Ahad 25.5.2014 jam 6 pagi... Rimi turun membottom di jambatan Telisai bersama iparnya kali ani yang mana Rimi berhasil renew seekor selunsong... tahniah Rimi.
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua member pancing tidak mengira peringkat umur dalam negeri mahupun luar negeri, salam perkenalan dari kami dan selamat mengikuti sepanjang aktiviti memancing kami .
Sunday, May 25, 2014
Wednesday, May 21, 2014
SELUNSONG BAWAH JAMBATAN @ TELISAI
Ahad 18.5.2014 pagi... Dadih secara solo landbase casting di bawah jambatan Telisai dan berhasil dengan seekor selunsong menggunakan gewang rapala magnum BRH11... Tahniah Dadih.
Monday, May 19, 2014
KERAPU M SOLO @ BURONG LEPAS
Ahad 18.5 2014 pagi... trip boatbase cast di Burong Lepas antara yang beraksi aku, Madi dan Khairul yang mana cuma Madi saja yang belureh seekor kerapu m manakala aku sama Khairul kumpawww... tahniah Madi..
MOON2 ULEH MEMBOTTOM @ SG KELAKAS
Ahad 18.5.2014 pagi... Hj Rahim turun membottom di sg Kelakas secara solo harap2 lureh udang galah sekali bulan2 yang strike umpannya... tahniah Hj Rahim.
Saturday, May 17, 2014
KERAPU M AING SURUT BERABIS @ BANGAU
Jumaat 16.5.2014 ptg... trip kebangau mcm biasa kan menjejak mj dan kanai tak kesampaian mungkin disebabkan faktor air pasang tinggi menyukarkan lagi mencari bangkar2 kayu tempat persembunyian pemangsa2 yang licik jika tak berhati2. Namun tetap jua diteruskan sehingga air surut petang jam 5.30 barulah nampak bentuk tebing sungai dan bangkar2 kayu dapat dikesan senang untuk menepati sasaran semasa casting. Walaupun mj dan kanai nda berhasil cuma 4 ekor kerapu minyak saja yang kecundang diperolehi oleh aku dengan 2 ekor, Madi lureh 1 ekor kerapu m dan Khairul lureh 1 ekor kerapu m jua manakala Sham dan Dadih kumpawww kali ani.
Tuesday, May 13, 2014
BC TOURNAMENT BY STA @ EPM
Ahad 11.5.2014 pagi... bc tournament berlangsung di EPM yang dianjurkan oleh kami sendiri hadiah ditaja oleh Khairul aka langkang yang mana peraturannya setiap seorang dikehendaki menggunakan 1 set reel baitcast saja manakala gewang bebas. Pertandingan bermula dari jam 7 pagi hingga 1 petang, jika gagal menepati masa maka peserta akan digugurkan dari bertandingan. Manakala tangkapan mestilah ikan toman sahaja(anak toman yang masih ada 2 taris dibadannya atau masih dalam kumpulannya tidak dikira). 2 kategori yang akan dipertandingkan iaitu Pemenang bagi solo tangkapan yang terbesar manakala pemenang bagi kumpulan tangkapan yang paling banyak sekali.
1-Bergotong royong menurunkan 5 buah bot yg digunakan semasa pertandingan.
2-Sebelum pertandingan dimulakan doa selamat dibacakan uleh salah seorang member kami HJ Khalideen dan seterusnya briefing peraturan/syarat2 pertandingan dan keselamatan semasa pertandingan.
3-Pertandingan bermula masing2 mencari spot toman dan setiap bot 3 org peserta. Toman yg diperolehi dilepaskan semula setelah penghakiman selesai dijalankan.
4-Pemenang bagi solo tangkapan terbesar dimenangi oleh Dadih dan pemenang bagi group tangkapan yg paling banyak dimenangi oleh group Memet, Madi dan Aliade. Terimakasih bnyk2 buat member2 STA semua yang terlibat menjayakan acara pertandingan ini dari mula hinggalah selesai dgn jayanya mmg happening berabis dan juga tak lupa diucapkan trimaksih bnyk2 kepada penyumbang hadiah ditaja oleh Khairul aka Langkang. Semoga Allah S.W.T memberkati dan membalas atas kerjasama dan sumbangan ikhlas dari anda semua dan semoga keakraban silaturrahim antara keluarga STA akan terus berkekalan sampai bila2... Aamiin....
1ST TYM PIKAT KERAPU M DAN MJ @ BANGAU
Sabtu 10/05/2014 jam 07.30 pagi... Ops kebangau yang pertama kalinya buat Ebil, Hamdan dan Imam menggunakan perahu kepunyaan Hamdam sekali gus pilot yang mana Ebil pembuka kata berjaya menaikkan 3 ekor kerapu M. Hamdan berjaya menaikkan seekor ungah dan seekor kerapu M manakala Imam pun berjaya menaikkan seekor kerapu M dan seekor sumpit2 nada yang kumpaww....TAHNIAH Semuanya....
Friday, May 9, 2014
JOM MEMBOTTOM LAGI... @ PENABAI
Jumaat 09/05/2014 jam 4 ptg hingga 7 mlm... Memet membawa keluarganya membottom di sg Penabai kali ani yang mana berhasil menaikkan beberapa ekor ikan diantaranya ketambak, gelama, kerapu dan utik. Tahniah Memet dan Keluarga bahagia.
Thursday, May 8, 2014
PARI BINTIK VS KETAMBAK AIR TEA C @ KUALA TUTONG
Rabu 7.5.2014 pagi... Bugul, Mali dan Rudy turun membottom di sungai Kuala Tutong kali ani walaupun keadaan air sungai macam tea c berhasil jua Bugul dengan seekor pari dan Rudy lureh 2 ekor ketambak manakala Mali kumpawww.... tahniah Bugul dan Rudy.
Wednesday, May 7, 2014
LESEN YU PARI AKA PERITA @ BATU PENANJONG
Selasa 06/05/2014 jam 7pgi hingga 6 ptg... Memet secara solo mncuba membottom di batu Penanjong. Melihat keadaan laut yang beralun memudarkan smangat untuk membottom disebabkan alang2 turun, di gagahi jua. Kalau dah rezeki nda kan kemana yang mana Memet berjaya menaikkan 2 ekor ikan yu pari aka perita (lesen 2014) dan seekor kangbedu..tahniah Memet.
Tuesday, May 6, 2014
TRIP MENENGGIRI LAGI @ PERAIRAN LAUT TUTONG
Ahad 4-5-2014 pagi-ptg... Helmie sudah lama menyepikan diri kali ani ada trip mancing di perairan Tutong bersama Mahadir Ahmad membuahkan hasil dengan 5 ekor tenggiri, 1ekor Bakulan aka tongkol dan 1 ekor baby yu...tahniah Helmie dan Mahadir.
Thursday, May 1, 2014
RENEW LESEN BEBATIK @ BUKIT AGUK
Isnin 28/4/2014 @jam 6pagi hingga 5 petang... Memet bersama Hj Abdur (abang ipar) dan disertai oleh Hj Umpak membottom di bukit Aguk yang mana Memet berhasil renew bebatik, Hj Umpak juga berhasil menaikkan bebatik manakala Hj Abdur kumpawwww....tahniah Memet dan Hj Umpak.
Tuesday, April 29, 2014
IKAN SULIT LESEN PERTAMA JR KU @ PERAIRAN TUTONG
Ahad 27.4.2014 pagi... trip bottomjigpopjun di perairan Tutong kali ani disertai oleh Bob, Ahmad, Bugul, aku yang baru lepas balik bertugas jam 6 pagi dan juniorku Mizan yang pertama kali ikut turun kelaut. Lesen laut dalam yang diperolehi juniorku 2 ekor ikan sulit dan aku lureh seekor sulit. Memandangkan juniorku sakit kepala nda tahan kepanasan dan aku lagi mabuk free disebabkan nda cukup tidor terpaksalah setengah hari saja manakala yang lainnya menyambung sampai kepetang dan berhasil dengan bermacam2 jenis ikan seperti ayam laut, temanong bajai, pisang2, basong dan lain-lain lagi...
Labels:
basong-basong,
ikan ayam laut,
kerapu,
pisang-pisang,
sulit,
temanong
Sunday, April 27, 2014
KERAPU M VS MJ @ BANGAU
Jumaat 25/4/2014... hampir sebulan lebih Sham nda turun boatbase kali ani Sham bersama Adyzam mencatar bot untuk boatbase casting di Bangau, Alhamdulillah... walaupun keadaan air kurang memuas kan, Adyzam lureh sekor ungah manakala Sham lureh seekor baby kerapu m. Tahniah Sham dan Adyzam yang penting no kumpawww.
Saturday, April 26, 2014
PESTA PELAYAK @ BUKIT AGUK
Rabu 23/4/2014 jam 6pagi hingga 4.30 ptg... Rudy bersama bapa dan adinya 2 orang Buntui dan Azri turun membottom di bukit aguk yang mana Rudy berhasil menaikkan 7 ekor pelayak(renew) manakala bapanya 1 ekor playak, Buntui lureh 3 ekor dan Azri lureh 2 ekor pelayak, tahniah semuanya....
Tuesday, April 22, 2014
TRIP MENENGGIRI @ PERAIRAN TUTONG
Ahad 20.4.2014 pagi... trip menenggiri di perairan laut Tutong dan Jerudong menggunakan perahu milik Asmadi antara yang terlibat aku, Asmadi, Ahmad, Madi dan Khairul(Cpt) cuma berhasil dengan 2 ekor tenggiri saja yang diperolehi oleh Asmadi dan Madi namun ikan2 lain pun berhasil dinaikkan oleh kami seperti tongkol, pisang2, Santak, Ayam Laut, Kerapu dan lain2 lagi. Alhamdulillah... trip kami semua no kumpawww...
Labels:
basong-basong,
ikan ayam laut,
kerapu,
pisang-pisang,
rumahan,
santak,
tenggiri,
tongkol
Monday, April 21, 2014
LUREH PELAYAK AKA KAROK LAUT LAGI @ DANAU
Ahad 20.4.2013 pagi... sekian lama abang Dadih nda beraksi kali ani Yawang meluangkan masa untuk membottom di Danau dan belureh dengan seekor pelayak, tahniah Yawang.
Subscribe to:
Posts (Atom)
























