Sunday, August 22, 2010

PB TOMANLAK BERAKSI LAGI @ EPM

Sabtu 21/08/2010 jam 07.00 pagi pemburu bersiri menomanlak lagi, nda lain orangnya masih jua Capt Asat Albab bersama Khairul aka langkang dan Roy aka marak. Setelah beberapa jam menjejaki diwaktu pagi alum jua berhasil cuma sekali saja lure Capt Asat Albab kena strike toman tetapi toman berjaya melepaskan dirinya, mun naik2 ada jua 3 ke 4 kg kali tu hehe..Tepat jam 12.00 tengah hari durang pun berehat disebuah pondok usang yang sudah lama ada di EPM durang namakan hotel 3 bintang hehe..Dalam waktu rehat Khairul mengambil kesempatan mengail beumpankan hati ayam yang sudah dirancangnya awal2 lagi berhasil menaikkan seekor baby toman saja. Misi seterusnya disambung pada jam 2.00 petang dan pembuka semangat waktu petang Capt Asat Albab bejaya menaikkan seekor dalak merupakan dalak yang ke106 buatnya. Nda lama selepas atu sekali lagi lure Asat Albab kena strike tetapi kali ani seekor toman berat dalam 1kg lebih merupakan yang ke15 buatnya dan membuatkan durang ani bertambah semangat lagi. Selepas atu baru tah giliran Khairul seterusnya berturut2 menaikkan toman berat 3.5kg, 2.5kg dan 1 kg menambahkan lagi koleksi tomannya yang ke13 kali ani. Manakala Roy alum ada rezekinya cuma miscall dan ugat (lepas) saja, sabar saja ah... TAHNIAH Capt Asat Albab dan Khairul aka langkang.. Dalak pembuka tirai disebelah petang yang diperolehi oleh Capt Asat Albab...Selepas menaikkan dalak, seekor toman lagi berjaya diperolehi oleh Capt Asat Albab.
Kali ani 5 ekor toman dan seekor dalak diperolehi oleh durang ani, man of the match "KHAIRUL AKA LANGKANG".

No comments:

Post a Comment