Keesokkan harinya pertempuran pun bermula menggunakan 2 buah perahu yang mana aku bersama Emi manakala Madi bersama Neal. Seawal pagi aku menerima 3 kali strike kencang namun belum rezekiku semuanya terlepas mungkin single hook yang ku gunakan. Setelah 3kali nda hookup baru tah ku menukar treble hook yang mana aku berhasil menaikkan seekor gt dan seekor selunsong menggunakan gewang ofmer xdeep sekaligus renew lesen 2016. Emi yang baru pertama kali mengikuti trip berhasil menaikkan seekor sumpit2 dan yang paling bertuah sekali menaikkan seekor Sabahan Blackbass aka kanai aka tembaring menggunakan gewang starlit copy predatek spoonbill.
Madi berhasil menaikkan 3 ekor kanai menggunakan gewang ofmer xdeep sekaligus kanai yang ke4 baginya manakala Neal berhasil menaikkan seekor kanai pun menggunakan gewang ofmer xdeep sekaligus renew lesen kanainya tahun ani.
Kesemua hasil kami CNR semula kehabitat asalnya untuk menjaga populasi ekosistem sungai tersebut.
Kesemua hasil kami CNR semula kehabitat asalnya untuk menjaga populasi ekosistem sungai tersebut.
Khamis 31.3.2016 semasa perjalanan pulang kami dari Kota Belut, kami sempat lagi singgah di Kota Kinabalu semata2 hendak berjumpa abang Muara Hunter setelah sekian lama tak bertemu dan berbual2 panjang di salah sebuah restoran. Terimakasih banyak2 buat Neal yang banyak membantu kami bagi menjayakan 2nd trip Sabahan BB dan homestay disediakan untuk kami berehat semasankami berada di Sabah. Insha Allah... trip akan datang akan menyusul dalam masa terdekat lagi..
waa..congratulation bros. bagaimana mau join trip bb kota belud?
ReplyDeletetq bro....contact sja Buinaga dfb bro
ReplyDelete