Saturday, June 20, 2009

TRIP MEMANCING DI KK

Trip memancing kami aturkan pada 17.6.2009 dengan bro huntez secara mengejut disambut baik uleh member2 dari Sabah ani. Setibanya di Kota Kinabalu telebih dulu kami berbincang dengan bro Huntez mengenai dengan spot yg hendak kami duga. Kuala Abai diKota Beludlah jadi pilihan kami walaupun jauh dari bandar KK namun semangat kami tetap hendak kesana. Setibanya disana kami pun terus sibuk membawa peralatan pancing masing2. Mula2nya kami memancing disebelah Jambatan dari jam 10pm sehinggalah jam 7 am dan terus berpindah ke Restoran Kuala Abai yang ada menyediakan tempat memancing yg dikenakan RM$1.00 seorang. Selain dari tempat memancing disana jua ada menyediakan bilik tempat tinggal dengan sewa RM$35.00 semalam.

Antara ikan yang naik Ketambak, Kalakitok, Betutu, Gelama dan Langut. Selunsong yang ditunggu tak jua ada sudi memakan umpan kami tapi syukur tah jua tuh....yg penting masing2 enjoy sudah memancing.






Anitah Fadli member Huntez Angler pemancing Sabah dengan gelamanya memang pemancing hardcore durang ani tahan nda betidor hehe..





1st Spot mula2 sampai di Kuala Abai bersebelahan dengan Restoran Kuala Abai pada waktu malamnya




Antara yang beraksi dari kiri aku(Azlan), Madi, Pisang(Huntez), Apak(Huntez) dan cFadli(Huntez)
Sebelum balik kami sempat singgah di Mandahan dekat dengan Pekan Kimanis untuk mencuba nasib dengar khabar disini pernah menaikkan selunsong dan jua Ungah menggunakan umpan ikan Sepat saja


Sempat bergambar kenangan di Sungai Mandahan yang nda jauh dari railway Kimanis





cMadi sempat lagi mengasting sementara menunggu umpan kana sambar namun nda da seekor pun yang naik cuma cBuntal saja yang mengacau umpan kami.













Semasa perjalanan balik kami sempat singgah di Beufort untuk berjumpa dengan bro Belacans (Blog GilaKail)seorang guru masa atu nda dapat join kami memancing pasal beliau mengajar tapi beliau sudi meluangkan masa sekejap bersama kami dan sembang2 pasal memancing anyway thnks bro belanja minumnya. Walaupun trip kami kali ini gagal menaikkan ikan yang di idamkan namun kami cukup berpuas hati bertemu dengan member2 Sabah ani kami pasti akan datang lagi untuk misi kami seterusnya harap2 banyak lagi spot yang akan dapat kami terokai nanti Insyaallah...

2 comments:

  1. salam bro, saya pun sedih ndak dapat join memancing dengan bro2 dari brunei insyahallah dilain masa kita akan ngail sama2..

    ReplyDelete
  2. salam bro azlan, rasa sedih pulak ndak dapat ngail sama2 kalau tau bro azlan g kk aku boleh apply cuti..apa2 hal pun insyahallah next time pasti dapat ngail sama2

    ReplyDelete