Thursday, September 13, 2018

STORM Z STICK BERHASIL LAGI DENGAN MJ LAGI


Alhamdulillah....sesi pagi jumaat dgn top water gewang Storm Z-Stick bhasil pikat 2ekor mj...

SET UL 1LB VS PACU



Alhamdulillah.... setelah jarih 4x kena buli akhirnya berhasil jua rnw lesen pacu menggunakan set UL 1Lbs dgn pengintip upahan sp Santec Vigor.
#teamkomplot Jun Cena Asyian Abdullah Amy Dagothzz Limin
#Rod_DaiwaPresso_1-4Lbs
#AbuGarsiaCardinal
#line_1Lbs
#Leader_nil
#SP_SantecVigor

Wednesday, September 12, 2018

STORM Z STICK PENCIL GODA MJ


Alhamdulillah...... top water mmg mantaaap mnggunakan gewang pensil  #STORM_Z_STICK berhasil mngajuti mj dri tidor lena hehe....

Saturday, August 25, 2018

SP BITEME PIKAT KERAPU DAN TITIR TRIP AWAT-AWAT



Alhamdulillah..... goyang inul #SP_BITEME  bhasil memikat 1ekor titir dan 2ekor kerapu M.

Wednesday, August 22, 2018

GEWANG KANAI REVOLT 85 TRIP AWAT-AWAT



Latepost 26.3.2018 Alhamdulillah..... Lenggang lenggok #KANAI_REVOLT85  bhasil memikat 1ekor MJ 1ekor bby gt dan 1ekor kerapu M.

OFMER XDEEP85F TRIP AWAT-AWAT



Latepost 26.3.2018 Alhamdulillah..... goyang gerudi #OfmerXDeep85f  bhasil memikat dgn 1ekor kerapu M 1ekor bby gt dan 1ekor titir(rnw lesen 2018).

Sunday, August 19, 2018

TRIP AWAT2 BULAN MAC




26.3.2018 Alhamdulillah..... godaan sp zman motor oil menjadi dgn 3ekor kerapu M 1ekor bby gt sekaligus rnw lesen 2018

MJ PEMBUKAAN 2018

Late post... sekian lama tak update blog disebabkan ada masaalah teknikal
11.3.2018... Alhamdulillah..... sekian lama nda boatbase  bjaya renew mj 2018 topwater dengan gewang pensil Storm Z-Stick dan juga sp zman. Cuaca pns+berangin tpksa halfday sja mmandangkn athsmaku kambuh balik 😢

Friday, April 21, 2017

MENDALAK @ LUBOK RC

Selasa 19/4/2017 petang...  Pawee dan Asat turun mendalak di lubok RC yang mana Pawee telah menaikkan  seekor dalak manakala Asat menaikkan seekor dalak jua, tahniah Pawee dan Asat.
Atikel oleh Pawee

Wednesday, April 19, 2017

KERAPU M @ BAKAU PANJANG

Jumaat..14/4/2017 pagi... Sham turun solo cast di kawasan bakau panjang. Alhamdulillah, Sham berhasil menaikkan seekor kerapu minyak lagi kali ani, tahniah Sham.
Atikel oleh Sham

Monday, April 17, 2017

MEMIKAT 3 EKOR MJ SECARA SOLO @ SG TUTONG



Khamis 13.04.17 6.45 pagi.... Edin beraksi secara solo boatbase di sg.Tutong cuma setengah hari saja yang mana berhasil menaikkan 3 ekor mj dengan menggunakan sp zman, tahniah Edin.
Atikel oleh Edin

Friday, April 14, 2017

5 EKOR UNGAH TEWAS @ SG TUTONG


Selasa 11/4/17 3 petang ... Edin bersama juniornya Aliadiee turun boatbase di kawasan sg Tutong yang mana Edin berjaya menaikkan 4 ekor ungah manakala Aliadiee cuma seekor ungah sahaja. Tahniah Edin dan Aliadiee.
Atikel oleh Aliadiee

Thursday, April 13, 2017

1ST LESEN TEMBARING AKA KANAI LOCAL @ SG TUTONG

Ahad 03.04.17 pagi... Edin bersma Madi turun boatbase di sg Tutong yang mana Edin berjaya menaikkan seekor kanai yang mana sekian lama dinanti2kan selama ini sekaligus lesen pertama baginya manakala Madi berjaya menaikkan seekor ketambak. Tahniah Edin.
Atikel oleh Edin

Tuesday, April 11, 2017

KERAPU M @ BAKAU PANJANG

Sabtu1/4/2017 pagi.. plan nda jadi kebangau disebabkan cuaca hujan paginya, Sham dan Ak Putera pun turun di lubok bakau panjang..Alhamdulillah... baru beberapa kali cast, Sham berjaya menaikkan seekor kerapu minyak mengunakan sp manakala Ak Putera kumpawww. Tahniah Sham...
Atikel oleh Sham

Saturday, April 8, 2017

MAMA SELUNSONG 11KG @ KUALA TUTONG

Selasa..28/3/2017 petang.. Madi, Edin, Sham dan Aliadie turun cast di batu kuala Tutong. Alhamdulillah... yang mana kali ini rezeki Sham menaikkan seekor mama selunsong seberat 11kg dengan menggunakan sp kegemarannya manakala yang lainnya kumpawww... tahniah Sham.
Atikel oleh Sham

Friday, April 7, 2017

RENEW SELUNSONG 6KG @ SG TUTONG

Ahad 26/03/2017 jam 09.00 pagi... Dadih) dan Asmadi turun Landbase Cast di hujung batu Kuala Tutong... Syukur Alhamdulillah tidak disangka2 ada jua ikan yang sudi menyambar gewang milik Dadih yang mana berhasil dengan seekor Selunsong(renew) dan seekor kerapu manakala Asmadi berhasil dengan seekor kerapu sahaja. Tahniah Dadih dan Asmadi.
Atikel okeh Dadih

Tuesday, April 4, 2017

TRIP JEJAK BLACKBASS AKA TEMBARING AKA KANAI TAWAU 2017


Jumaat 17.03.2017 pagi... Perjalanan bermula dari Brunei ke Tawau memakan masa kira-kira 11 jam perjalanan melalui jalan Tenom, Keningau dan Kalabakan semata-mata untuk memenuhi impian memeperbaharui lesen kanai dan ada yang baru hendak mencari lesen kanai kali ini yang disertai oleh 9 orang iaitu aku, Jun, Madi, Asmadi, Adyzam, Mayan dan Emin manakala Cigu Wee dan Abg Ree menggunakan flight dari Kota Kinabalu ke Tawau.




Setelah sampai di Tawau pada jam 5.30ptg kami telah disambut oleh Spark legenz aka Kong dan bang Latif yang sedia untuk membawa kami menggunakan bot ke Pulau Sebatek dimana kami menginap selama 4hari di rumah Kong.


Selama 3 hari trip casting dan trolling kami tempah untuk mencari ikan kanai aka tembaring aka Blackbass bermula dari 18hb hingga 20hb yang mana 6orang daripada kami berjaya menaikkan beberapa ekor kanai iaitu Asmadi berjaya manaikkan 3 ekor kanai sekaligus 1st 2nd 3rd lesen baginya.

Jun berhasil menaikkan 2 ekor kanai(renew).
Adyzam berhasil dengan seekor kanai(renew). 
Mayan berhasil dengan seekor kanai(1st lesen baginya).

Abg Ree berhasil dengan seekor kanai(1st lesen) dan seekor kerapu.

Cigu Wee berhasil dengan 2 ekor kanai(renew) kecuali aku, Madi dan Emin belum ada rezeki kami untuk menjinakkannya malahan kami beberapa kali dibuli dan diuji oleh tarekan monster yang membuatkan mainline aku dan Madi terputus manakala Emin cuma terlepas sahaja.



Walaupun kami tidak berjaya menaikkan ikan kanai namun aku berhasil dengan ikan ungah, ikan putih, ketambak dan ikan Kakas. 

Madi berhasil menaikkan ikan kerapu dan ungah.
Manakala Emin menaikkan selunsong dan kerapu. 









Selain dari kanai, spesis ikan lain pun berjaya dinaikkan seperti kerapu, tenggiri(lolok), selunsong, Alu2 dan ikan putih. 



Sepanjang trip memang banyak kenangan manis yang susah untuk dilupakan terutama baru bersua muka dengan member2 pancing Brunei yang mana selama ini cuma berhubung melalui FB saja dan semasa trip barulah dapat berjumpa dan mengeratkan lagi persahabatan kami. 


Jutaan Terimakasih buat Kong serta seluruh keluarga, Abg Latif dan Ejal layanan yang terbaikkk diberikan kepada kami sepanjang berada di Pulau Sebatek dan kami ingin memohon kemaafan jika ada kesalahan dan kesilapan yang kami lakukan sama ada disedari mahupun tanpa disedari oleh kami harap maafkan. Sampai jumpa lagi pada trip yang akan datang Insha Allah...