Showing posts with label ketambak/bebarahan. Show all posts
Showing posts with label ketambak/bebarahan. Show all posts

Tuesday, April 4, 2017

TRIP JEJAK BLACKBASS AKA TEMBARING AKA KANAI TAWAU 2017


Jumaat 17.03.2017 pagi... Perjalanan bermula dari Brunei ke Tawau memakan masa kira-kira 11 jam perjalanan melalui jalan Tenom, Keningau dan Kalabakan semata-mata untuk memenuhi impian memeperbaharui lesen kanai dan ada yang baru hendak mencari lesen kanai kali ini yang disertai oleh 9 orang iaitu aku, Jun, Madi, Asmadi, Adyzam, Mayan dan Emin manakala Cigu Wee dan Abg Ree menggunakan flight dari Kota Kinabalu ke Tawau.




Setelah sampai di Tawau pada jam 5.30ptg kami telah disambut oleh Spark legenz aka Kong dan bang Latif yang sedia untuk membawa kami menggunakan bot ke Pulau Sebatek dimana kami menginap selama 4hari di rumah Kong.


Selama 3 hari trip casting dan trolling kami tempah untuk mencari ikan kanai aka tembaring aka Blackbass bermula dari 18hb hingga 20hb yang mana 6orang daripada kami berjaya menaikkan beberapa ekor kanai iaitu Asmadi berjaya manaikkan 3 ekor kanai sekaligus 1st 2nd 3rd lesen baginya.

Jun berhasil menaikkan 2 ekor kanai(renew).
Adyzam berhasil dengan seekor kanai(renew). 
Mayan berhasil dengan seekor kanai(1st lesen baginya).

Abg Ree berhasil dengan seekor kanai(1st lesen) dan seekor kerapu.

Cigu Wee berhasil dengan 2 ekor kanai(renew) kecuali aku, Madi dan Emin belum ada rezeki kami untuk menjinakkannya malahan kami beberapa kali dibuli dan diuji oleh tarekan monster yang membuatkan mainline aku dan Madi terputus manakala Emin cuma terlepas sahaja.



Walaupun kami tidak berjaya menaikkan ikan kanai namun aku berhasil dengan ikan ungah, ikan putih, ketambak dan ikan Kakas. 

Madi berhasil menaikkan ikan kerapu dan ungah.
Manakala Emin menaikkan selunsong dan kerapu. 









Selain dari kanai, spesis ikan lain pun berjaya dinaikkan seperti kerapu, tenggiri(lolok), selunsong, Alu2 dan ikan putih. 



Sepanjang trip memang banyak kenangan manis yang susah untuk dilupakan terutama baru bersua muka dengan member2 pancing Brunei yang mana selama ini cuma berhubung melalui FB saja dan semasa trip barulah dapat berjumpa dan mengeratkan lagi persahabatan kami. 


Jutaan Terimakasih buat Kong serta seluruh keluarga, Abg Latif dan Ejal layanan yang terbaikkk diberikan kepada kami sepanjang berada di Pulau Sebatek dan kami ingin memohon kemaafan jika ada kesalahan dan kesilapan yang kami lakukan sama ada disedari mahupun tanpa disedari oleh kami harap maafkan. Sampai jumpa lagi pada trip yang akan datang Insha Allah...

Thursday, March 10, 2016

CUACA MENDUNG STRIKE KERAPU TETAP ADA @ BANGAU






Sabtu 05/03/2016 pgi-ptg...Ak Putera, Sham dan Jimie baru berkesempatan turun boatbase bersama setelah sekian lama durang bertiga nda turun. Seawal pagi dalam perjalanan tersebut sudah menunjukkan tanda2 kan hujan tetapi hujan nda sampai di kawasan sg bangau dan misi diteruskan. Alhamdulillah...1st strike 'kerapu M' oleh Ak putera menggunakan gewang killernya Realis Jerkbait 100DR 'Phoneix' memang sesuai dengan wrnanya. Sesi petang, walaupun keadaan cuaca mendung, kali ani giliran Sham strike ikan kerapu dan kerapu minyak menggunakan sp zman dan Jimie nda jua ketinggalan strike ikan ketambak menggunakan sp zman. DUO softbait Beachwalker haul color pink & glow milik Ak Putera dalam masa kecederaan berhasil memikat double trouble kerapu m & kerapu bintik aka kerapu komando. Tahniah PutMieSham.
Atikel oleh Ak Putera

Monday, December 7, 2015

UNGAH, KETAMBAK & KERAPU STRIKE AWAL PAGI @ KUALA TUTONG



Jumaat 04/12/15 pagi... Asmadi turun lagi memajal casting di awal pagi kali ini turun Solo sahaja dan berjaya menaikkan 3 ekor ikan iaitu MJ,ketambak dan baby kerapu. Tahniah Madi..
Atikel oleh Madi