Tuesday, June 29, 2010

1ST BARRA ASAT ALBAB 2010 VS RAPALA TIGER LAGI..! @ DANAU

Selasa 29/06/2010 jam 5.30 pagi, Asat Albab bersama Piyambut turun di Danau mengail dengan beumpankan udang hidup yang $1- 3 ekor. Selepas memasang pancing masing² Asat Albab mengambil kesempatan untok cast. Lebih kurang 15minit cast, Kupek pun datang dan tarus jua cast di ujong sebelah kesungainya, dalam diam² rupa²nya Kupek belureh baby ungah pada jam 06.30 pagi. Nda lama selepas atu kira² jam 7.50pagi baru tah Asat Albab lagi belureh seekor selunsong berat 5.5kg. Dalam pada masa yang sama rupa²nya Majidi pun ada memancing dan cast tetapi arah batu berdekatan dengan sekolah Danau dan kail beumpanya kena strike sekali tetapi sayang perambutnya putus. Uleh kerana kana info Asat lureh selunsong, Majidi pun tarus pindah kekuala danau dan nda lama selepas atu Madi pun datang jua tujuan cast saja. Tahniah Asat Albab dan Kupek, AWAS...! cifu dalak udah menunjukkan taring di Danau ni...
Sebelum Asat Albab lureh selunsong, Kupek dulu pembuka tirai lureh seekor ungah..



Baru ya..! solid hookup, selalunya main sipi2 saja tapi kali ani nah full masuk dimulutnya. Nyaman toh rapala tiger jua lagi hehe....





Liat tah keadaan Rapala ani sampaikan kecup kedalam hooknya dan lipnya jua hilang entah kemana dikerajakan uleh selunsong.

Monday, June 28, 2010

MENOMANLAK MASA HUJAN LAGI NI..@ EPM

Ahad 27/06/2010 jam 06.00 pagi sekali lagi Asat Albab dan Ebel turun menomanlak di EPM yang sudah pun awal memboking untok menyewa perahu bersama jurupandu Awg Sahar. Hasilnya yang mana Ebel bejaya menaikkan seekor dalak merupakan dalak yang ke49 manakala Asat Albab bejaya menaikkan seekor toman berat 2.6kg merupakan toman yang ke2 dan Awg Sahar pun bejaya menaikkan sekor toman dan seekor dalak. Disebabkan hujan lebat, cuma Asat Albab saja yang sempat bergambar. Tahniah Asat Albab, Ebel dan Awg Sahar.
Macam ani tah saja gambarnya selepas hujan beranti malam sudah bah....

Saturday, June 26, 2010

KEMBALI MEANDAPONG @ SG TERABAN

Sabtu 26/06/2010 jam 07.00 pagi Asat Albab bersama Khairul kali ani mengail andapong di Sungai Teraban yang mana sudah begitu lama ditinggalkan terutama sekali Asat Albab memang kegemaran beliau dari dulunya tapi baru pertama kali buat Khairul yang mana ia sudah membali set untok mancing andapong dan nda sabar2 kan mencuba. Nda sia2 percubaan pertama Khairul dengan hasil seekor andapong berat 1kg, Asat Albab pun belureh jua seekor sekali putus perambut. Selain andapong, durang pun belureh sembilang dan kitang jua. Tahniah Asat Abab dan Khairul dengan lesen pertama andapongnya, apa rasanya? Siok kan geng, hehe...Antara hasil yang diperolehi uleh durang di Sungai Teraban, banyak jua toh....Alhamdulillah...

SALTWATER TO FRESHWATER @ DANAU TO EPM

Jumaat 25.6.2010 jam 1:50 pagi, misi menyubuh Jaki dan Amizul aka Lambus turun di Danau kali ani mencuba nasib setelah percubaan disebelah pagi dan petang tidak berhasil dengan ikan yang dihajati, cuma seekor ketambak saja yang diperolehi oleh Amizul dan misi di danau berakhir jam 7 pagi.
Manakala disebelah petangnya Amizul turun lagi tapi kali ani cuma menomanlak saja bersama dengan Asat Albab di EPM. Banyak kali durang ani misscall dan terlepas dan akhirnya Amizul memperolehi seekor toman jua merupakan lesen pertama untok tahun 2010. Tahniah Amizul, baru ya..! memajal dari saltwater to freshwater hehe..

Friday, June 25, 2010

PELAYAK AKA PECAH PERIUK @ DANAU

Khamis 24.6.2010 jam 5pagi, Asat Albab dan Hj Pangan aka Piyambut sudah pun berada di Danau sebelum Amizul aka Lambus, Rimi dan Majidi sampai disana. Aing masa atu sudah pun pasang panuh dalam jam 6.42 pagi baru tah ada strike yang mana rezeki menyebelahi Piyambut kali ani dengan seekor pelayak berat 4.2kg. Selepas atu nda lagi ada strikenya, Tahniah Piyambut siok jua tu menarik pelayak haha..ada rasa macam tarikan selunsong toh...

Wednesday, June 23, 2010

KEMBALI MENDALAK LAGI... @ LUBOK KUCING

Rabu 23/06/2010 jam 5.00 petang Asat Albab bersama Khairul turun mendalak setelah beberapa minggu nda beraksi kali ani durang mencuba beraksi lagi. Memandangkan hujan terlalu lebat dimalam sudah setentunya sungai2 dan lubok2 kedalaman serta kabut,walau bagaimana pun masih jua durang ani turun di LUBOK KUCING. Dalam 15minit cast lure Khairul berhasil dengan seekor baby dalak merupakan dalak yang ke52 tetapi Khairul nda begambar sebab dalak atu tarus saja dilepaskan balik ketempat asalnya. Nda lama selepas atu lure Asat Albab lagi kena strike tetapi ugat (lepas), uleh kerana hari sudah kan gelap durang pun balik. Dalam perjalanan menuju kekerita sempat lagi durang mengambil kesempatan cast dan akhirnya Asat Albab belurih seekor dalak merupakan dalak yang ke94 baginya,TAHNIAH Asat Albab dan Khairul..

KETAMBAK JR DAN KETUTU JR SAJA NI...@ DANAU & KERAMUT

Rabu 23.6.2010 jam 7.30 pagi, aku sama Madi turun memancing diDanau lagi dan setibanya disana rupanya Kupek, Amizul dan bininya sudahpun sampai diDanau. Aing masa atu mulai surut perlahan dan beansur semakin deras yang membuatkan kami mencuba sekejap saja dan belum ada hasil. Aku, Madi dan Kupek pun berpindah ke Keramut lagi kan mencuba mengintai ungah sekalinya kami sampai disana Asmadi bersama iparku sudah pun memancing dari awal pagi lagi, sama jua belum ada hasilnya. Lama jua menunggu pancing kana strike sehinggalah dalam masa sejam baru tah pancingku berhasil dengan seekor ketutu junior saja dan dibawa balik kan disimpan dalam aquarium. Jam 11 kami pun balik dan dalam perjalanan balik, Amizul telah mms arahku yang mana ia belurih cuma seeekor ketambak saja di Danau, syukur tah daripada nda ada langsung sebelum dilepaskan semula kehabitat asalnya.Anitah saja lurihku di Keramut tadi, betutu oh betutu junior hehe...lesen jua tuh..

Tuesday, June 22, 2010

1ST MJ VS PRAWNSTAR @ KERAMUT

Selasa 22.6.2010 petang, Asmadi turun cuma untok cast saja di Keramut kali ani untok mencuba lure prawnstar yang baru dibelinya dari Walid(Kb Ians Angler). Ternyata berhasil dan berbaloi jua menggunakan lure ala2 macam udang hidup asli yang berjaya memperdayakan seekor ungah kira2 berat dalam 450grms merupakan 1st ungah Asmadi kali ani. Tahniah Madi, mission accomplished....

Monday, June 21, 2010

SELUNSONG VS RAPALA TIGER LAGI..@ DANAU

Isnin 21.6.2010 petang, Majidi bersama Dadi, Yawang dan juga Kupek turun memancing di Danau lagi setelah paginya nda berhasil. Dalam pada masa yang sama aku dan Madi turun memancing di Keramut kan mengintai ungah yang mana aku 2 kali putus manakala Madi pun 2x putus jua. Kira2 jam 4 petang Asat Albab dan Khairul pun sampai di Danau kan cast saja. Jam 5.40 petang baru tah Majidi berhasil menaikkan seekor selunsong berat 7kg merupakan selunsong yang ke8 hasil dari casting menggunakan RAPALA BALSA MAGNUM FLOATING MINNOW atau nama lain kami panggil RAPALA TIGER yang memang mujarab lure ani untok selunsong. Yawang cuma terlepas peluang menaikkan seekor ungah dan jua 2 ekor selunsong yang mana menampakkan dirinya setelah membuat akrobatik. Tahniah Majidi, heng tu Rapala tiger atu jua lagi...ada yang sakit kepala lagi ni hehehe...

Saturday, June 19, 2010

BADUS AKA BUJUK MASA BANJIR @ MERANGKING

Sabtu 19/06/2010 jam 09.00 pagi, Asat Albab bersama Khairul turun kan menyelunsong di Danau. Setibanya di sana rupa2nya Amizul aka L@mbus bersama anaknya, Madi, Yawang, Asmadi, Majidi dan termasok aku sudah pun awal berada di Danau mengail dan cast. Keadaan aing masa atu macam teh c dan berombak. Asat Albab dan Khairul pun berpindah ke Belait lagi, cuma tinggal kami saja yang masih memajal di Danau. Sampai di Belait, aingnya memang betul2 cantek cuma berombak saja sedikit. Lebih kurang dalam sejam sudah cast, belum jua berhasil durang pun merancang mendalakdus tah lagi di Labi. Sampai di Labi, aingnya kabut jua dan berpindah lagi durang ani di Merangking namun kali ani tempat lubok yang durang hajati banjir tia. Untok nda menghampakan, durang pun mencuba jua cast dan dalam setengah jam sudah cast lure Asat Albab pun kena strike tetapi ugat (lepas) dan dalam diam2 rupa2nya Khairul menaikkan seekor badus aka bujuk dan sekali miscall. Selepas atu nda lagi ada strikenya dan durang pun balik,TAHNIAH Khairul aka Langkang...

Friday, June 18, 2010

SELUNSONG MONSTER VS MJ AKA UNGAH @ DANAU

Jumaat 18.6.2010 pagi, antara yang sudah berada di Danau tujuan kan memancing seawal lagi Madi, Majidi dan Edin namun kali ani bukannya arah spot biasa tapi di sebelah tengah lagi disebabkan sudah ada pemancing lain berada disana yang mana cuma Rimi saja yang sempat mengisi ruang spot biasa. Setengah jam berlalu kira2 jam 6 pagi baru tah aku sama Kupek sampai disana namun belum jua ada hasil diperolehi oleh member2 kami mungkin disebabkan air sudah berumbak dan macam Tea C luan2 hehe...Jam 9 pagi belum jua ada strike, Majidi terpaksa mengambil kesempatan untok cast di hujung Danau sebelah sungainya sementara menunggu pancingnya kena strike. Selepas setengah jam berlalu, kelihatan dari jauh Majidi sedang membawa seekor selunsong yang pada mula2nya kami anggarkan beratnya dalam 6kg tapi sudah sampai arah kami rupanya monster selunsong dan setelah ditimbang, beratnya mencecah 11kg. Memang lure Rapala Magnum pearl orange kali ani betul2 beracuun yang mana sebanyak 2 kali kena sambar dan cuma seekor saja berjaya dinaikkan merupakan selunsong yang ke7 buat Majidi. Selepas atu aku bersama Edin lagi mencuba nasib cast dihujung dengan menggunakan lure yang sama Rapala Magnum pearl orange kepunyaanku dan ternyata memang berhasil dengan seekor ungah berat 2kg setelah cast dalam masa 10minit saja menyebabkan Edin yang sedang cast berdekatan dengan aku sakit kepala meliat dan menyuruh aku supaya beranti cast haha....andangnya tu Edin, rezeki sorang2 namanya tu. Setelah diketahui uleh durang Madi dan Kupek yang mana aku belureh ungah apalagi durang pun mencuba jua, namun nda berhasil dan jam 11.30pagi kami pun balik. Alhamdulillah....kalau sudah rezeki apa cara pun boleh berhasil.Menu utama ungahku sama selunsong monster Majidi lure Rapala Magnum pearl orange.Memang ramai orang memancing masa atu sampaikan spot tempat kami selalu dipenuhi uleh pemancing2 lain yang sudah dari subuh lagi berada disana dan terpaksa tah kami dispot lain namun kalau sudah rezeki, dimana2 pun belureh tu....Sempat lagi member2 lain mengambil kesempatan untok bergambar termasok tah aku hehe...

DALAK VS TOMAN LAGI..@ EPM

Jumaat 18.6.2010 jam 6.30 pagi, sekali lagi Ebel dan Asat Albab menomanlak di empangan Panchur Murai dengan menyewa perahu milik Awg Sahar yang memang tak asing lagi penyewa perahu dan sekaligus jurupandu perahunya dengan sewa yang berpatutan dari pagi hingga kepetang. Strike pertama tak lain tak bukan Awg Sahar yang tahu selok belok di epm dan berpengalaman menjejak dalak dan toman, belureh seekor toman dan lepas atu belureh lagi ia seekor toman tapi cuma seekor saja sempat digambar disebabkan hujan. Selepas atu baru tah Ebel lagi mendapat strike seekor toman merupakan tomannya yang ke2 dan strike seterusnya seekor dalak merupakan dalak yang ke48 baginya kali ani. Namun Asat Albab yang lama menunggu strike dalak maupun toman akhirnya belureh jua ia seekor dalak merupakan dalak yang ke93 buatnya. Tahniah Ebel, Asat Albab dan Awg Sahar..Awg Sahar menjadi orang yang mula2 membuka tirai belureh toman sebanyak 2 ekor dan cuma seekor saja yang sempat bergambar disebabkan hujan masa atu.Akhirnya tunggu punya tunggu......, Asat Albab belureh seekor dalak. Macam ku kenal sarung tangan hitam atu hehe....buatkan ku satu........

Thursday, June 17, 2010

SELUNSONG DAN UNGAH LAGI...@ DANAU

Khamis 17.6.2010 jam 4.30 pagi aku, Madi, Yahya, Jaki dan bininya turun memancing di Danau dengan berumpankan udang rostris yang kami beli cuma $5 saja. Setibanya disana kelibat selunsong sudah menampakkan dirinya membuat akrobatik sebanyak 2 kali membuatkan kami tergesa-gesa memasang pancing masing2 namun setelah melabuhkan pancing, belum jua ada yang kena strike sambil atu kami pun mengambil kesempatan untok casting sementara menunggu umpan kami kena sambar. Setelah cast beberapa minit namun belum jua ada hasil aku mengambil kesempatan untok menganjun lagi untok mencari elternatif umpan hidup lain namun belum jua berhasil sehingga jam 8.30 pagi baru tah pancingku kena tarek yang mana berdekatan tempat Madi berdiri, dengan pantas tarus tah ku mencapai joranku apalagi layanlah rupanya seekor ungah. Setelah setengah jam berlalu dalam jam 9 pagi pancingku kena tarek uleh selunsong yang menampakkan dirinya membuat akrobatik, kebetulan masa atu Jaki kan balik yang sedang2 menggulung pancingnya masa atu berhampiran dengan pancingku yang kena tarek. Pada mulanya Jaki kan melayan pancingku disebabkan handleku sebelah kiri manakala kebiasaan Jaki sebelah kanan nda tah jadi melayan hehe...dengan larian pecutku dari kem tempat kami berehat, aku mencapai joranku dan terus melayan asakkan selunsong tersebut akhirnya dalam masa seminit lebih selunsong berat 3kg dapat ditewaskan ulehku merupakan selunsong ku yang ke4 kali ani manakala Jaki sempat lagi mengambil videonya dan terpaksa extend masa balik dalam masa setengah jam lagi...racun..racun...hehe...Jam 12.30 tengah hari kami pun balik disebabkan hari kan hujan dan berangin kuat menyebabkan keadaan air mulai berombak.Hasil pertama seekor ungah yang kami fikirkan selunsong pada mulanya.
Rupa2nya ada bekas perambut orang lain yang terputus masih lagi ada di dalam mulutnya.Sempat lagi ambil gambar view di Danau ketika subuh.

Wednesday, June 16, 2010

1ST LESEN BARRA ULEH DANAN @ PUDAK

Sabtu 12/06/2010 jam 5.00 petang, lama sudah Danan ani nda beraksi rupa2nya kali ani Danan beraksi bersama kawan2nya turun bemalam mengail beumpankan kambura mati di kampong Pudak. Sambil menunggu2 kail kena strike durang pun berehat2 tau2 kail Danan kena strike sudah dalam jam 7.45 pm dan berhasil menaikkan seekor selunsong berat 1.25 kg, manakala kawannya pun belureh jua selunsong dan kerapu yang mana semua menjadi menu malam atu. Jam 02.00 suboh ada yang mengambil kesempatan tidor dan ada yang bejaga manakala Danan mengambil kesempatan jua mencuba cast menggunakan kaedah popping memang ada yang menyambar tapi sayangnya nda hookup yang nda pasti apa species lauknya, apa2pun TAHNIAH Danan aka Laboooh dengan lesen selunsong pertama.

SELUNSONG, UNGAH DAN UMPAK @ DANAU

Rabu 16.6.2010 jam 8.30 pagi, aku sama Madi turun memancing di Danau lagi yang mana setibanya di sana, rupanya anak buahku Rimi sudahpun berada di sana dan dudah menaikkan seekor selunsong berat 10kg apalagi kami pun bergegas memasang pancing masing2. Pagi atu air sudah pun pasang namun masih lagi kabut macam Tea C. Dalam jam 11 pagi baru tah air hijau mulai masuk kekuala sungai lalu pancing Madi pun ditarek uleh seekong ungah berat 1kg. Selepas atu pancing Rimi sekali lagi ditarek tapi kali ali seekor umpak aka gerut-gerut sehinggalah jam 12.30 tghari kami kan balik, pancing Madi kena tarek lagi dengan kuat rupa2nya seekor penyu besar sampaikan Madi terkial-kial strike pancingnya dan akhirnya terputus maka terselamat lah sang penyu. Tahniah Madi dan Rimi memang rezeki kamu hari ani namun belum ada rezeki buat ku kali ani hehe....Madi berhasil dengan seekor ungah walaupun mula2nya tersangkut arah piling besi..
Tangkapan terakhir Rimi dengan seekor umpak aka gerut-gerut sebelum balik

Sunday, June 13, 2010

TOMAN VS DALAK @ EPM

Ahad 13/06/2010 jam 07.30 pagi Asat Albab, Ebel dan Awg Sahar turun cast di empangan Panchor Murai menggunakan perahu kepunyaan Awg Sahar, memang beliau ani betul2 berpenggalaman dalam mengendalikan perahunya. Ebel berjaya menaikkan sekong dalak merupakan dalak yang ke47, 3 kali miscall,mana kala Asat Albab berjaya menaikkan seekor toman merupakan lesen pertama toman dan 2x miscall,mana kala Awg Sahar cuma ugat (lepas) dan miscall saja,TAHNIAH Asat Albab dan Ebel...
Disebabkan hujan turun dengan lebatnya, terpaksa tah tomannya saja digambar

JAKI & KELUARGA MEMANCING @ MPR

Sabtu 12.06.2010, Jaki bersama keluarganya bertandang di kolam pancing Mangrove Paradise Resort jam 4 ptg yang ingin meluangkan masa untok membuang gian memancing memandangkan pelawaan bini Jaki, apalagi layan tah jua kebetulan bininya guru yang sedang cuti sekolah masa ani. Jam 4.30 ptg memancing, dalam masa setengah jam berlalu, bini Jaki mendapat seekor selunsong berat 1.5 kg dan selepas atu dalam masa 5 min anaknya mendapat tarikan yang kuat iaitu seekor ikan puteh berat 1 kg dan dalam jam 5 ptg, anaknya berhasil lagi menaikkan seekor ikan puteh berat 700gram. Dalam waktu itu banyak hasil yang terputus perambut memandangkan Jaki cuma mengunakan perambut mono 12lbs saja. Setelah jam 7 malam Jaki pun balik dan tarus memboking bilik 15 untok bemalam pada hari Isnin. Tahniah kepada anak dan bini Jaki, sabar saja Jaki alum tah rejeki mu tu hehe.....Jadi tah ikut begambar atu Jaki ah hehehe.....

Thursday, June 10, 2010

KERAPU SAJA @ DANAU

Rabu 9.6.2010 jam 2 petang, yang mana aku, Mizlan dan Majeed turun di ulu Tutong manakala durang Asat Albab, Ebel, Majidi dan Kupek turun memancing dan cast di Danau lagi kali ani dan cuma seekor kerapu saja lureh Asat Albab menggunakan lure Aussie Jumper redhead. Tahniah Asat Albab, nda apa kerapu saja daripada nda ada tu....

HARI PERTAMA CAST BERSAMA KUNJUNGAN DARKARTCASTER LABUAN @ ULU TUTONG

Rabu 9.6.2010 Jam 10.30 pagi, aku pergi menjemput ketibaan Mizlan bersama Majeed tiba di Terminal Muara dan perkara yang mula2 sekali untok menyampaikan hajat yang udah lama dipendam uleh Mizlan ialah makan nasi katok terlebih dulu hehe...Setelah hajat sudah ditunaikan baru tah kami kerumahku di Jerudong untok menyimpan barang2 dan jua berehat seketika sebelum bertempur sebelah petangnya. Jam 2.30 petang kami pun menuju ulu Tutong yang mana Majeed ingin sangat kan membarab namun keadaan yang tak mengizinkan disebabkan spot tersebut banjir, terpaksa tah dibatalkan hajat tersebut dan seterusnya hajat Mizlan kan membadus lagi kami teruskan. Setibanya kami disatu sungai yang mana airnya macam pepsi, apalagi kami pun paking kereta dan terus mencuba cast. Cuma seekor dalak saja lurehku merupakan dalak yang ke42 kali ani dan Mizlan lepas 2 kali saja manakala Majeed langsung tak ada strike, sabar bro esok masih ada lagi hehe...Anitah Mizlan yang sedang tekun cast dan 2kali terlepas peluang..
Setibanya dirumah Mizlan(baju putih) dan Majeed(baju hitam) pun menyediakan set cast masing2 .

Monday, June 7, 2010

SET LAMA ADA HENG MASIH... @ LUBOK SENYUM

Ahad 06/06/2010 jam 5.00 petang, Yus turun mendalak pun seorang diri di LUBOK SENYUM kali ani dengan bersenjatakan set kail baru reel baitcast sama rod cherrywoodnya dan satu set cast yang biasa dipakainya reel spining dan rod conolon pun jua nda ketinggalan. Mula2 Yus menggunakan set barunya lebih kurang 5 ke 10 minit cast, baru tah ada strike dalak tapi lepas dan seterusnya beberapa kali strike dalak pun sama lepas jua. Disebabkan alum ada heng set barunya, Yus pun menukar set cast yang lama dan baru jua beberapa kali cast tarus tah kena strike uleh dalak dan baru tah berhasil kali merupakan dalak yang ke20 baginya lagi...TAHNIAH Yus..

Saturday, June 5, 2010

2 EKOR BADUS AKA BUJUK TEWAS @ LUBOK CARI KALOK & X3

Jumaat 04/05/2010 jam 5.00 petang sekali lagi Yus mendalakdus seorang diri di LUBOK CARI KALOK yang mana belureh sekong badus aka bujuk dan sekali ugat (lepas) selepas atu nda ada lagi strikenya mau pun miscall lapas atu Yus pun pindah keLUBOK X3 dan berhasil lagi menaikkan seekor badus aka bujuk jua. Oleh kerana hari udah gelap Yus pun balik, syukur Alhamdulillah belureh jua 2ekor badus aka bujuk, TAHNIAH Yus..
Ani badus yang ke2 di Lubok X3 disebabkan nda ada jurugambar terpaksa tah badus saja jadi modelnya...

Friday, June 4, 2010

UNGAH SESI PETANG LAGI...@ DANAU

Jumaat 4.6.2010 sesi petang mancing dan cast bermula lagi antara yang beraksi aku, Madi, Asat Albab, Jaki, Kupek, Majidi, Edin dan Dadi. Cuma Edin saja yang belureh seekong ungah beumpankan kembura mati saja...Dadi sekali strike tapi sayangnya nda melekat matakailnya. Walaupun kami sudah mencuba cast dari ujung keujung namun alum jua ada hasilnya. Tahniah Edin, kami akan pasti memajal cast lagi nanti hehe...

SELUNSONG BULAN JUN @ DANAU

Jumaat 4.6.2010 jam 5 pagi, Madi sudah pun awal mengaga kerumah kan memancing dan cast di Danau kali ani. Sesampainya disana rupanya Majidi sama Dadi baru jua sampai dahulu dari kami. Walaupun umpan udang hidup cuma $2 saja kami dapat namun kami memajal jua masih dan setelah mengumpani pancing, masing2 tah mengasting sementara menunggu pancing kena strike. Semasa kami sedang cast, baru tah Jaki, Kupek, Kundai, Majidi, Edin dan kawannya sampai kan join cast dan mancing jua. 1st umpananku sudah kena strike namun alum rezekiku tapi umpanan ku yang ke2 baru tah berhasil menaikkan seekor selunsong berat ngam2 2kg merupakan selunsong yang ke3 buat ku kali ani. Selepas atu baru tah Kupek lagi strike seekor ikan putih aka kalakitok dan seekor baby ketumbang. Strike ke3 ku cuma seekor baby ungah saja . Jam 11 pagi kami pun balik sebab kan menyambung mancing disebelah petangnya lagi, harap2 belurih lagi nanti...Amin...Kalakitok sama baby Ketumbang saja lureh Kupek kali ani syukur tah hehe...

Thursday, June 3, 2010

BEKALANG VS LINGKUH AKA ALU-ALU @ DANAU

Khamis 3.6.2010 pagi, antara yang turun di Danau kali ani Edin, Majidi, Kupek, Dadi dan Mudin(kawan Edin). Belum jua lama mengumpan pancing milik Kupek sudah pun kena strike uleh Bekalang berat 2.3kg yang berumpankan kembura saja. Selepas atu lama jua kan menunggu strike lagi dan pada kira2 jam 11 pancing Kupek lagi kena strike kali ani seekor Alu2 aka Lingkuh, tahniah Kupek.Strike ke2 seekor lingkuh lagi menyambar umpan kembura Kupek...

DALAK PEMBUKA TIRAI JUN @ LUBOK SENYUM

Rabu 2.6.2010 jam 4.30 petang, Yus turun mendalak seorang diri saja di Lubok Senyum mengambil masa lebih kurang dalam 15 minit cast alum jua ada strike, ia pun pindah sedikit demi sedikit kedalam tempat lubok yang sama dan kali ani baru tah ada strikenya tapi sayangnya lapas. Nda lama selepas atu sekali lagi lure Yus kena strike dan berhasil dinaikkan merupakan dalak yang ke19 baginya. Tahniah Yus....

Tuesday, June 1, 2010

DALAK ULANG TAHUN ABDB @ LUBOK LAWA

Isnin 31/05/2010 selepas menyelunsong di Danau kebutulan hari kelepasan awam sempena hari ulang tahun ABDB cuma khairul saja yang belureh sekong ungah tadi pagi selepas atu Asat Albab dan Khairul tarus mengambil kesempatan kan membarablak lagi. Sampai saja disana rupanya aingnya serupa macam teh c kaw2 dan durang pun pindah lagi kesatu tempat pun sama kabut tah jua, durang pun mengambil keputusan untok balik. Dalam perjalanan balik, durang pun kejumpaan anak sungai yang mana aingnya macam pepsi, apalagi durang pun tarus tah mencuba cast, lubok atu durang nama kan LUBOK LAWA. Lebih kurang dalam 15minit cast, lure Asat Alab kena strike dalak tetapi ugat(lepas). Nda lama selepas atu lure Khairul lagi kena strike tapi cuma miscall saja dan selepas atu langsung nda lagi ada strike mau pun miscallnya bemacam2 lure katak durang cuba kan, maseh jua nda berhasil. Durang alum jua mau mengaku kalah dan maseh jua memajal lagi, uleh kerana alum ada strike Asat Albab memberi cadangan menyuruh Khairul memakai spinner tok janggut apalagi Khairul pun tarus tah mencuba dan baru jua 2 ke 3x umban tarus tah kena strike uleh baby dalak. Selepas atu mencuba lagi Khairul kali keduanya dan kena strike jua lagi atu pun last2 minit. Asat Albab nda lagi join cast disebabkan terlampau lalah bekas dari Danau cuma jadi jurugambar dan meliat Khairul cast saja, TAHNIAH Khairul aka langkang..dengan dalak yang ke51 udah ni..
Anitah dalak yang ke2 last2 minit kan balik.