Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua member pancing tidak mengira peringkat umur dalam negeri mahupun luar negeri, salam perkenalan dari kami dan selamat mengikuti sepanjang aktiviti memancing kami .
Wednesday, March 31, 2010
BALIK2 DARI LABUAN SEMPAT CAST LAGI....@ LUBOK SPINNER JANGGUT TEBABUT
Rabu 31.3.2010 jam 3.30 petang aku sama Emi telah pun sampai di terminal Muara setelah berada selama 2 hari di Labuan memenuhi aktiviti cast kami bersama member caster disana iaitu dari Darkartcaster Labuan memang memuaskan walaupun cuma seekor toman dan 2 ekor dalak yang kami perolehi. Setelah sampai diterminal Muara, kami pun balik menggunakan keretaku yang sudah sedia paking disana semalaman. Dalam perjalanan kan balik kerumah, Emi mencadangkan untok kan mencuba mendalak lagi di lubok spinner janggut tebabut, apalagi.... layan saja lah. Sesampainya dispot tersebut ku suruh Emi mencuba dulu yang mana ia menggunakan lure katak clossa untok taruhan mendalak, namun nda ada strike. Dalam 5 minit Emi cast, baru tah aku kan mencuba jua untok cast dengan menggunakan lure seahawk mini frogie warna hitam yang baruku bali sebelum kami kelabuan lagi...baru jua percubaan pertama lure seahawk ku tarus kana sambar uleh dalak dan berhasil dinaikkan merupakan dalak yang ke31 ku. Emi masa atu meliat aku menaikkan dalak tarus geleng2 sakit kepalanya meliat baru jua sekali cast hehe...apalagi Emi pun tarus cast jua ampir arahku tapi alum jua ada strike. Ku suruh ia menukar lure seahawk minifrogie warna dark brown yang baru dibalinya akhirnya Emi berhasil menaikkan seekor dalak merupakan lesen ke2 nya lagi selepas 1st lesennya di Labuan. Banyak kali jua kami ugat sama miscall nammun puas jua hati kami balik2 dari Labuan sempat lagi cast dan berhasil jua, syukur Alhamdulillah.Lure katak seahawk mini frogie warna hitam yang baru ku bali kemarin sudah mendatangkan hasil.1st lesen Emi di Labuan dan 2nd lesennya di Brunei tanah air yang tercinta, tahniah Emi ada sudah lurih tu...Setelah ku bagitau supaya ditukar lure atu pakai katak seahawk minifrogie yang baru dibalinya sama2 aku kemarin, baru tah ada strike dalak Junior hehe...Lure seahawk yang dark brown atu dipakai uleh Emi dan yang warna hitam atu baru tah yang ku pakai, baru jua dibali kemarin sudah ada heng ooo.....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment