Sunday, October 4, 2009

MANGROVE PARADISE RESORT


Ahad 4.10.09 aku(Azlan), Adi Mirza(anakku) dan Saipul mencuba round di Mangrove Paradise Resort beralamat Simpang 912, Kg Sungai Belukut Jalan Kota Batu Brunei Darussalam lepas2 kg Serdang yang mana disediakan tempat kolam memancing air masin malah banyak lagi kemudahan lain disediakan. Cerita ani ku ketahui dari info kawan sehari selepas pembukaannya iaitu pada 1.10.2009 apalagi tadi pagi cubalah round kesana.




Antara kemudahan yang disediakan tempat tinggal dengan sewa yang berpatutan dan surau.



Terdapat juga restoran yang menyediakan makanan seafood yang segar cukup dengan pelayan yang begitu ramah melayan pelanggan yang datang.





Ada 2 kolam renang juga disediakan bersebelahan saja memang menyeronokkan ditambah lagi dengan landscapenya yang indah.





Yang paling menyeronokkan lagi terdapatnya kolam pancing air masin dan berbagai jenis ikan dilepaskan seperti ikan Selunsong, Bebarahan, ikan Putih, ikan Kerapu dan lain2 lagi.Sedang menunggu giliran untuk membayar tiket kemasukkan memancing yang dikenakan BND$3 seorang menggunakan alat memancing sendiri dikenakan BND$1 seorang dan alat pancing juga disediakan disana dengan sewa BND$5 seorang. Umpan mati yang disediakan seperti ikan aur2, tamban dan udang cuma 50sen 100grms boleh juga membawa umpan sendiri . Setiap tangkapan dikenakan BND$8 sekilo. Kolam pancing ini beroperasi setiap Isnin hingga Khamis dibuka dari jam 2 petang hingga jam 12 tghmlm dan hari Jumaat hingga Ahad dibuka dari jam 10 pagi hingga jam 12 tghmlm. Untok mengetahui dengan lebih lanjut tentang resort ani lagi sila hubungi ataupun menghantar melalui fax +6732786868 atau bahagian kolam pancing resort ani hubungi talian +6738734304. Kepada member2 yang ingin berkunjung apalagi cuba tia nda menyasal ni tampat ani.

No comments:

Post a Comment