Showing posts with label ketambak. Show all posts
Showing posts with label ketambak. Show all posts

Thursday, December 27, 2012

D.O.A SHRIMP PIKAT KERAPU M LAGIII @ LUBOK MENDAKAPING

Selasa 25.12.2012 pagi.... trip mau test d.o.a shrimp di lubok mendakaping menggunakan bot milik Zee sekaligus jadi cpt bot disertai uleh Fadli(rakan setugas Zee), aku dan Jun. Aku berjaya menaikkan 2 ekor kerapu minyak aka kerapu bini menggunakan d.o.a shrimp rootbeer glitter dan juga wormblood glitter. Jun berhasil dengan seekor kerapu minyak menggunakan d.o.a shrimp carbonated rootbeer/green dan berhasil dengan 2ekor sumpit2 menggunakan gewang storm. Zee berhasil menaikkan seekor kerapu minyak menggunakan d.o.a shrimp holographic dan beberapa ekor kerapu dan jetambak menggunakan udang hidup manakala Fadli nda berhasil menggunakan d.o.a shrimp tetapi berhasil dengan beberapa ekor ketambak dan kerapu saja menggunakan udang hidup.....

Thursday, November 15, 2012

ULEH-ULEH MEMBOTTOM @ PELUMPONG ISLAND




Rabu 15.11.2012 12tghari-5ptg...Ronie aka Sintak sekian lama menyepikan diri kali ani turun membottom bersama 4 orang kawannya Sahrum, Mirul, Aming dan Pg Julai di pulau Pelumpong dan berhasil dengan beberapa ekor ikan seperti pari, ikan putih, kerapu dan ketambak, tahniah semuanya.

Monday, April 9, 2012

MEMBURU MJ PART 2 @ LUBOK MENDAKAPING

Sabtu 5.4.2012 pgi-ptg...misi memburu mj buat kali ke2 di lubok mendakaping setelah trip pertama dengan hasil yang sukses kali ini menggunakn perahu milik Hj Khalidin(cpt) jua disertai oleh Asat Albab, Madi dan Amizul aka lambus.
Misi sebelah pagi...Amizul pembuka tirai menaikkan 1 ekor mj dan 1 ekor lingkuh aka tiitir manakala yg lain cuma jadi penonton saja.Misi sebelah petang...baru tah yang lainnya belureh yang mana Asat albab berjaya menaikn 3 ekor mj, Cpt Hj Khalidin lureh 1 ekor mj, Amizul lureh 1 ekor mj dan 1 ekor bedukang(badusking) manakala Madi berjaya menaikkan 1 ekor sumpit2, 1 ekor ketambak, 1ekor lingkuh aka titir dan last2 minit baru tah menaikkan 1 ekor.
Jumlah keseluruhan 7 ekor mj, 2 ekor lingkuh aka titir, 1 ekor ketambak, 1 ekor sumpit2 dan 1 ekor badukang(badusking)... Tahniah semuanya nobody hot yeah...!

Monday, March 26, 2012

1ST BLOOD CQ51 & MAJOR CRAFT SLICER @ LUBOK TAPAU

Ahad 25.3.2012 jam 7 pagi...aku sebagai cpt bot milik Bugul turun di lubok Lena dan lubok Tapau disertai oleh Madi dan Edin kan merasmikan weapon baruku tarus ternyata berhasil jua dengan seekor ungah dan seekor ketambak mennggunakan weapon baru manakala seekor ikan pangka-pangka menggunakan ultralight set dan 1x strike mj monster berjaya menapau rapala uls4 clown milikku.
1st strike ku seekor ketambak sekaligus lesen pertama bagi weapon baru dengan menggunakan rapala cd5...
3rd strike seekor ikan pangka2 menggunakan Rapala ULS4 Clown dan ikan ani jarang sekali didapati dan banyak yang belum mengetahuinya.
Madi dengan 1st strike mj menggunakan lure Rapala tdd.
2nd mj di spot double hookup mj sama dengan mj yang ku perolehi..
Ziiiiiiinggg...CQ DC bebunyi sebelum kena strike uleh kerapu dan sekali strike monster barra yang berjaya menapau Rapala TDD milik Madi.
Akhirnya nda jua jadi hot Edin lureh seekor baby gt di lubok Lena..

Monday, February 27, 2012

MAIN2 UL LUREH KETAMBAK @ DANAU

Ahad 26.2.2012 jam 5.40 ptg...Aku sama Madi turun cast di Danau yang mana sebelumnya Madi bercadang untok turun bersama Hj Rahim di sg Kelakas tapi sudah keracunan ukehku, join tah ia jua hehe...Set medium sama ul action kali ani dibawa dan setelah menggunakan medium action nda berhasil, aku pun mencuba main ul action dengan menggunakan lure sp bakau dan ternyata berhasil menaikkan seekor ketambak(1st lesen cast) dan juga seekor kerapu semua CPR selepas atu manakala Madi cuma miscol saja...

Saturday, February 18, 2012

KETAMBAK SAJA @ KUALA TUTONG

Jumaat 17.01.2012 jam 4.30 petang, ops cast-bot dianggotai Capt.Hj Khalideen aka Singkap dan Jaki aka Sangkar di Kuala Tutong cuma seekor ketambak saja yang di perolehi oleh Hj Khalidin dan sekali ugat strike monster manakala Jaki ada hot kali ini...hehe..

Sunday, September 25, 2011

DOUBLE BB STRIKE ON MJ WITH TDD @ LUBOK LENA

Jumaat 23.9.2011 pagi...Babah, Fadli, Boy Sangkut dan Awang turun bottomcast menggunakan perahu milik Babah di lubok Lena. 1st strike mj berjaya di naikkan oleh Boy Sangkut menggunakan lure rapala tdd manakala Babah nda jua ketinggalan menaikkan mj selepas atu dengan menggunakan lure rapala tdd. Sudah keadaan kembali sunyi, durang pun berehat dan sambil atu cuba membotom dan berhasil jua menaikkan beberapa ekor ikan ketambak, seekor gelama dan 1 kali lepas uleh sebab mainline 30lbs terputus.
Selepas berehat durang pun meneruskan lagi casting dan cuma Boy sangkut saja yang berjaya menaikkan 2 ekor mj dengan menggunakan rapala tdd jua..memang heng banar tah rapala tdd kali ani, tahniah Boy dan Babah double BB tu...hehehe...

Friday, September 23, 2011

UMPAK PUN MAU D CASTING TU... @ FERI DANAU

Jumaat 23.9.2011 jam 6.30 pagi...aku turun membottomcast solo di ujung Danau cuma terlepas 1st strike selunsong saja selepas atu sunyi sepi nda ada strike lagi manakala rakan setugasku yang lainnya Abeng, Boy bersama dengan BB cuma membottomcast di jambatan feri Danau yang disertai 2 orang kawan durang yang lainnya.
Sambil melabuh umpan Boy mengambil kesempatan jua casting dan nda disangka seekor umpak kelaparan menyambar lurenya hehe...kejarangan banar umpak menyambar casting ani, yatah namanya sudah rezeki tuh..tapi yang bergambar sama umpaknya BB yang jua cuma belureh ikan kalakitok.
Abeng yang kemudian sampai cuma membottom saja dan berhasil dengan seekor Pila-Pila.
Dua lagi kawan durang yang join pada masa atu masing-masing berhasil dengan ikan kalakitok dan ketambak, tahniah yang belureh atu.

Monday, August 22, 2011

KALAKITOK KAN SUNGKAI @ DANAU & KUALA TUTONG

Sabtu 20.08.2011 jam 10.30 pagi... yang turun beraksi berperahu kali ini Jaki, Sofian dan Capt. Asat Albab.., perancangan bermula ingin mencoba WALK-THE-DOG namun tiada berhasil di sepanjang sungai Danau dan kuala Tutong walaupun 2 ekor selunsong menunjukkan reaksi akrobatik berhampiran namun tiada respond, jadi durang pun berpindah spot kaedah membottom cuma layanan berturut beberapa ekor kalakitok, ungah, ketambak dan gelama disaat durang hendak berbuka puasa. Tahniah yang belureh kepada yang hot atu sabar saja ah...
Anitah hasil dari membottom setelah kaedah mengasting nda berhasil.

Monday, July 18, 2011

KETAMBAK & UNGAH @ DANAU

Ahad 17.7.2011 jam 8 pagi...Kieong, Halim dan Khalid turun di sungai Danau dengan menggunakan perahu milik Khalid yang mana pembuka tirai Halim berjaya menaikkan seekor ketambak. Selepas atu Halim berjaya lagi menaikkan 3 ekor ungah dan Khalid pun berhasil menaikkan 4 ekor ungah cuma nda bergambar saja manakala Kieong alum lagi ada rezeki kali ani...Tahniah yang belureh atu..

Tuesday, June 21, 2011

LUREH KETAMBAK, KAPAS-KAPAS & IKAN PUTIH DI SANGKAR @ PELUMPONG

Ahad 19.6.2011 jam 7 pagi.... Ejam, Hensem Boy, Azmi dan Labu turun di sangkar pelumpong milik saudara Azmi..Sesi pagi... Labu belureh 2 ekor ketambak, Ejam belureh 2 ekor ikan putih. Hensem Boy lureh seekor kapas2 manakala yang lainnya ada lureh pisang2 dan kerapu saja..di sebelah petangnya langsung nada naiknya..apa2pun tahniah kesemuanya.
Anitah antara hasil yang diperolehi sebelah pagi....

Monday, May 30, 2011

MACAM-MACAM ADA LUREH MEMBOTTOM @ LUBOK PAK KEDAUN

Ahad 29.5.2011 jam 10 pagi...Labu, Rawe dan Pg Sulaiman turun membottom kali ani di lubok Pak Kedaun yang mana Labu lureh 2 ekor ungah dan seekor alu2.
Rawe lureh 2 ekor sembilang, seekor ketambak, seekor kerapu(lureh casting) dan seekor usus.
Manakala Pg Sulaiman lureh 2 ekor ungah...meriah macam sure heboh tu lubok Pak Kedaun uleh kamu hehe, tahniah semuanya...

Macam-macam ada ni uleh durang..puas hati mun macam ani selalu hehe......

Saturday, April 30, 2011

KITOKRAPUBAK SAJA HASIL MEMBOTTOM

Sabtu 30.4.2011 jam 7 pagi......yang beraksi membottom di Danau Asmadi, Rimi sama Bugul..yang mana Rimi berhasil dengan 6 ekor kalakitok, Bugul lureh 1ekor kerapu manakala Asmadi lureh seekor ketambak saja..

Thursday, December 9, 2010

MEMANCING DI BILIK NO.15 LAGI..@ MPR

Rabu 8.12.2010 petang, Jaki serta keluarga bermalam seperti biasalah di MPR di bilik no.15 kebetulan cuti sekolah masa ani dan Jaki pun ngambil kesempatan lah untok memancing di sana hasilnya 1 ekor kalakitok, 2 ekor ketambak dan ikan susu (sultan fish)..dan sekali putus selunsong semasa Jaki tetidur pada jam 3.30 petang. Tahniah Jaki, malar sudah kesana dan ani masuk yang ke11 kali sudah menyewa bilik no.15 memajal toh...Setelah paginya Jaki cuma lureh seekor kalakitok saja disebabkan air yang sudah surut berabis.
Macam ani tah keadaannya apabila surut melantai nda ada harapan kan melaboh pancing di bawah berdekatan dengan tiangnya yang dipercayai tempat ikan2 bermain..

Thursday, November 25, 2010

RAPALA TIGER HUSKY JERK VS MJ @ JERUDONG RIVER

Rabu 24.11.2010 jam 5 petang, keadaan cuaca yang mendung serta hujan barai² bukan jadi penghalang bagi aku sama Babah turun cast dan Boy membottom di Jerudong river. Babah seperti biasa mempertaruhkan lure banjo minnownya tapi nda berhasil manakala Boy membottom dengan umpan udang hidup pada mulanya menaikkan seekor bedukang sampaikan tergelincir ditarik bedukang atu dan selepas atu menaikkan seekor ketambak lagi. Jam 6.15 petang, keadaan sudah beransur gelap akhirnya taruhan lure baby rapala tiger husky jerk yang baru ku gunakan kali ani berhasil memperdayakan seekor ungah...nyaman jua hati disisik² akhir kan balik baru tah kana strike hehe....
Anitah lure rapala tiger husky jerk 8cm yang baruku pakai sudah membuahkan hasil...
Boy dengan ketambaknya cuma bedukang saja nda digambarnya hehe....