Sabtu 1.2.2014 pagi... antara yang mengikuti trip casting di Bintuka Sabah kali ani terdiri dari aku, Babah, Asmadi, Jun, Dadih, Bob, Ahmad, Zaki dan Mahfiz dengan menyewa bot milik Hj Kumit.
Sehari sebelum trip iaitu hari Jumaat kami sudah pun mula bergerak ke Beaufort dan menginap di sebuah milik rumah Hassan di Bintuka dengan sewa RM40.00 sebilik memang berpatutan. Sempat lagi kami santai2 setelah sampai di sana sambil mengadakan bbq sederhana saja.
Keesokkan harinya trip pun bermula menggunakan 3 buah bot yang mana kami menggunakan bot no.2 disertai uleh aku, Babah dan Asmadi. Malang nasib kami semasa trip enjin bot kami rosak namun kami masih jua meneruskan dengan cara ditunda oleh bot yang disewa oleh Mahfiz milik ketua kampung di sana. Hasilnya aku cuma lureh 3ekor sumpit2 dan seekor baby alu2, Asmadi lureh seekor baby alu2 manakala Babah kumpaww
Bot no.8 disewa oleh Jun, Dadih dan Bob tidak ada masaalah kesemuanya no kumpawww masing2 lureh kerapu minyak manakala Jun selain dari kerapu minyak, ikan putih dan umpak berjaya dinaikkan olehnya.
Bot milik ketua kampung yang disewa oleh Mahfiz, Zaki dan Ahmad pun nda ada masaalah yang mana Ahmad berjaya mennaikkan beberapa ekor kerapu minyak, Zaki lureh 2 ekor baby alu2 manakala Mahfiz lureh kerapu minyak cuma nda begambar saja... Jam 4ptg kami terpaksa balik disebabkan mahu memakan masa 2 jam untok sampai kepangkalan memandangkan bot kami terpaksa ditunda dan jam 6 baru kami sampai kepangkalan Hj Kumit. Tahniah yang no kumpawww untok kali ani...
P/S harap2 penyewa bot ambil berat tentang masaalah kerosakkan bot yang hendak disewakan supaya tidak akan berulang lagi perkara yang tidak di ingini kepada penyewa lain jangan cuma memikirkan keuntungan saja fikir2kan lah...
No comments:
Post a Comment