Rabu 12.02.2014 jam 3.30 petang... Zaki, Madi dan Khairul ingin mencuba mengudang di sg.kecewa oleh kerana hujan turun lebat maka misi mengudang dibatalkan. Setelah jam 5.45... Zaki mencuba mengasting dan berhasil dengant seekor toman ..Tahniah Zaki...
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua member pancing tidak mengira peringkat umur dalam negeri mahupun luar negeri, salam perkenalan dari kami dan selamat mengikuti sepanjang aktiviti memancing kami .
Friday, February 14, 2014
3 MJ HOOKUP 1 MJ MELEPAS @ BEKUKU ISLAND
Ahad 9.2 2014 petang... selepas Asmadi, Sham dan Eyoi turun cast disebelah pagi hingga tengah hari, aku, Ahmad dan Asmali lagi menyambung beraksi disebelah petangnya yang mana aku berhasil dengan 2 ekor mj menggunakan gewang ofmer xdeep dan reel calcutta yang sekian lama berehat dalam almari kali ani keluar beraksi untok test power lagi. Ahmad berhasil dengan seekor mj manakala Asmali kumpawww buat kali ke2 ikut boatbase.
Thursday, February 13, 2014
MJ VS BETUTU @ BEKUKU ISLAND
Ahad 9.02.14 pagi... Asmadi turun boatbase lagi bersama Sham dan Adiknya Eyoi. Hasil dari 4jam boatbase cast 1st Strike Sham dengan seekor MJ...2nd Strike Eyoi dengan seekor Betutu dan 3rd Strike at last Asmadi berhasil dengan seekor MJ yang nyaris kumpowww sebelum balik, tahniah semuanya no kumpawww...
Wednesday, February 12, 2014
3 EKOR BELIDA SEKALIGUS LESEN BARU @ LUBOK SAKIT KEPALA
Ahad 9.2.2014 pagi... cigu Jam mengambil kesempatan turun ke lubuk sakit kepala yang mana kan mengail ikan baung bersama keluarga. Disebabkan banyak belida bermain dipermukaan, Jam mengeluarkan set cast dan berjaya memikat seekor belida menggunakan gewang strike pro merupakan 1st lesen..disamping casting cigu Jam jua membottom berumpankan anak ikan bantang yang disiut di anak sungai dan berjaya menaikkan 2 ekor belida lagi. Selain itu bermacam2 lagi yang naik oleh keluarga cigu Jam seperti ikan baung,udang galah,dalak dan sepat. Tahniah cigu Jam dan keluarga.
Tuesday, February 11, 2014
BARRA KE3 BUAT KUPEK @ DANAU
Jumaat 7/02/2014 jam 2 petang... Dadih bersama Kupek turun di Danau untuk membottom dan casting yang mana cuma Kupek saja berjaya menaikkan seekor selunsong dengan kaedah membottom merupakan selunsong ke3 buatnya manakala Dadih kumpawww, tahniah Kupek.
2 EKOR MJ PAGI JUMAAT @ PIPELINE & PIPE PILING
Jumaat 7.2.2014 pagi... aku turun cast di kuala Tutong bersama Taufiq menantu kepada Ahmad Popper yang hendak renew lesen mj sebelum balik keKL ternyata berhasil jua renew dengan seekor mj di pipe piling cement selepas aku berhasil menewaskan mj penunggu pipeline yang membawa menyangkut pada mulanya namun berhasil ku paksa keluar mengakibatkan pipi mj tercedera sedikit. Alhamdulillah...misi Taufiq berjaya jua akhirnya.
Sunday, February 9, 2014
RENEW LESEN BARRA SETELAH 5 HARI MENCUBA @ BATUCUBE
Khamis 6.2.2014 petang... Madi berkali2 sudah turun cast di batucube disebabkan keracunan uleh Bob lureh selunsong namun belum berhasil lagi namun masih mencuba mengintai selunsong di batucube ternyata berhasil setelah 5hari mencuba dengan seekor selunsong merupakan lesen pertama baginya...tahniah Madi...
5 EKOR MJ 3JAM CAST @ LUBOK TAPAU
Khamis 6.2.2014 pagi... selepas dari bertugas malam , aku turun cast di sekitar kawasan lubok tapau saja bersama Bebeh dan Eyoi memandangkan masa singkat cuma 3 jam saja namun kesemua kami berhasil jua mengelak dari kumpawwww yang mana reel daiwa tatula ku berhasil lagi dengan 3 ekor mj merupakan mj yang ke5 setakat ani. Bebeh baru renew dengan seekor mj menggunakan rod barunya manakala Eyoi lureh seekor mj dan sekali montser strike berjaya membawa sangkut melepaslah jawapannya...
BARRA TERTIPU ULEH RAPALA HUSKY JERK @ DANAU
Selasa 4.2.2014 petang... Kupek turun cast kali ani mencuba nasib di Danau mana tau selunsong mau strike kali ani dengan percubaan menggunakan gewang Rapala husky jerk ternyata Kupek berhasil memperdayakan seekor selunsong sekaligus renew lesen barra baginya, tahniah Kupek.
BARRA KE2 ULEH MEMBOTTOM @ DANAU
Khamis 6.2.2014 tengah hari... Kupek masih lagi turun membottomcast di Danau mengintai selunsong lagi yang mana kali ani berhasil lagi seekor selunsong yang ke2 buatnya uleh membottom, tahniah Kupek rezeki sudah datang...
Saturday, February 8, 2014
SESI BOATCAST SUKSESS DENGAN 5 MJ @ LUBOK TAPAU
Rabu 5.02.2014 jam 7 pagi... sesi boatCast di kawasan Tutong yang di sertai oleh Asmadi, Eyoi dan Ajip keduanya adik kepada Sham. Alhamdulillah ternyata ketiga2 durang berhasil dengan mj yang di hajati iaitu Asmadi dengan 2 ekor MJ renew sudah, Eyoi dengan seekor MJ manakala Ajip pula dengan seekor MJ dan seekor kalakitok.
Sesi Petang..
Ahmad, Dadih dan Sham lagi menggantikan tempat Asmadi, Eyoi dan Ajip menyambung boatcast sebelah petang yang mana Ahmad berhasil dengan 2 ekor mj sekaligus renew lesen mjnya dan seekor sumpit2 manakala Sham dan Dadih kumpawww...tahniah semuanya.
Sesi Petang..
Ahmad, Dadih dan Sham lagi menggantikan tempat Asmadi, Eyoi dan Ajip menyambung boatcast sebelah petang yang mana Ahmad berhasil dengan 2 ekor mj sekaligus renew lesen mjnya dan seekor sumpit2 manakala Sham dan Dadih kumpawww...tahniah semuanya.
Friday, February 7, 2014
1ST LESEN BARRA ON CAST @ BATUCUBE
Isnin 3/2/2014 petang... Dadih turun cast bersama Sham, Ahmad, Bugul, Ak Firdaus, Madi, Edin dan Jun di batucube yang mana cuma Dadih saja berjaya renew lesen selunsong merupakan 1st lesen selunsong dengan kaedah casting manakala yang lainnya kumpawww. tahniah Dadih.
Thursday, February 6, 2014
CIFU RENEW LESEN MJ @ DANAU
Isnin 03/02/2014 jam 6 pagi... Ops CASTPONG yang mendadak dijalankan di batu kuala Tutong yang disertai uleh Hj Pangan dan Asat. Disebabkan nda ada hasil durang pun mengambil keputusan untuk pindah kebatu kuala Danau daqn ternyata nda sia2 berpindah yang mana Asat berhasil menaikkan seekor ungah sekali gus renew lesennya manakala Hj Pangan meandapong dan casting kumpawww...TAHNIAH Asat...
RENEW LESEN MJ DGN WEAPON BARU @ DANAU & KUALA TUTONG
Ahad 2.2.14 trip stghri sebelah pagi aku, bersama Mali dan Hj Dawang keadaan air msih lagi tawar di kuala Tutong selepas dilanda banjir namun sudah beralih spot di Danau akhirnya renew juga lesen mj 2 ekor sekaligus menghanyirkn set baruku reel Daiwa Tatula + Rod Fenwick HMX menggunakan gewang storm smahshad ..Alhamdulillah...yg pnting lesen mj sudah renewwwww.
Wednesday, February 5, 2014
1ST LESEN BARRA @ BATUCUBE
Ahad 2.2.2014 Jam 5.50petang... Bob turun cast bersama Pawe di batucube. Dengan menggunakan gewang ofmer xdeep, Bob telah berjaya memikat seekor selunsong berat 3.68kg. Nasib tak menyebelahi Bob setelah kena strike kali kedua seekor selunsong monster ketika hendak menaikkan ke batucube, alum tah rezeki tu Bob tapi yang penting lureh sudah 1st lesen selunsong , tahniah Bob.
MJ BOTTOMCAST KERAPU BOTTOM @ DANAU
Ahad 2/2/2014 pagi... selesai saja bertugas, Sham dan Bebeh turun cast di kuala Tutong. Setelah mencuba di sana namun nda ada strike lalu Bebeh pun ke ujung batu Danau bersama Bugul. Sebelah tengah hari Sham pun ke ujung batu Danau jua . Alhamdulillah... Bebeh menaikkan seekor kerapu dengan kaedah bottom, Sham menaikkan seekor ungah dengan kaedah casting menggunakan gewang rapala magnum redhead. Selepas atu Bugul menaikkan seekor ungah dengan kaedah bottom.
Manakala Dadih turun sebelah petangnya berhasil renew lesen seekor mj jua...Tahniah semuanya berhasil dengan lauk2an.
Tuesday, February 4, 2014
TRIP CAST 3 BUAH BOAT 2014 @ BINTUKA
Sabtu 1.2.2014 pagi... antara yang mengikuti trip casting di Bintuka Sabah kali ani terdiri dari aku, Babah, Asmadi, Jun, Dadih, Bob, Ahmad, Zaki dan Mahfiz dengan menyewa bot milik Hj Kumit.
Sehari sebelum trip iaitu hari Jumaat kami sudah pun mula bergerak ke Beaufort dan menginap di sebuah milik rumah Hassan di Bintuka dengan sewa RM40.00 sebilik memang berpatutan. Sempat lagi kami santai2 setelah sampai di sana sambil mengadakan bbq sederhana saja.
Keesokkan harinya trip pun bermula menggunakan 3 buah bot yang mana kami menggunakan bot no.2 disertai uleh aku, Babah dan Asmadi. Malang nasib kami semasa trip enjin bot kami rosak namun kami masih jua meneruskan dengan cara ditunda oleh bot yang disewa oleh Mahfiz milik ketua kampung di sana. Hasilnya aku cuma lureh 3ekor sumpit2 dan seekor baby alu2, Asmadi lureh seekor baby alu2 manakala Babah kumpaww
Bot no.8 disewa oleh Jun, Dadih dan Bob tidak ada masaalah kesemuanya no kumpawww masing2 lureh kerapu minyak manakala Jun selain dari kerapu minyak, ikan putih dan umpak berjaya dinaikkan olehnya.
Bot milik ketua kampung yang disewa oleh Mahfiz, Zaki dan Ahmad pun nda ada masaalah yang mana Ahmad berjaya mennaikkan beberapa ekor kerapu minyak, Zaki lureh 2 ekor baby alu2 manakala Mahfiz lureh kerapu minyak cuma nda begambar saja... Jam 4ptg kami terpaksa balik disebabkan mahu memakan masa 2 jam untok sampai kepangkalan memandangkan bot kami terpaksa ditunda dan jam 6 baru kami sampai kepangkalan Hj Kumit. Tahniah yang no kumpawww untok kali ani...
P/S harap2 penyewa bot ambil berat tentang masaalah kerosakkan bot yang hendak disewakan supaya tidak akan berulang lagi perkara yang tidak di ingini kepada penyewa lain jangan cuma memikirkan keuntungan saja fikir2kan lah...
Labels:
alu-alu,
ikan putih,
kerapu,
sumpit-sumpit,
umpak
Subscribe to:
Posts (Atom)


























