Showing posts with label tenggiri. Show all posts
Showing posts with label tenggiri. Show all posts

Saturday, November 26, 2016

DUO REALIS PENCIL POPPER VS PELAGICS@ PERAIRAN BRUNEI


Sudah 2bulan Ak Putera nda turun mencast sibuk dgn tugasan kerja. Kali ani Ak Putera dan rakan setugasnya Musa turun menjig dan popping ikan pelagic. Seawal pagi smpai ditakat tersebut pemangsa ikan tenggiri sudah nampak menyambar anak2 ikan tetapi kaedah popping dan jigging langsung nda kana layan. Sebelah petangnya baru tah ada strike oleh Ak Putera  menggunakan DUO Realis Popper Pencil 148 & 110 'Neo Pearl' berjaya menaikkan Ikan Banau dan tenggiri termasuk kawannya menaikkan ikan tungap dan tenggiri menggunakan jig. Tahniah Ak Putera dan Musa.
Atikel oleh Ak Putera

Wednesday, September 28, 2016

TRIP JEJAK TEMBARING BUAT KALI KE2 @ TAWAU SABAH

Sabtu 10/9/16 pagi... Trip misi menawan black bass aka tembaring aka kanai seramai 6 org ke Tawau Sabah ini adalah rancangan daripada Jun Cena dan Cigu Jam yang disertai oleh Ak Firdaus, Ade dan dua orang bekas rakan setugas Jun iaitu Savry dan Judin. Pada jam 6 ptg kedatangan kami di sambut oleh ahli2 FISHING COMMUNITY CLUB TAWAU SABAH (FCCTS) yang di wakili oleh Kong(spark lagenz),Majer  Jal, Meron, bang Latip tanpa membuang masa kmi pun bergerak menuju ke kediaman pulau Sebatik Tawau Sabah.
Ahad 11/09/16 pagi Misi menawan BB (black bass) telah pun bermula yang mana kami mengunakan 3 buah boat, Kong membawa gandingan Ak Firdaus dan saya sendiri Ade, Majer Jal membawa gandingan cigu Jam dan Jun dan manakala Gandingan Savry dan Judin di pandu oleh Bang latip.
Keadaan Air pada pagi itu sangat memberasangkan kami namun dengan kaedah casting, gewang kami tidak begitu di layan oleh pemangsa2 sungai Tawau dan kami menukar strategi dengan menggunakan kaedah trolling dan tidak disangka kaedah trolling ini di sambut ganas oleh kanai yang mana pada jam lebih kurang 10 pagi, Alhamdulillah..BB(Black Bass) pertama seberat 1.6 kg telahpun berjaya di tawan oleh Ade yang membuatkannya jadi Parkinson selama  5minit.


Pada masa kecederaan, Savry juga berjaya menumpaskn seekor BB (Black Bass) seberat 2.1kg dan gandingannya mendapat 2 ekor MJ seberat 2.8kg dan 1kg, manakala Jun mendapat seekor kerapu dan cigu Jam mendapat seekor Titir. 
Jun dengan penyelamat kunpaw nya kerapu..

Istirehat di malam trip pertama dengan Kopi Kaw2..
Isnin 12/09/16 Hari kedua kami turun pada jam 8 lebih kerana Ahli2 FCCTS menghadiri Sembahyang Hari Raya Aidil Adha .. Namun Perubahan Air sangat ketara Di sebabkan hujan malam membasahi Tawau.. air sungai yang keruh kemerah-merahan yg sangat membimbangkan hati ahli2 kami, tetap jua mengekalkan kaedah trolling di praktikkan namun layanan pemangsa kurang di bandingkan dengan hari pertama.
Pada jam lebih kurang 11 pagi saya (Ade) berjaya memperbaharui lesen Selunsong seberat 2.6 kg dengan kaedah trolling.
Pada masa kecederaan salah satu ahli kami Jun  telahpun di kejutkan dengan strike mega, mengikut saksi cigu Jam dan Majer jal sehingga tarikan mega menggegarkan bakau2 berhampiran yang membuatkan Rod dan Reel Bc Jun Cena tidak henti2 di tekan oleh tarikan Mega tersebut..
Setelah beberapa mimit bertarung tarikan mega pun semakin lemah ternyata tarikkan mega itu adalah hasil kuasa tarikan BB(black bass) seberat 5.8kg. Demi menjaga populasi ikan pulau Tawau, kanai tersebut telahpun di lepaskan oleh beliau dengan selamat...Tahniah Jun.


Dalam masa kecederaan juga boat team dari Kong  iaitu Ak Firdaus teman seganding saya(Ade), telah dihadiahkan ikan special iaitu seekor Kerapu tiger, Seekor Tenggiri dengan kaedah trolling dan seekor Mj ditumpaskan dengan kaedah casting..


Manakala boat team dari Bang Latip berhasil menaiki 2 ekor kerapu mega dan seekor ikan GT seberat 1kg. Savry juga sempat menaikkan seekor Kerapu mega seberat 2.2kg. Manakala Judin pun tidak kurang hebatnya menaikkan Kerapu Mega nya seberat 2.3kg .
Pada malam tersebut kami juga sempat menghadiri makan malam di rumah tunang Kong yang mana pada hari itu juga adalah hari upacara pertunangan beliau dan kami juga sempat berkenalan dengan bakal bapa mertua Kong dan sempat lagi membuli Kong kasi kopi . Namun dalam kegembiraan kami pada malam itu kami di kejutkan dengan berita keluarga yang mana nenek kepada Kong telahpun kembali kerahmatullah....InalillahiWainnailaihiRojiun......
Al-Fatihah..
Sekali lagi kami dari wakil Selungsong Team Anglerz mengucapakan Takziah kepada keluarga beliau, semoga Allah S.W.T menempatkan arwah nenek kepada Kong di tempatkan golongan orang2 yang di kasihi Allah S.W.T Aaminnn...
Selasa 13/09/16 Trip cast kami sudah hampir tamat dan kami bersiap2 untuk pulang meninggalkan Pulau Sebatik yg cantik aman dan bersih itu.
Setibanya kami di Kg Pasir Putih kami skali lagi di sambut oleh Ahli2 Fishing Community Club Tawau Sabah (fccts) yg di wakili oleh Tasak (fccts) , beliau mempelawa kami untuk menjamu selera di salah sebuah gerai makan di kg tersebut dan kami mengakhiri trip dengan bersalam2an bersama Ahli2 FCCTS dan jutaan terimaksih kepada semua ahli2 FCCTS dengan layanan dan segala pengurusan yang begitu teratur sekali dari mula hingga keakhir trip kami dan kami ingin memohon maaf jika ada tersilap kata terkasar bahasa dari kami mohon maafkan segalanya...
Ini adalah Cendera hati dari ahli Fishing Community Club Tawau Sabah (Fccts) untuk champion dalam  trip ini dan juga merangkumi pemegang rekod terbesar  di dalam group kami Selungsong Team Anglerz dengan memegang rekod BB(Black Bass) seberat 5.8kg . Tahniah sekali lagi buat Jun dan kesemua yang mengikuti trip tembaring buat kali ke2 ini.

Atikel oleh Ade

Wednesday, September 16, 2015

OPS JIG TENGGIRI JEREBU @ PERAIRAN TUTONG



Sabtu 12/09/2015 pagi....Ops Pelagic selesai saja Jimie bertugas pagi, Bob (cpt),Ak putera dan Jimie merancang awal2 kan turun menjig pagi dan petang. Disebabkan keadaan cuaca panas dan berjerebu, durang bertiga cuma menjig halfday saja. Sampai ditakat pertama langsung nda ada kana strike dan terpaksa berpindah ke takat seterusnya dan baru tah ada  strike ikan pertama Ikan Kayap2 oleh Ak Putera menggunakan Storm Thunder jig yang disangkakan tenggiri.  Bob berjaya menaikkan ikan tenggiri manakala Jimie menaikkan ikan kerapu dan lain2. Sebelum balik akhirnya Ak Putera berjaya jua memikat ikan tenggiri dengan gewang singkingnya DUO Tide Minnow Slim 140 Flyer. Tahniah Bob, Ak Putera dan Jimie.
Atikel oleh Ak Putera

Monday, April 13, 2015

OPS JIG TENGGIRI @ PERAIRAN LAUT TUTONG


Jumaat 10.4.2015 pagi.... trip jig tenggiri di perairan laut Tutong disertai uleh Bob, Ahmad dan Fadli menggunakan perahu milik Bob yang mana Ahmad berhasil dengan 2 ekor tenggiri dan Fadli lureh 1 ekor tenggiri manakala Bob kumpawww menaikkan tenggiri namun berhasil dengan ikan lain hasil dari membottom. Tahniah semuanya...

Saturday, March 28, 2015

TRIP SINGKAT KE2 @ PERAIRAN TUTONG




Selasa 24.3.2015 jam 7.30pagi..Bob mencuba nasib lagi di pèrairan Tutong bersama Mus manakala Helmie menggunakan perahunya sendiri kali ani. Nda smpai 5 minit Helmie melabuh umpan, pancingnya kena strike ganas namun melepas. Selepas atu strike ke2 dan kali ani Helmie baru tah Helmie berjaya menaikkan seekor tenggiri. Nda lama selepas Helmie kena strike, kali ani giliran Bob lagi menerima strike yang kuat sehingga tali keluar tanpa henti dan Bob cuba mengawal keadaan akhirnya Bob berjaya menaikkan seekor tenggiri berat 7kg. Selepas atu giliran pancing milik Mus lagi kena strike namun melepas disebabkan semasa cuba menaikkan ikan tenggiri, mainline terkena batang siut dan tarus putus. Selang beberapa minit, Bob berjaya lagi menaikkan seekor tenggiri berat 2.5kg. Dalam 10minit berlalu, baru tah pancing milik Mus kena strike dan kali ani seekor tenggiri berat 2.6kg berjaya dinaikkan ulehnya, tahmiah Helmie, Bob dan Mus.

Atikel oleh Bob#

Friday, March 27, 2015

TRIP SINGKAT 1 @ PERAIRAN TUTONG

Isnin 23.3.2015 pagi...trip singkat 1 boatbase bottom di perairan Tutong di sertai uleh Bob dan Mus. Kenapa dpanggil trip singkat adalah disebabkan masa yang terhad cuma sebelah pagi sampai tengahari saja peluang sebab disebelah petang sudah keraja. Seawal pagi mncuba mncari umpan.. Sebaik saja mendapatkan umpan hidup yan7g mencukupi, Bob dan Mus pun terus ke lubuk sempit.Selang beberapa minit setelah sampai ke lubuk tersebut Reel daiwa sargus 6000 dikejuti dengan irama drag yang tidak berhenti.. Dipadankan lagi dgn rod surecatch flash jigger. Lebih kurang 3minit melayan, akhirnya timbul jua sipemangsa dipermukaan air rupanya seekor tenggiri berat 2kg manakala Mus kumpawww...kali ani, tahniah Bob.

Ditulis oleh Bob#

Saturday, March 7, 2015

2ND TRIP JIGGING @ PERAIRAN BRUNEI


Rabu 4.3.2015 pagi...kali ani Adyzam mencatar perahu milik Jai @ Raja H Jal ditemani oleh Sahrol dan Mayul yang mana Adyzam berjaya menaikkan seekor gt berat 7.1kg merupakan lesen pertama baginya manakala yang lainnya pun berjaya menaikkan ikan seperti gt, bekalang, tenggiri, tungkul, tawih dan bermacam-macam jenis ikan lagi, tahniah semuanya...

Sunday, March 1, 2015

TRIP JIGGING TYM TADUH @ PERAIRAN BRUNEI


Khamis 26.2.2015 pagi... Adyzam turun jigging menyewa bot milik Sahrol Hm di kawasan perairan Brunei yang mana Adyzam  berjaya mnaikkan 2 ekor tenggiri, 1 ekor tungap dan 1 ekor lantaran manakala Sahrol menaikkan 2 ekor tenggiri dan 1 ekor bekalang. Kebanyakkan strike ugat saja walaupun sudah mnggunakan trible hook tapi yang penting no kumpawww, tahniah Adyzam dan Sahrol

Thursday, October 30, 2014

TRIP LIGHT JIGGING HALFDAY @ PERAIRAN LAUT TUTONG

Ahad 26.10.2014 pagi... Ak Putera bersama Bob (cpt) dan Suri turun light jig tempat Shipwreck perairan Tutong. Alhamdulillah....Bob, Ak Putera dan Suri berhasil dengan berberapa ekor ikan menggunakan Storm Thunder Jig 28Grm dan banyak kali tewas uleh tenggiri megatron .Tahniah Bob,Ak Putera dan Suri No Kumpawww...

Friday, August 22, 2014

TENGGIRI 4KG LANDBASE CASTING @ BATU CUBE

Jumaat 22.8.2014 ptg... Rudy bersama Kam turun landbase di batu cube lagi dan kali ani nda disangka-sangka seekor tenggiri berat 4kg strike gewang Viva milik Rudy yang disangka seekor bekalang pada mulanya... tahniah Rudy. Nda pyh kelaut lagi mencari tenggiri ni hehe......

Tuesday, August 19, 2014

TRIP LIGHT JIGGING HALFDAY @ SHIPWRECK


AHAD 17.08.14 TRIP LIGHT JIGGING KALI ANI DISERTAI OLEH AK PUTERA, PAWE, BOB (CPT), BAPA BOB DAN ATING (SEPUPU BOB). TRIP KALI ANI KAMI BERHASIL MENEWASKAN SEBILANGAN TENGGIRI DAN LINGKUH MENGGUNAKAN
STORM THUNDER JIG 40 GRM,TAHNIAH AK PUTERA, BOB DAN ATING MANAKALA PAWE DAN BAPA BOB KUMPAWWW.....

Monday, August 11, 2014

TRIP MICRO JIGGING @ SHIPWRECK

Ahad 10.8.2014 pagi... Ak Putera turun kelaut kali ani tujuan kan berkongsi pengalamannya bermain dengan menggunakan set microjig bersama Pawe dan Bob(Cpt) yang mana berhasil dengan beberapa ekor tenggiri, kerisi dan pisang2 dwngan menggunakan storm slim jig dan storm thunder jig 28 & 30grm...tahniah semuanya no kumpawww...

Wednesday, June 11, 2014

OPS MENENGGIRI @ PERAIRAN TUTONG

Khamis 5.6.2014 pagi... Jun turun menenggiri di perairan Tutong kali ini bersama dengan saudaranya dan belureh dengan 3 ekor tenggiri... tahniah Jun.

Tuesday, May 6, 2014

TRIP MENENGGIRI LAGI @ PERAIRAN LAUT TUTONG

Ahad 4-5-2014 pagi-ptg... Helmie sudah lama menyepikan diri kali ani ada trip mancing di perairan Tutong bersama Mahadir Ahmad membuahkan hasil dengan 5 ekor tenggiri, 1ekor Bakulan aka tongkol dan 1 ekor baby yu...tahniah Helmie dan Mahadir.

Tuesday, April 22, 2014

TRIP MENENGGIRI @ PERAIRAN TUTONG

Ahad 20.4.2014 pagi... trip menenggiri di perairan laut Tutong dan Jerudong  menggunakan perahu milik Asmadi antara yang terlibat aku, Asmadi, Ahmad, Madi dan Khairul(Cpt) cuma berhasil dengan 2 ekor tenggiri saja yang diperolehi oleh Asmadi dan Madi namun ikan2 lain pun berhasil dinaikkan oleh kami seperti tongkol, pisang2, Santak, Ayam Laut, Kerapu dan lain2 lagi. Alhamdulillah... trip kami semua no kumpawww...

Friday, April 11, 2014

SESI POP DAN CAST @ PILONG ROCK & BANGAU

Rabu 8/4/2014 jam 9 pagi... trip popping di Pilong Rock disertai oleh Edin, Boy(Zaidi), Zamri & Boy (Wandi) menggunakan perahu milik Boy(zaidi). Boy(zaidi) menaikkan seekor Tenggiri berat 2kg lebih hasil popping manakala 3 orang kumpawww. Sebelah tengahari durang pindah tempat menuju ke Bangau yang mana Edin berhasil menaikkan seekor kerapu m, Boy(wandi) lureh seekor kerapu dan Zamri kumpawww...tahniah yang nda kumpawww...

Monday, October 7, 2013

MJ LAUT 6KG N MCM2 LAGI @ PERAIRAN TUTONG

Ahad 06/10/2013 jam 12.00 tengah hari Ops mencari rezeki di laut Tutong yang disertai  uleh Kupek dan  As(abg Kupek) berhasil jua dengan bermacam2 jenis ikan, seekor daripadanya ungah laut berat 6kg dan seekor tenggiri berat 3.6kg, seekor lagi pelapahan berat 4kg dan bermacam2 lagi jenis ikan diperolehi,TAHNIAH As dan Kupek ..

Thursday, September 5, 2013

2 HARI OPS MENENGGIRI @ PERAIRAN LAUT TUTONG

Isnin/Selasa 2,3. 9.2013 pgi-ptg... 2 hari turun berturut2 menenggiri Jun bersma Kupek di perairan laut Tutong. Hari pertama Jun berjaya menaikkan 3ekor tenggiri dan 1ekor bekalang. Kupek berjaya menaikkan 3ekor tenggiri dan 2ekor bekalang. Hari kedua keadaan cuaca tak berapa mengizinkan Jun dan Kupek hanya berjaya menaikkan seekor seorang tenggiri beberapa kali misscall manakala set joran milik Kupek ditapau oleh  ikan monster misteri kedalam laut memjadi takat...tahniah Jun dan Kupek.

Friday, August 30, 2013

REZEKI TYM LAUT TADUH @ PERAIRAN TUTONG

Selasa 27/08/2013 jam 8 pagi... kali ani Rudy bertukar haluan turun kelaut Tutong bersama kawannya mengambil kesempatan tym laut taduh untok menjejaki tenggiri yang mana durang berhasil menaikkan 5 ekor tenggiri...3 ekor daripadanya dinaikkan oleh  Rudy. Syukur Alhamdulillah rezeki di laut berhasil jua...TAHNIAH Rudy dan kawannya...

Sunday, March 31, 2013

OPS LIGHT JIGGING LEMADING @ PERAIRAN LAUT TUTONG

 
Jumaat 29.3.2013 pagi...ops light jigging mengintai lemading aka anak tenggiri di perairan laut Tutong dianggotai uleh aku, Jun dan Ak Firdaus. Semua kami nda ada kumpowww yang kami berhasil dengan 10 ekor lemading...Alhamdulillah.