 ekor kanai(renew) kecuali aku, Madi dan Emin belum ada rezeki kami untuk menjinakkannya malahan kami beberapa kali dibuli dan diuji oleh tarekan monster yang membuatkan mainline aku dan Madi terputus manakala Emin cuma terlepas sahaja.
Walaupun kami tidak berjaya menaikkan ikan kanai namun aku berhasil dengan ikan ungah, ikan putih, ketambak dan ikan Kakas.
Madi berhasil menaikkan ikan kerapu dan ungah.
Manakala Emin menaikkan selunsong dan kerapu.
Selain dari kanai, spesis ikan lain pun berjaya dinaikkan seperti kerapu, tenggiri(lolok), selunsong, Alu2 dan ikan putih.
Sepanjang trip memang banyak kenangan manis yang susah untuk dilupakan terutama baru bersua muka dengan member2 pancing Brunei yang mana selama ini cuma berhubung melalui FB saja dan semasa trip barulah dapat berjumpa dan mengeratkan lagi persahabatan kami.
Jutaan Terimakasih buat Kong serta seluruh keluarga, Abg Latif dan Ejal layanan yang terbaikkk diberikan kepada kami sepanjang berada di Pulau Sebatek dan kami ingin memohon kemaafan jika ada kesalahan dan kesilapan yang kami lakukan sama ada disedari mahupun tanpa disedari oleh kami harap maafkan. Sampai jumpa lagi pada trip yang akan datang Insha Allah...
Labels:
alu-alu,
ikan putih,
Kakas,
kanai,
kanai/tembaring/blackbass,
kerapu,
ketambak/bebarahan,
selunsong,
tenggiri/Lolok,
ungah
Tuesday, January 24, 2017
1ST BOATBASE 2017 @ SG TUTONG
Ahad 15.1.2017 pagi... trip pertama boatbase tahun 2017 disertai oleh aku, Madi dan big brada Atok Ahmad di sepanjang sungai Tutong.
Kali ani ku pertaruhkan set UL ku untuk renew lesen ikan yang belum renew lagi yang mana berhasil renew seekor banau, 4ekor sumpit2, seekor bulan2 dan 5 ekor baby gt baby gt yg paling magic lagi satu gewang 2ekor baby gt skaligus strike.
Labels:
alu-alu,
banau,
bulan-bulan,
ikan putih,
kerapu,
ungah
Subscribe to:
Posts (Atom)























































