Tuesday, January 14, 2014

LANTARAN AKA KERAPU BARA @ TAKAT BUGIS



Ahad 5.1.2014 pagi... Khairul(capt), Ahmad popper dan Bob kali ani turun membottom  di perairan Penanjong. Pada mulanya  mencuba di takat2 yang berhampiran tapi sambaran agak kurang memuaskan lalu durang pun terus berpindah ke spot lain iaitu takat bugis. Apabila sampai Khairul hanya membagitau yang lainnya"sini ikan nda bagitau saiz ni aaa" lalu Bob dan Ahmad popper tanpa membuang masa terus melabuhkan kail berumpankan ikan tamban , belum lama menurunkan umpan, kail durang pun disambar ikan. Mula2 ikan yang sudi seperti ikan2 ketambak berat setengah kilo, ikan anduping berat2 sekilo. Nda lama kemudian, Khairul pun bersuara" aaa... ni nah yang ditunggu, kail kirikan yang dipakainya terus ditarik kancang , apalagi Khairul tanpa membuang masa terus saja memintal kailnya, akhirnya seekor kerapu bara aka lantaran berat 4.2kg telah berjaya dinaikkn olehnya. Bob dan Ahmad  cuma mampu terdiam melihat hasil Khairul. Nda lama selepas atu Khairul pun lagi menaikkn 2ekor lantaran lagi berat 1.3kg dan 2.1kg. Memandangkan keadaan semakin berangin dan alun semakin membesar, durang pun terpaksa balik, Tahniah semuanya...

No comments:

Post a Comment