Friday, November 19, 2010

MEMBELIDARABLANLAK @ SG KELAKAS

Jumaat 19.11.2010 jam 9 pagi, kami turun di ulu Tutong dengan tujuan kan cast barab tetapi terpaksa dibatalkan disebabkan sesuatu perkara yang tak mengizinkan kami dan terpaksa tah kami beraleh spot di Sg Kelakas untok cast dalak dan belida yang mana Madi pernah kena strike belida di sana tempoh hari. Setelah sampai di sg Kelakas aku, Babah, Boy dan juga Emi menuju kesebelah kiri untok membelidalanlak manakala Madi seorang menuju kesebelah kanan untok membelidalak. Hasilnya aku menaikkan seekor baby barab yang ke12 buat kali ani yang nda disangka-sangka menyambar lure euproku yang mana tujuan asalnya kan membelida saja walaupun nda jadi di ulu Tutong kan membarab tapi rezeki barab tetap ada di sg Kelakas manakala Emi dan Babah cuma misscoll dalak saja dan Boy nda ada strike bulan2.
Dalam diam2 rupanya Madi belureh jua dengan seekor dalak saiz L merupakan dalak yang ke31 buatnya kali ani.Lure Eupro yang ku gunakan untok membelida tau2 baby barab yang menyambar.
Selepas kami mengasting, sempat lagi kami santai2 di rumah Jaki menikmati aing kelapa, Tq banyak2 Jaki sponsor minuman aing kelapanya atu...

2 comments:

  1. salam..saya baru tau sebarau di panggil barab di kawasan brunai.. dalak = haruan tq..
    tapi..membelidarablanlak , membelidalanlak, membelidalak ...saya tak berapa jelas, keliru sikit.. hehe.. takper.. apa2 pun tahniah dan terima kasih..

    ReplyDelete
  2. salam Fandi...sorry lmbt reply comment anda sebenarnya perkataan MEMBELIDARABLANLAK tu lahir dari perkataan yang kami gunakan singkatan bagi cast BELIDA, BARAB, BULAN2 dan juga DALAK. tq bro kerana sentiasa mengikuti perkembangan kami

    ReplyDelete