Nda menyasal jam 11 pagi dengan menggunakan spinner beracunku percubaan ku berhasil dengan sekong Barab puas jua hati walaupun damit yang penting Barab jua tuh....cMadi sekali miscall, lapas atu kami pun balik semula kepenginapan kami untuk makan tengah hari.
Jam 12.30 tghari kami dijemput uleh kawan abangku untuk membawa kami ke Ulu lagi dengan menggunakan temuainya apalagi tanpa membuang masa kami pun membawa semua set2 pancing kami dengan semangatnya. 1jam setelah berjalan kami terpaksa berjalan kaki menyusuli sungai disebabkan temuai(perahu) nda dapat berjalan kerana aing masa atu tuhur banar. 2 jam berjalan kaki menyusuli sungai baru tah sampai kelokasi tarus tah ku memakai spinner yang baru lagi dan nda sia2 kali ani Badus lagi lurehku.
Selepas atu abangku(Ahmad) poppernya disambar uleh Barab junior, siok jua melayan walaupun damit....
Alum pun lama cAhmad belurih, spinnerku lagi kena sambar barab memang beracun banar tah spinnerku kali ani. Cuaca masa atu kan hujan apalagi kami sediakan kem sebelum hujan lah hehe...lama jua menunggu hujan kan beranti ada 2jam baru tah taduh. Jam 6 petang terpaksa kami balik kepenginapan kami pasal kan gelap sudah lagipun lampu kami kelupahan membawa.
Anitah keadaannya kami ikut temuai sambil menikmati keindahan semula jadi hutan kitani.
Ketuhuran jua terpaksa kami turun dan yang lain menyurung bukan kereta saja kan disurung hehe....
Dari sini tah kami start berjalan batis setelah temuai yang kami gunakan nda dapat diteruskan perjalananya. Tunggu aksi kami seterusnya hari kedua di Nyamokning Ulu Tutong.
No comments:
Post a Comment