Saturday, March 31, 2012

GT 4 BANAU 1 ULEH MEMPOP @ PERAIRAN MUARA

Jumaat 30.3..2012 jam 6 pagi...Babah, Boy sangkut dan Syahrol meneruskan lagi misi mempop di perairan Muara untuk setengah hari saja..dan kali ani Babah strike pembuka tirai berjaya menaikan g.t menggunakan halco roosta popper ultraman...
Kemudian baru tah giliran Boy menaikkan g.t mengunakan halco roosta jua...beberapa minit kemudian Babah berjaya lagi menaikkan g.t berturut dan jumlah semuanya Babah lureh 3 ekor g.t...dan last2 boy strike seekor banau hasil uleh Boy 1 ekor g.t dan 1ekor banau...manakala Syahrol nda mampu bertahan kena mabuk laut disebabkan nda cukup tidor hanya mampu lureh dalam mimpi saja hehe...nda apa Syahrol next tym mau awas tu mesti cukup rehat, tahniah Babah dan Boy...

RENEW BADUS @ LUBOK EMPA ITOM

Jumaat 30/03/2012 jam 3 petang...ops mendalakdus dijalankan diLUBOK EMPA ITOM yang disertai uleh Asat Albab bersama Hj Khalidden aka Singkap dan C Bul. Baru jua 5minit cast, Asat bejaya menaikkan seekor dalak dan nda lama selepas atu Hj Khalidden pun berhasil jua menaikkan seekor dalak. Lebih kurang dalam setengah jam sudah casting, Roy aka Marak cara kebetulan onway balik dari berkerja pun terus join casting disebabkan keracunan dari mms Hj Khalidden. Strike seterusnya Asat berjaya menaikkan seekor badus aka bujuk sekali gus renew lesennya. Selang 2 ke 3minit Hj Khalidden pun berhasil jua menaikkan seekor dalak lagi manakala Roy dan C Bul cuma mampu meliat yang cuma kena misscall dan ugat (lepas) saja,hot tah banar tu hehe..TAHNIAH renew lesen badus dan yang belureh atu.

Friday, March 30, 2012

MEREMPIT MJ, BABY GT & KERAPU @ LUBOK TAPAU / LENA

Jumaat 30.3.2012 pagi...air sungai di lubok tapau dan lubok lena berubah macam tea c namun masih jua aku, Jun(cpt) dan Madi memajal kan mencuba. 1st strike...baby gt ulehku menggunakan lure rapala shadrap deep runner dan semakin menyerlah weapon ku yang baru 2x turun.
2nd strike..Jun berhasil menaikkan seekor mj semasa aku sama Madi tersangkut kami punya rapala arah kayu hehe....3rd strike..barulah giliran Madi strike seekor kerapu berdekatan dengan spot Jun belureh mj..
Last strike sebelum balik kan sembahyang Jumaat double strike baby gt baru ya macam rempit tarikannya lebih2 lagi tarikan baby gt uleh Madi...

Thursday, March 29, 2012

UNGAH SESI BULI BALIK @ BELAKANG LUBOK TAPAU

Rabu 28.3.2012 petang...sesi revenge aka buli balik dalam keadaan hujan di lubok tapau dan lena kali ani disertai uleh Cpt Jun, Madi dan Awngku(Kingfisher Yozuri) namun masih jua Madi jadi hero lureh seekor mj manakala Jun dan Awangku masih kena buli lagi...walaupun hot tapi mendung hari hehe..tahniah Madi.

Wednesday, March 28, 2012

DALAK SESI LATIHAN @ LUBOK MAJAL

Rabu 28-3-2012 petang...Emi dan kawannya Zul yang baru membeli set cast baru kan membuat sesi latihan ngasting buat pertama kali di lubok majal namun hanya Emi saja menaikkan seekor dalak manakala Zul cuma ugat sekali, tahniah Emi..

Tuesday, March 27, 2012

UNGAH AKA MJ SEBELUM HUJAN RINDU @ LUBOK LENA

Isnin 26.3.2012 tengah hari...kali ani trip di lubok tapau dan lubok lena menggunakan 2 buah bot iaitu bot milik Cpt Jun dianggotai uleh Madi dan Awangku(Kingfisher Yozuri) yang cuma seekor mj saja naik uleh Madi manakala Jun dan Awangku kena buli uleh mj yang mana beberapa kali terlepas. Bot milik Bugul, Kupek jadi cpt yang disertai uleh Edin dan Bebeh yang mana Kupeh lureh seekor sumpit2 dan Edin lureh baby gt hasil membottom tapi sayangnya nda sempat digambar disebabkan hujan labat manakala Bebeh hot kali ani, tahniah Madi memang lu ada heng maaa...

BERHASIL MENEGGIRI @ PERAIRAN PENANJUNG

Ahad 25.3.2012 jam 7.30pg-5ptg..Memet turun bersama cpten Saat(czn) di laut Penanjung tujuan bejaul tengiri hasil lureh 12 ekor tenggiri dan 1 ekor bekalang yang mana Memet cuma berjaya menaikkan seekor tenggiri saja(1st lesen) 2x putus dan 2x ugat manakala selebihnya dinaikkan uleh cpt Saaht dan cuma 5 ekor yang sempat digambar disebabkan hasil yang lainnya sudah kena pajak uleh orang lain, tahniah Memet dan cpt Saat.

Monday, March 26, 2012

1ST BLOOD CQ51 & MAJOR CRAFT SLICER @ LUBOK TAPAU

Ahad 25.3.2012 jam 7 pagi...aku sebagai cpt bot milik Bugul turun di lubok Lena dan lubok Tapau disertai oleh Madi dan Edin kan merasmikan weapon baruku tarus ternyata berhasil jua dengan seekor ungah dan seekor ketambak mennggunakan weapon baru manakala seekor ikan pangka-pangka menggunakan ultralight set dan 1x strike mj monster berjaya menapau rapala uls4 clown milikku.
1st strike ku seekor ketambak sekaligus lesen pertama bagi weapon baru dengan menggunakan rapala cd5...
3rd strike seekor ikan pangka2 menggunakan Rapala ULS4 Clown dan ikan ani jarang sekali didapati dan banyak yang belum mengetahuinya.
Madi dengan 1st strike mj menggunakan lure Rapala tdd.
2nd mj di spot double hookup mj sama dengan mj yang ku perolehi..
Ziiiiiiinggg...CQ DC bebunyi sebelum kena strike uleh kerapu dan sekali strike monster barra yang berjaya menapau Rapala TDD milik Madi.
Akhirnya nda jua jadi hot Edin lureh seekor baby gt di lubok Lena..

TENGAH HARI BARU LUREH TOMAN @ EPM

Ahad, 25-03-2012 pagi-ptg...Emi , Roy & Ansuri turun menomanlak di "Lubuk Emi" EPM,l. Seawal pagi belum jua berhasil seekor pun namun setelah makan tengah hari di perahu dan mengambil kesempatan untok cast jua akhirnya Emi berhasil renew lesen tomannya untuk tahun ani.
Manakala Roy berhasil cast 1 ekor dalak, 1ekor toman dan bottom fishing 2 ekor toman.Ansuri pula berjaya menaikkan 7 ekor toman dengan kaedah bottom, tahniah semuanya...

Sunday, March 25, 2012

BARRA MONSTER 10KG PLUS @ DANAU

Sabtu 24.3.2012 pagi...Kupek turun memajal membottom di Danau kali ani bersama Hamzah(member dari kk) dan berhasil jua dengan seekor selunsong monster berat 10kg labih pada masa tengah hari, tahniah Kupek meracun ni sampaikan Hamzah turun di Danau bah..

MONSTER BEKARA @ PERAIRAN TUTONG

Jumaat 23.03.2012 jam 8.30 mlm...trip ke laut dianggotai oleh Capt.Khalideen dan crew2nya Pengiran, Roy dan Jaki. Hasil dari tangkapan kurang menyerlah sepanjang hari tersebut, cuma hasil tangkapan ikan merah, santak, ketambak dan bekara tapi hanya Hj Khalideen sama Roy saja berkesempatan bergambar. Tahniah..next mungkin ada heng..

KERTANG 9.34KG STRIKE POPPER @ PERAIRAN MUARA

Jumaat 23.3.2012 jam 6 pagi...Babah, Boy Sangkut dan Sai meneruskan lagi operasi mempop jig di perairan Muara. Pembuka strike kali ani Babah berjaya menaikkan seekor g.t mengunakan popper halco roosta. Selang beberapa minit,..giliran Boy sangkut berturut2 strike g.t 3 ekor menggunakan halco roosta jua manakala Sai pun berjaya jua menaikkan g.t dan taweh mengunakan halco roosta. Sebelah petang... Boy Sangkut dikejutkan dengan strike monster yang belum diketahui pada mulanya dan setelah beberapa minit bermain baru tah kelihatan yang tidak dijangka rupanya seekor kertang berat 9.34kg menyambar halco poppernya. Memandangkan keadaan laut semakin berombak plus berangin durang pun balik.
Babah berhasil dengan gt pembuka tirai trip kali ani...
Boy Sangkut kali ani ada heng belureh 3 ekor gt dan tangkapan bonus seekor kertang.
Sai baru 1st time join sudah berhasil dengan seekor tawih...
Strike ke2 lagi uleh Sai dengan seekor gt lagi...tahniah semuanya nda ada kumpowwww...

Saturday, March 24, 2012

MJ KELAPARAN @ LUBOK TAPAU & SG KERAMUT

Jumaat 23.3.2012 jam 2.30 ptg...aku, Madi aka Kembayau dan Jun turun cast di lubok Tapau, lubok Lena dsn sg Keramut. Seawal strike Madi berhasil dengan 2 ekor kalakitok aka baby gt dan 2 kali strike mj monster tapi sayangnya terlepas. Aku berhasil membuka rasmi rod sama reel bc baru dengan seekor mj aka ungah dan selepas atu baru tah ku menggunakan set ul 4lb dan berhasil dengan 2ekor mj dan seekor sumpit2 manakala Jun yang menggunakan set bc pun berhasil dengan seekor mj aka ungah.
1st blood rod bc Major Craft Basspara 6'3' 8-14lb dan reel Abu Blackmax(line 10lb/leader 12lb) dengan seekor mj aka ungah di lubok Tapau.
2nd strike mj dengan menggunakan set ul rod Timber Wolf 6' 2-5lb Reel Abu Garcia Cardinal 300Ui(line 4lb/leader 12lb) lure Rapala ULS4 Clown di lubok Tapau.
3rd strike ku lagi dengan seekor baby mj dengan set ul jua di sg Keramut.4th strike ku lagi seekor sumpit2 dengan menggunakan set ul di sg Keramut jua.Jun berhasil dengan seekor mj menggunakan set baitcast dan beberapa kali miscol.2 ekor kalakitok aka bby gt uleh Madi dan 2 kali strike mj monster terlepas, kana test tia ryoga atu uleh monster hehe...Seekor sumpit2 kecundang uleh ryoga lagi..taiko S udah ni...

HASIL MEMBOTTOM LAUT TADUH RINDU @ PERAIRAN TUTONG & BELAIT

Khamis 22/03/2012 jam 9 malam...misi membottom di laut dalam di perairan Tutong dan Belait menggunakan perahu milik Mickey disertai uleh Mickey sendiri, Asat Albab, An dan Kwang (deep blue). Hasilnya sungguh lumayan dan memberangsangkan sekali bermacam2 jenis ikan diperolehi seperti kurisi bali, ruby, membangan lantong, kerapu, awat2 dan lain2 lagi. Kesemua hasil dianggarkan dalam dua pikul lebih, balik jua model membali minyak perahu kalau dijual hasilnya hehe...TAHNIAH Semuanya..

UMPAK SOLO @ DANAU

Jumaat 23.3.2012 pagi...Kupek, Bebeh, Nabil(ipar Bebeh), Jam dan anak buahnya turun membottom di Danau. Walaupun keadaan aing di kuala Danau taduh dan banyak perahu landing di kuala untok memukat udang namun hasilnya cuma seekor umpak uleh Kupek, mungkin lauk udah kekanyangan makan udang fresh kali hehe..tahniah Kupek.

Friday, March 23, 2012

4 MJ TEWAS TAPI 5 GEWANG TERKORBAN @ KUALA TUTONG

Khamis 22.03.12 pagi...planning membottom di batu Penanjung dibatalkan uleh Memet disebabkan Kamal(anak buah) msg kan membawa Memet ngasting di Kuala Tutong. Sesi pagi hanya Lakim(cousin) strike languran manakala tengahari membottom hanya Memet saja lureh seekor baung dan sekali mis kol. Sesi petang aktiviti ngsting disambung semula yang mana Memet lureh 2 ekor mj manakala Kamal lureh 2 ekor manakala 5 biji lure menjadi mangsa korban uleh mj, tahniah Memet n Kamal.

BARRA SYAIR CPARI-PARI SEMAKIN MENJADI @ DANAU

Khamis 22.3.2012 pagi...keadaan kuala Danau semakin membrangsangkan lagi yang mendorong Bugul dan Alif(ipar Bebeh)turun membottom lagi dan kali ani berhasil dengan seekor selunsong 2.5kg merupakan selunsong yang ke2 baginya dan lureh seekor pari 4kg. Memang tah semakin menyerlah di Danau ani awas menjerit tah ni usulnya, tahniah Bugul.

Thursday, March 22, 2012

MEMPOP JIG HALFDAY @ PERAIRAN MUARA

Ahad,18hb mac 7-11 pagi...Babah, Juki aka Mengasang dan Boy Sangkut turun ke perairan Muara tujuan mempop dan menjig..Trip kali ani Boy Sangkut berjaya menaikkan tawih dan banau dengan menggunakkan popper halco roosta.
Juki pun berjaya menaikkan banau dan baby g.t menggunakan popper yozuri hydro manakala Babah cuma lureh baby g.t dengan menggunakan rapala jigging rap..