Wednesday, April 4, 2012

MENENGGIRI NDA JADI BETUKAR MENGUDANG GALAH LAGI @ SG TUTONG

Selasa 03/04/2012 jam 07.30 pagi...Asat Albab bersama Khairul aka Langkang disertai uleh dua lagi kawan setugas Khairul iaitu Nuhan dan Eddy turun kelaut di perairan Penanjong. Misi kali ani kan manenggiri tetapi sayang cuma sampat menganjun dalam beberapa jam saja dan hasil ada jua dalam sekilo disebabkan cuaca nda mengizinkan beumbak rindu dan beangin. Durang pun balik dan menukar misi lain tanpa membuang masa durang pun mengambil keputusan untok mengudang galah di sungai Tutong dan dalam beberapa jam mengudang hasil pun sungguh lumayan dianggarkan dalam 4kg,TAHNIAH semuanya..

No comments:

Post a Comment