Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua member pancing tidak mengira peringkat umur dalam negeri mahupun luar negeri, salam perkenalan dari kami dan selamat mengikuti sepanjang aktiviti memancing kami .
Monday, September 27, 2010
MENENGGIRI MENJADI-JADI...@ LAUT TUTONG
Ahad 26.9.2010 jam 6 pagi sekali lagi misi menjejaki tenggiri di laut Tutong masih diteruskan memandangkan laut masih lagi taduh tetapi bergelora sedikit dianggotai uleh Asat Albab, Khairul aka Langkang dan Sufri yang empunya perahu. Sebelum acara menenggiri bermula, terlebih dahulu durang menganjun arah lawa2 dulu untok mengambil umpan hidup seperti rumahan. Setelah umpan diperolehi baru tah sesi menenggiri bermula dan pembuka tirai Sufri berhasil menaikkan seekor banau dan selepas atu seekor bekalang, lebih kurang dalam 5 minit sekali lagi Sufri berjaya menaikkan seekor banau.Selepas atu giliran Khairul menaikkan seekor tenggiri dan seekor banau tetapi banaunya menjadi mangsa dibuatkan tabur. Nda lama selepas atu Sufri lagi berjaya menaikkan seekor tenggiri dan seekor tongkol manakala Asat Albab cuma berjaya menaikkan 2 ekor lipang tym menganjun saja.. Tahniah Sufri, Khairul dan Asat Albab..Hasil lumayan yang berbaloi-baloi lagi.....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment