Friday, February 28, 2014

MENGUDANGALAH LUREH BELIDA SAJA @ SG KELAKAS

Selasa 25.02.2014 jam 5 petang... Hj Rahim turun mengudang di Sg Kelakas lagi dan mengambil kesempatan untuk menabas di tebing2 sungai bagi memudahkan untok berjalan disusuli oleh Zaki kemudian untuk menolong Hj Rahim sambil mengudangalah jua. Namun udang galah belum sudi makan umpan tau2 seekor belida yang mengena kail Hj Rahim manakala Zaki kumpawww, tahniah Hj rahim.

Thursday, February 27, 2014

MENGUDANGGALAH HARI MERDEKA KE30 TAHUN @ SG PENAPAR

Ahad 23.2.2014 pagi... Khairul dan Madi turun mengudangalah di sg Penapar kali dan berhasil jua dengan beberapa ekor udang galah. Disebelah petangnya baru tah aku join selepas dari mengikuti perbarisan sempena hari kebangsaan yang ke30 dan walaupun setengah hari berhasil jua aku dengan beberapa ekor udang galah, syukur Alhamdulillah...

Wednesday, February 26, 2014

LESEN KETAMBAK MARIII... @ KUALA TUTONG

Isnin 24.2.2014 pagi... Ops jejak mj di kuala Tutong kali ani disertai oleh Ahmad, Zaki dan Asmadi. Namun mj tak berhasil dijejaki tapi cuma seekor ketambak saja yang berjaya dipikat oleh Ahmad merupakan lesen pertama ketambaknya dengan kaedah casting manakala Zaki dan Asmadi kumpawww...tahniah Ahmad.

Tuesday, February 25, 2014

2 MJ LAIN2 SPOT @ BEKUKU & TAPAU ISLAND

Rabu 19/2/2014 petang...selesai saja betugas, Sham terus turun cast bersama Dadih dan adiknya (Eyoi) di kuala Tutong hasil dari 3 jam boatbase cast, 1st strike Sham berhasil dengan seekor MJ di kawasan bekuku island sehinggalah masa hendak balik, 2nd strike Sham berhasil lagi dwngan seekor mj di kawasan pulau tapau manakala Dadih dan Eyoi kumpawww...tahniah Sham.

RENEW LESEN SELUNSONG SEKALIGUS PECAHKAN REKOD PERIBADI @ MENTIRI

Jumaat 14.02.2014 pagi... sekian lama Siman menyepikan diri kali ini turun Cast awal pagi secara solo di kawasan Mentiri tak di sangka2 berhasil dengan seekor selunsong berat 5.5kg renew lesen 2014 baginya sekaligus memecahkan rekod tangkapan terbesarnya selama ini, Tahniah Siman.

MENGUDANG NDA BERHASIL LAIN YANG DAPAT @ SG KELAKAS



Ahad 23.02.2014 pagi... Hj rahim memancing bersama kawan turun mengudang di Sg.Kelakas nda berhasil hanya bulan-bulan,kaloi dan talapia saja yang sudi makan umpan durang ani yang penting no kumpawwww..Tahniah Hj Rahim.

Monday, February 24, 2014

MJ DOUBLE STRIKE @ KUALA TUTONG


Jumaat 31/2/2014 sebelah petang...Sham, Dadih dan Jun turun boatbase cast setengah hari di kuala Tutong. Alhamdulillah.... Dadih berhasil renew lesen mj. Sham berjaya menaikkan seekor mj jua manakala disaat akhir semasa hendak balik manakala Jun kumpawww, tahniah Sham dan Dadih.

Sunday, February 23, 2014

STRIKE MJ TYM BERANGIN @ KUALA TUTONG


Jumaat 21.2.2014 pagi...ops boatbasecast setengah hari di Kuala Tutong aku sama Ahmsd Popper tetap diteruskan walaupun dengan keadaan yang berangin  menyukarkan bagi kami untuk cast dengan tepat najun kami masih mau mencuba ternyata Ahmad berjaya menaikkan seekor mj dan seekor kerapu m manaka aku jua yang kumpawww, tahniah Ahmad.

LESEN PERTAMA KANAI @ SG ?????????


Pada 20.02.14 ptg... Asmadi turun lagi BoatBase Cast seperti biasa bersama dua adik beradik iaitu Eyoi dan Sham. Tuah kali ani berpihak kepada Eyoi yang tak menyangka akan memperolehi ikan yang menjadi idaman setiap caster selama ani terutama member2 kami yang dah lama mengintai ikan ani iaitu kanai aka tembaring ataupun blackbass yang mana Eyoi menggunakan  gewang rapala tdd clown merupakan 1st lesennya. Dalam masa kecederaan Asmadi berjaya menaikkan seekor MJ manakala Sham belum ada rezekinya aka kumpawww, tahniah Eyoi dan Asmadi.

Saturday, February 22, 2014

BIAWAK STRIKE KATAK @ SG KECEWA


Jumaat 21.02.2014 jam 5 petang... Zaki dan Hj Rahim memajal lagi untok mengintai toman monster namun toman yang dihajati nda kesampaian yang mana Hj Rahim strike seekor biawak dan Zaki strike seekor bulan2... lesen baru tu biawak strike katak hehehe...tahniah Hj Rahim dan Zaki.

Friday, February 21, 2014

MENOMAN LUREH DALAK @ SG KECEWA

Rabu 19.02.2014 jam 8 pagi... Zaki bersama Bebeh berjanji mencuba nasib untuk menoman di sg kecewa ternyata cuma dalak saja yang tewas ditangan Zaki sekaligus renew lesen dalaknya  manakala Bebeh kumpoww...Tahniah Zaki...

SUKSES MENDALAKDUS @ LAYONG

Selasa 18/02/2014 jam 2.30 petang... Jam bersama Asat mendalak di Layong yang mana Jam berjaya menewaskan seekor badus aka bujuk sekali gus first lesennya manakala Asat  berjaya menewaskan 2ekor dalak merupakan yang ke3 baginya tahun ani,TAHNIAH Jam dan Asat....

Wednesday, February 19, 2014

RENEW DALAK & BADUS @ PENAPAR

Isnin 17/02/2014 jam 06.00 pagi... Ops CASTPONG di kuala Danau hanya Hj Pangan bersama Asat saja. Memandangkan air nda cun untuk meandapong durang pun  bertukar keOps mendalakdus di Penapar yang mana Hj Pangan berjaya menewaskan seekor badus aka bujuk sekaligus renew lesennya manakala Asat berjaya menewaskan seekor dalak dan sekaligus renew lesen dalaknya...TAHNIAH Hj Pangan dan Asat.....

Tuesday, February 18, 2014

4 EKOR BARAB TERTIPU DENGAN SP @ ULU TUTONG

Ahad 16.2.2014 pagi...keadaan air di ulu Tutong masih lagi kabut ala2 tea c kaw namun Danan masih lagi mau mencuba membarab dengan menggunakan sp sebagai pengintip upahan setengah jam mengasting, Danan berjaya menaikkan 4 ekor barab. Tahniah Danan raja barab.

LIV 1 VS M.U 1 @ LUBUK AYAM HIJAU


Sabtu 15.2. 2014 ptg... Cikgu Jam turjn mendalak di lubuk ayam hijau bersama kawannya Sofyan yang mana Cikgu Jam berjaya renew lesen dalak menggunakan superior frog setelah sekian lama nda renew lesen dalak last update mac 2011 sementara Sofyan juga berjaya renew lesen 2014 dengan seekor dalak jua, tahniah Cikgu Jam dan Sofyan.

Monday, February 17, 2014

BOTTOM KAROK CASTING DALAK @ LUMUT

Jumaat 14/02/2014 ptg... selepas bertugas Memet bersama keluarga turun ke Lumut untuk mengail ikan karok disamping itu Memet  mngambil kesempatan turun mengasting dalak yang mana hanya seekor dalak yang sudi menyambar katak scumfrog manakala isteri dan anak2nya berhasil memancing beberapa ekor ikan karok, tahniah Memet dan keluarga.

MENOMANLAK LUREH SEEKOR DALAK SAJA @ SG KECEWA

Sabtu 15.02.2014 jam 3 petang...Hj Rahim kali ani turun mencuba untuk menomanlak setelah berhasil membulan sebelumnya ternyata kini Hj Rahim berhasil menaikkan seekor dalak dengan kaedah casting....Tahniah Hj Rahim.

Sunday, February 16, 2014

MJ SELEPAS HUJAN @ BEKUKU ISLAND

Selasa 11.02.2014 pagi... Asmadi turun lagi BoatBase cast setengah hari sahaja bersama dengan Eyoi dan Adyzam ...memandangkan air tidak berapa cun bekas hujan strike pun kurang memberangsangkan cuma Asmadi sahaja yang berjaya memikat seekor MJ manakala Eyoi dan Adyzam kumpawww, tahniah Asmadi.

Saturday, February 15, 2014

BARRA DOUBLE TROUBLE ULEH MEMBOTTOM @ DANAU

Isnin 10.2.2014 pagi... Misi mengintai selunsong diteruskan lagi oleh Kupek dengan teknik bottom berumpankan umpan hidup ternyata berhasil lagi dengan 2 ekor selunsong merupakan selunsong ke4 dan ke5 baginya lagi, tahniah Kupek heng sudah mariiii...

MEMBULAN SAJA BERHASIL @ SG KECEWA

Khamis 13.02.2014 jam 5.30 petang... Hj.Rahim yang sekian lama tidak beraksi kali ani turun solo saja mencuba mengudang, mendalak dan membulan..ternyata dengan kaedah casting Hj Rahim lureh seekor bulan2 sahaja. Tahniah Hj Rahim.

Friday, February 14, 2014

MENGUDANG NDA JADI LUREH TOMAN @ SG KECEWA

Rabu 12.02.2014 jam 3.30 petang... Zaki, Madi dan Khairul ingin mencuba mengudang di sg.kecewa oleh kerana hujan turun lebat maka misi mengudang dibatalkan. Setelah jam 5.45... Zaki mencuba mengasting dan berhasil dengant seekor toman ..Tahniah Zaki...

3 MJ HOOKUP 1 MJ MELEPAS @ BEKUKU ISLAND

Ahad 9.2 2014 petang... selepas Asmadi, Sham dan Eyoi turun cast disebelah pagi hingga tengah hari, aku, Ahmad dan Asmali lagi menyambung beraksi disebelah petangnya yang mana aku berhasil dengan 2 ekor mj menggunakan gewang ofmer xdeep dan reel calcutta yang sekian lama berehat dalam almari kali ani keluar beraksi untok test power lagi. Ahmad berhasil dengan seekor mj manakala Asmali kumpawww buat kali ke2 ikut boatbase.

Thursday, February 13, 2014

MJ VS BETUTU @ BEKUKU ISLAND

Ahad 9.02.14 pagi... Asmadi turun boatbase lagi bersama Sham dan Adiknya Eyoi. Hasil dari 4jam boatbase cast 1st Strike Sham dengan seekor MJ...2nd Strike Eyoi dengan seekor Betutu dan 3rd Strike at last Asmadi berhasil dengan seekor MJ yang nyaris kumpowww sebelum balik, tahniah semuanya no kumpawww...

Wednesday, February 12, 2014

3 EKOR BELIDA SEKALIGUS LESEN BARU @ LUBOK SAKIT KEPALA

Ahad 9.2.2014 pagi... cigu Jam mengambil kesempatan turun ke lubuk sakit kepala yang mana kan mengail ikan baung bersama keluarga. Disebabkan banyak belida bermain dipermukaan, Jam mengeluarkan set cast dan berjaya memikat seekor belida menggunakan gewang strike pro merupakan 1st lesen..disamping casting cigu Jam jua membottom berumpankan anak ikan bantang yang disiut di anak sungai dan berjaya menaikkan 2 ekor belida lagi. Selain itu bermacam2 lagi yang naik oleh keluarga cigu Jam seperti ikan baung,udang galah,dalak dan sepat. Tahniah cigu Jam dan keluarga.

Tuesday, February 11, 2014

BARRA KE3 BUAT KUPEK @ DANAU

Jumaat 7/02/2014 jam 2 petang... Dadih  bersama Kupek turun di Danau untuk membottom dan casting yang mana cuma  Kupek saja berjaya menaikkan seekor  selunsong dengan kaedah membottom merupakan selunsong ke3 buatnya manakala Dadih kumpawww, tahniah Kupek.

2 EKOR MJ PAGI JUMAAT @ PIPELINE & PIPE PILING


Jumaat 7.2.2014 pagi... aku turun cast di kuala Tutong  bersama Taufiq menantu kepada Ahmad Popper yang hendak renew lesen mj sebelum balik keKL ternyata berhasil jua renew dengan seekor mj di pipe piling cement selepas aku berhasil menewaskan mj penunggu pipeline yang membawa menyangkut pada mulanya namun berhasil ku paksa keluar mengakibatkan pipi mj tercedera sedikit. Alhamdulillah...misi Taufiq berjaya jua akhirnya.

Sunday, February 9, 2014

RENEW LESEN BARRA SETELAH 5 HARI MENCUBA @ BATUCUBE

Khamis 6.2.2014 petang... Madi berkali2 sudah turun cast  di batucube disebabkan keracunan uleh Bob lureh selunsong namun belum berhasil lagi namun masih mencuba   mengintai selunsong  di batucube ternyata berhasil setelah 5hari mencuba dengan seekor selunsong merupakan lesen pertama baginya...tahniah Madi...

5 EKOR MJ 3JAM CAST @ LUBOK TAPAU



Khamis 6.2.2014 pagi... selepas dari bertugas malam , aku turun cast di sekitar kawasan lubok tapau saja bersama Bebeh dan Eyoi  memandangkan masa singkat cuma 3 jam saja namun kesemua kami berhasil jua mengelak dari kumpawwww yang mana reel daiwa tatula ku berhasil lagi dengan 3 ekor mj merupakan mj yang ke5 setakat ani. Bebeh baru renew dengan seekor mj menggunakan rod barunya manakala Eyoi lureh seekor mj dan sekali montser strike berjaya membawa sangkut melepaslah jawapannya...

BARRA TERTIPU ULEH RAPALA HUSKY JERK @ DANAU

Selasa 4.2.2014 petang... Kupek turun cast kali ani mencuba nasib di Danau mana tau selunsong mau strike kali ani dengan percubaan menggunakan gewang Rapala husky jerk ternyata Kupek berhasil memperdayakan seekor selunsong sekaligus renew lesen barra baginya, tahniah Kupek.

BARRA KE2 ULEH MEMBOTTOM @ DANAU

Khamis 6.2.2014 tengah hari... Kupek masih lagi turun membottomcast di Danau mengintai selunsong lagi yang mana kali ani berhasil lagi seekor selunsong yang ke2 buatnya uleh membottom, tahniah Kupek rezeki sudah datang...

Saturday, February 8, 2014

SESI BOATCAST SUKSESS DENGAN 5 MJ @ LUBOK TAPAU

Rabu 5.02.2014 jam 7 pagi... sesi boatCast di kawasan Tutong yang di sertai oleh Asmadi, Eyoi dan Ajip keduanya adik kepada Sham. Alhamdulillah ternyata ketiga2 durang  berhasil dengan mj yang di hajati iaitu Asmadi dengan 2 ekor MJ renew sudah, Eyoi dengan seekor MJ manakala Ajip pula dengan seekor MJ dan seekor kalakitok.
Sesi Petang..
Ahmad, Dadih dan Sham lagi menggantikan tempat Asmadi, Eyoi dan Ajip menyambung boatcast sebelah petang yang mana Ahmad berhasil dengan 2 ekor mj sekaligus renew lesen mjnya dan seekor sumpit2 manakala Sham dan Dadih kumpawww...tahniah semuanya.

Friday, February 7, 2014

1ST LESEN BARRA ON CAST @ BATUCUBE

Isnin 3/2/2014 petang... Dadih turun cast bersama Sham, Ahmad, Bugul, Ak Firdaus, Madi, Edin dan Jun di batucube yang mana cuma Dadih saja berjaya renew lesen selunsong merupakan 1st lesen selunsong dengan kaedah casting manakala yang lainnya kumpawww. tahniah Dadih.

Thursday, February 6, 2014

CIFU RENEW LESEN MJ @ DANAU

Isnin 03/02/2014 jam 6 pagi... Ops CASTPONG yang mendadak dijalankan di batu kuala Tutong yang disertai uleh  Hj Pangan dan Asat. Disebabkan nda ada hasil durang pun mengambil keputusan untuk pindah kebatu kuala Danau daqn ternyata nda sia2 berpindah yang mana Asat berhasil menaikkan seekor ungah sekali gus renew lesennya manakala Hj Pangan meandapong dan casting kumpawww...TAHNIAH Asat...

RENEW LESEN MJ DGN WEAPON BARU @ DANAU & KUALA TUTONG

Ahad 2.2.14 trip stghri sebelah pagi aku, bersama Mali dan Hj Dawang keadaan air msih lagi tawar di kuala Tutong selepas dilanda banjir namun sudah beralih spot di Danau akhirnya renew juga lesen mj 2 ekor  sekaligus menghanyirkn set baruku reel Daiwa Tatula + Rod Fenwick HMX  menggunakan gewang storm smahshad ..Alhamdulillah...yg pnting lesen mj sudah renewwwww.

Wednesday, February 5, 2014

1ST LESEN BARRA @ BATUCUBE


Ahad 2.2.2014 Jam 5.50petang... Bob turun cast bersama Pawe di batucube. Dengan menggunakan gewang ofmer xdeep, Bob telah berjaya memikat seekor selunsong berat 3.68kg. Nasib tak menyebelahi Bob setelah kena strike kali kedua seekor selunsong monster ketika hendak menaikkan ke batucube, alum tah rezeki tu Bob tapi yang penting lureh sudah 1st lesen selunsong , tahniah Bob.

MJ BOTTOMCAST KERAPU BOTTOM @ DANAU

Ahad 2/2/2014 pagi... selesai saja bertugas, Sham dan Bebeh turun cast di kuala Tutong. Setelah mencuba di sana namun nda ada strike lalu Bebeh pun ke ujung batu Danau bersama Bugul. Sebelah tengah hari Sham pun ke ujung batu Danau jua . Alhamdulillah... Bebeh menaikkan seekor kerapu dengan kaedah bottom, Sham menaikkan seekor ungah dengan kaedah casting menggunakan gewang rapala magnum redhead. Selepas atu Bugul menaikkan seekor ungah dengan kaedah bottom. 
Manakala Dadih turun sebelah petangnya berhasil renew lesen seekor mj jua...Tahniah semuanya berhasil dengan lauk2an.

Tuesday, February 4, 2014

TRIP CAST 3 BUAH BOAT 2014 @ BINTUKA

Sabtu 1.2.2014 pagi... antara yang mengikuti trip casting di Bintuka Sabah kali ani terdiri dari aku, Babah, Asmadi, Jun, Dadih, Bob, Ahmad, Zaki dan Mahfiz dengan menyewa bot milik Hj Kumit.
Sehari sebelum trip iaitu hari Jumaat kami sudah pun mula bergerak ke Beaufort dan menginap di sebuah milik rumah Hassan di Bintuka dengan sewa RM40.00 sebilik memang berpatutan. Sempat lagi kami santai2 setelah sampai di sana sambil mengadakan bbq sederhana saja.

Keesokkan harinya trip pun bermula menggunakan 3 buah bot yang mana kami menggunakan bot no.2 disertai uleh aku, Babah dan Asmadi. Malang nasib kami semasa trip enjin bot kami rosak namun kami masih jua meneruskan dengan cara ditunda oleh bot yang disewa oleh Mahfiz milik ketua kampung di sana. Hasilnya aku cuma lureh 3ekor sumpit2 dan seekor baby alu2, Asmadi lureh seekor baby alu2 manakala Babah kumpaww
Bot no.8 disewa oleh Jun, Dadih dan Bob tidak ada masaalah kesemuanya no kumpawww masing2 lureh kerapu minyak manakala Jun selain dari kerapu minyak, ikan putih dan umpak berjaya dinaikkan olehnya.
Bot milik ketua kampung yang disewa oleh Mahfiz, Zaki dan Ahmad pun nda ada masaalah yang mana Ahmad berjaya mennaikkan beberapa ekor kerapu minyak, Zaki lureh 2 ekor baby alu2 manakala Mahfiz lureh kerapu minyak cuma nda begambar saja... Jam 4ptg kami terpaksa balik disebabkan mahu memakan masa 2 jam untok sampai kepangkalan memandangkan bot kami terpaksa ditunda dan jam 6 baru kami sampai kepangkalan Hj Kumit. Tahniah yang no kumpawww untok kali ani...

P/S harap2 penyewa bot ambil berat tentang masaalah kerosakkan bot yang hendak disewakan supaya tidak akan berulang lagi perkara yang tidak di ingini kepada penyewa lain jangan cuma memikirkan keuntungan saja fikir2kan lah...