Monday, April 6, 2009

PERTANDINGAN MEMANCING DI KAMPUNG KERIAM

Kemarin pagi Ahad 5.4.2009 trip mengasting kami di Sungai Kelakas Keriam, aku(Azlan) sama Madi tidak kesampaian disebabkan salah seorang member kami yg tinggal dekat dengan sungai Kelakas iaitu cZaki orang Keriam jua mengajak kami untuk mengikuti pertandingan memancing di Kg tersebut tanpa dikenakan bayaran kemasukkan. Mula2 kami malu jua kan ikut lagipun nda ada persediaan langsung kami buat oleh kerana member kami ani memajal ikut tah jua kami nya orang turun2 ayam. Setibanya kami disana rupa2nya ramai sudah org datang yang mana anjuran tersebut dibukakan kepada sanak saudara, kawan serta orang ramai jua. Pertandingan ani dianjurkan oleh penduduk Kg Keriam iaitu Awg Hj Bolhassan Bin Hj Abd Rahman @ Hj Aman sempena usia beliau yang ke70 tahun. Kebanyakkan peserta disertai oleh orang veteran dan jua anak2 remaja memang sporting habis orang Keriam ani terutama orang2 veterannya. Pertandingan tersebut bermula pada jam 9.30 pagi di kawasan anak sungai dibelakang rumah Awang Hj Bolhassan yang mana seawal bermulanya pertandingan salah seorang peserta telah berjaya menaikan ikan. Sejam masa berlalu belum lagi ada peserta lain yang menaikkan ikan sehinggalah member kami cMadi yang cuma menggunakan Lure Katak Palsu tiba2 menerima strike dari dalak, sah lah peserta ke2 yang menaikkan ikan seterusnya hingga masa hampir tamat belum ada lagi peserta lain mendapat ikan penganjur terpaksa mengubah tempat memancing iaitu dikolam lanscape milik penganjur untuk mencari pemenang seterusnya. Memang nda lama menunggu mun memancing dikolam setiap peserta menaikkan ikan talapia dan ada jua menaikkan ikan karok. Jam 11 barulah selesainya pertandingan tersebut dan pemenangnya telahpun diketahui. Acara bagi penyampaian hadiah kepada pemenang peraduan memancing tersebut akan diadakan pada hari Jumaat depan iaitu pada 10 April 2009 jam 3.45 ptg di rumah Awang Hj Bolhassan Bin Hj Abd Rahman @ Hj Aman dan diselajurkan dengan Majlis Doa Selamat Kesyukuran Genap Usia 70 Tahun. Tahniah dan Syabas kepada penganjur yang berjaya menganjurkan pertandingan dan tahniah juga kepada yang menang kepada yang kurang bernasib baik cuba lagi dimasa akan datang.
Peserta veteran yang sedang melekatkan nombor bagi penyertaan dibadan beliau.





Peserta wanita tidak kurang hebatnya menaikkan ikan talapia, tahniah...!




Peserta wanita veteran seterusnya dengan ikan karok walaupun kecik tapi mampu tersenyum lagi makcik ani.

Hebat2 jua peserta veteran ani membari gagar jua ulehnya eh...sampaikan ada salah seorang peserta wanita veteran yang bercerita arah ku "Wang...! siuk jua banar ah 1st time kana tarik lauk ah membari nyanyat ulehnya kan mengail ani..."
Anitah hero kami cMadi dengan dalaknya peserta ke2 yang berjaya menaikkan ikan walaupun cuma menggunakan lure katak harga $1 saja dengan kaedah kasting manakala peserta lain kebanyakkan menggunakan umpan cacing dan lain2 rezeki sudah katakan, tahniah Madi.....
Kami sangat-sangat berterima kasih kepada pihak penganjur dan mana yang terlibat menjayakan pertandingan ini dan layanan yang baik serta makan minum yang cukup disediakan untuk para peserta, memang sporting orang2 Keriam ani. Dikesempatan ini kami ingin mengucapkan selamat hari ulang tahun kepada Awang Hj Bolhassan semoga dipanjangkan umur sihat walafiat disamping keluarga dan dimurahkan rezeki selalu, Amin......!

No comments:

Post a Comment