Friday, October 7, 2011

NASIB NDA HOT BAH... @ EPM

Khamis 6.10.2011 jam 6.30 pagi... misi menomanlak di EPM masih lagi aktif tapi kali ini menggunakan perahu milik Sofian sekaligus Cpt Sofian sendiri sebagai pemandunya disertai oleh Roy aka Marak & Danan aka Labooh yang sudah lama tidak menomanlak disebabkan kesibukkan dengan kerja. Operasi sebalah pagi bermula dengan teknik casting baru 25 minit beraksi, Danan berhasil menaikan seekor toman dan selepas 10 minit...Danan berhasil lagi menaikkan toman yang ke2..Manakala Cpt Sofian dan Roy hanya mampu menahan rasa saja meliat Danan belureh hehe....Selapas beberapa jam, baru tah Roy berhasil menaikkan 1ekor toman dan 1ekor dalak.
Tepat jam 12 tengah hari....durang pun berehat sambil membotom dan baru tah Cpt Sofian behasil menaikkan 3ekor toman beturut2...susah sudah hati tu takut hot haha...Danan pun tidak ketinggalan berhasil menaikkn 1ekor toman. Jam 2 petang...durang pun beredar meneruskan casting namun disebelah petangnya seorang pun nda berhasil menaikkan toman atau pun dalak. Tahniah Cpt Sofian, Roy dan Danan..lain kali kalau katak menyangkut mesti dikira ah haha..

Thursday, October 6, 2011

11 EKOR TOMAN & 6 EKOR DALAK TEWAS @ EPM

Rabu 05/10/2011 jam 06.30 pagi... satu lagi operasi yang dijalankan menjejaki tomanlak diEPM dengan kaedah WALK THE DOG dan BOTTOM yang diketuai uleh Cpt Asat Albab dan disertai dua orang angler dari Indon Sur dan Ansuri dengan menyewa perahu milik Sofian aka Kuyan. Dalam beberapa jam operasi dijalankan dengan kaedah WTD dan BTTM...Sur berhasil menaikkan 2 ekor toman dan 5 ekor dalak hasil dari kaedah WTD manakala BTTM berhasil menaikkan 3 ekor toman.
Ansuri pun berhasil menaikkan 2ekor toman dan seekor dalak dengan kaedah WTD saja.
Cpt Asat Albab berhasil menaikkan 3 ekor toman dengan kaedah WTD jua manakala kaedah BTTM berhasil menaikkan seekor toman saja. Jumlah keseluruhan 11 ekor toman 6 ekor dalak. TAHNIAH Sur, Ansuri dan Cpt Asat Albab.

Wednesday, October 5, 2011

BABY KURAPU VS PROGRUB @ JPMC

Selasa 4.10.2011 jam 5 petang...sekian lama Babah memendam rasa kan turun cast disebabkan kesibukkannya 2 minggu kebelelakangan dan kali ani mengambil peluang turun cast d JPMC selepas balik dari bertugas. Terubat jua akhirnya walaupun lureh baby kerapu dengan menggunakan lure grub saja, tahniah Babah...sekali skala main baby fish ah yang penting nda hot.

Monday, October 3, 2011

MENOMANLAK BERSAMA GMT 13 ANGLERS @ EPM

Ahad 2.10.2011 jam 6.30 pagi....Adam dan Zul dari team GMT13 Anglers turun menomanlak di EPM dengan menyewa boat milik Sofian sekali gus orangnya sekali sebagai capt. Operasi sebelah pagi dengan kaedah casting langsung nda ada hasilnya hinggalah tepat pada jam 10 pagi...durang pun berehat dan mengambil kesempatan untok membottom, hasilnya Zul lureh 3 ekor toman sekaligus 1st, 2nd dan 3rd lesen baginya manakala Adam lureh 1 ekor toman sekaligus renew lesen tomannya. Pada jam 2 petang, durang pun meneruskan kaedah casting lagi..setelah beberapa jam cast, Adam berhasil menaikkan seekor dalak.
Tidak ketinggalan juga Cpt Sofian berjaya menaikkan seekor dalak, cikit lagi hot tuuu.....tahniah Cpt sofian, Adam dan Zul udah renew dan dapat lesen toman ni.

ULANG TAHUN STA YANG KE4 TAHUN

Sabtu 1.10.2011 jam 9 malam...majlis doa selamat kesyukuran bagi ulang tahun penubuhan STA yang ke 4 tahun telahpun diadakan dengan sederhana saja berlangsung di rumah Roy di Kampung Keriam, Tutong. Selain dari member STA yang hadir kawan2 lain pun turut memeriahkan lagi majlis tersebut lebih2 lagi tetamu dari KB Iaitu Ah Tik bersama salah seorang kawannya dari Miri.
Terimakasih kepada yang sudi hadir pada majlis yang tak seberapa ani dan sokongan dan galakkan semua kawan2 akan membuatkan kami terus aktif dalam menjayakan aktiviti STA dari masa kesemasa dan diharapkan agar ianya dapat merapatkan lagi tali silaturrahim antara semua pemancing tak kira dalam maupun luar negeri dan tak juga lupa diucapkan berbanyak2 terimakasih kepada member2 yang sudi menghulurkan bantuan dari segi keewangan maupun tenaga bagi menjayakan lagi majlis tersebut semoga Allah jua yang akan membalas keikhlasan serta jasa baik anda selama ani Amin...

Sunday, October 2, 2011

ANDAPONG MAIN HUJAN @ JPMC

Sabtu 1.10.2011 jam 12 tgh hari...Hj Pangan turun meandapong di JPMC. Walaupun behujan namun masih jua kabal menunggu dan belureh 2 ekor andapong saja, tahniah G...kuning jua bibir tu ulehnya hehe...

AYAM LAUT, ANDUPING & PISANG2 SAJA @ LAUT MUARA

Sabtu 1.10.2011 pagi, kali ani Yahya turun memancing kelaut Muara bersama kawannya Roslan menggunakan perahu milik Roslan. Setelah menunggu beberapa jam hasilnya kurang memberangsangkan disebabkan aliran arus yang tidak menentu pada masa atu memaksa durang untok balik saja dan hasilnya cuma 1ekor ikan ayam laut, 1 ekor anduping dan seekor pisang-pisang saja, syukur tah ada jua hasil ni... yang penting kail sudah diturunkan hehe...

Friday, September 30, 2011

UNGAH SOLO @ LUBOK SELIPAR GUGUR TIMOR2

Jumaat 30.9.2011 jam 6.30 pagi...sudah seminggu labih aku nda beraksi kali ani aku turun membottomcast bersama Madi di Danau namun nda ada hasilnya dan kami pun berpindah lagi di Lubok Selipar Gugur Timor2 lagi. Kali ani Jaki bersama isterinya turut join 4 kaki sama kami hehe..dan cuma aku saja yang berhasil menaikkan seekor ungah hasil dari membottom, sabar saja yang hot atu ah...

Thursday, September 29, 2011

2 LAGI HOT KALI ANI...@ SG KELAKAS

Rabu 28/9/2011 jam 4.30ptg...Hj Rahim aka Mantun dan Madi aka Kembayau mencuba mendalak lagi di sg. Kelakas. Setelah jam 5 petang baru tah Roy aka Marak pun join durang. Kali ani giliran Hj Rahim dan Madi pulang hot, Roy yang baru dalam 5minit cast telah berjaya menaikkan 1ekor dalak... Tahniah Roy memang nda hot kali ani, u cool man...haha style hindustan pose atu.

Wednesday, September 28, 2011

BERTUKAR HOT TIA KALI ANI @ SG KELAKAS

Selasa 27/09/2011 jam 4 petang...Aasat Albab, Jaki raja dangdut, Roy aka Marak, Sofian aka Kuyan, Hj Rahim aka Mantun dan Madi aka Kembayau turun mengasting di sg Kelakas lagi kan revenge bagi yang hot tempoh hari. Group sebelah kanan Hj Rahim telah menaikkan 2 ekor dalak dan Roy berhasil dengan 1 ekor dalak manakala Asat Albab kali ani hot tah pulang. Group sebelah kiri antaranya Madi, Sofian dan Jaki raja dangdut semuanya hot berabis, beredar lagi hot ni hehe...Tahniah yang belureh atu...

Tuesday, September 27, 2011

ADA YANG HOT LAGI...@ SG KELAKAS

Isnin 26.09.2011 jam 5.30 petang... yang turun di sg Kelakas terdiri dari Madi, Roy, Hj.Rahim dan Jaki bertujuan untok membulan dan membelida namun tiada strike langsung setelah atu durang pun mencuba mendalak lagi dan ternyata Hj Rahim berhasil dengan 3 ekor dalak dalam masa 10 minit.
Nda lama kemudian, Jaki pun berhasil jua dengan seekor dalak dan selepas atu baru tah Madi berhasil dengan seekor baby bulan2 manakala Roy terlalu hot buat kali ani.. Tahniah yang nda hot atu hehe...

OPS MENOMANLAK STA BERSAMA CASTER SIBU SARAWAK @ EPM

Ahad 25.9.2011 jam 6.30 pagi... misi menomanlak menggunakan 2 buah perahu milik Cpt Sofian aka Kuyan dan juga Hj Musa. 1st boat terdiri dari Cpt Sofian aka kuyan, Roy aka marak, Yahya aka sangkak dan salah seorang member dari Sibu Sarawak iaitu Along. Misi disebelah pagi hanya Cpt Sofian saja lureh 1 ekor toman dengan kaedah casting. Tepat jam 11 pagi...durang pun berehat sambil membottom disebabkan casting langsung nda ada strike lagi. Sama jua ceretanya membottom pun langsung nda ada yang sudi makan umpan. Jam 1 petang...cast pun diteruskan lagi yang mana Cpt Sofian memperolehi 4 ekor toman manakala Roy lureh 2 ekor toman dan 2 ekor dalak. Nda ketinggalan jua Yahya memperolehi 1 ekor toman merupakan 1st lesen baginya cuma Along saja yang kurang bernasib baik yang banyak kali ugat lapas dan miscall saja.
Manakala 2nd boat terdiri dari Cpt Asat Albab, Ah Tik dari KB dan bersama salah seorang lagi rakan dari Sibu Sarawak iaitu Ah Pong. Misi bermula dengan walk da dog..yang mana Ah Tik berhasil dengan 1 ekor toman dan 2 ekor dalak. Ah Pong berhasil menaikkan 2 ekor toman dan 3 ekor dalak.
Manakala Cpt Asat Albab berhasil dengan 7 ekor dalak saja dan kali ani alum ada rezeki toman buatnya, tahniah kepada yang lureh & baru mendapat lesen. Kalau kana strike toman jangan diliat saja...SINTAK...!!!! dan tak lupa diucapkan terima kasih kepada Ah Tik dan juga 2 orang caster dari Sibu Sarawak kerana sudi turun padang kesini harap2 datang lagi lain hari jika ada kesempatan.

Monday, September 26, 2011

MEMBARAB 4 MALAM @ ULU TUTONG

Selasa 20/09/2011 jam 8 pagi...satu trip yang dirancang uleh Yus bersama kawan setugasnya 4 orang bermalam selama 4 malam di ulu Tutong tujuan casting dan membottom. Selama Yus dan kawan2nya berada di sana, Yus berhasil menaikkan 15 ekor ikan barab aka serigala sungai, 2ekor ikan baung cuma nda semua barabnya sempat digambar , manakala kawan2 Yus yang membottom berhasil jua menaikkan beberapa jenis ikan seperti baung, buntong, badus aka bujuk dan lain2 cuma sayangnya nda ada kesempatan untok bergambar.TAHNIAH Yus dan kawan2nya..

MOON-MOON STRIKE ON POPPER 3D @ SG KELAKAS

Ahad 25.9.2011 jam 7 hingga 8.30 pagi...Jaki turun secara solo seawal di Sg.Kelakas memadangkan air masih bergerak pasang, dengan kaedah casting menggunakan katak langsung nda ada strike maka Jaki pun menukar dengan cara kaedah mempop dengan menggunakan popper 3D.., Jaki gagal dengan 6 kali miscal bulan2 dan 1 kali ugat (lepas) seekor bulan2 monster ingat kan selunsung sesat dan akhirnya Jaki berhasil jua dengan seekor bulan-bulan.... Tahniah jaki..lama dah nda bermain-main sama bulan-bulan di Kelakas atu...

Sunday, September 25, 2011

DOUBLE BB STRIKE ON MJ WITH TDD @ LUBOK LENA

Jumaat 23.9.2011 pagi...Babah, Fadli, Boy Sangkut dan Awang turun bottomcast menggunakan perahu milik Babah di lubok Lena. 1st strike mj berjaya di naikkan oleh Boy Sangkut menggunakan lure rapala tdd manakala Babah nda jua ketinggalan menaikkan mj selepas atu dengan menggunakan lure rapala tdd. Sudah keadaan kembali sunyi, durang pun berehat dan sambil atu cuba membotom dan berhasil jua menaikkan beberapa ekor ikan ketambak, seekor gelama dan 1 kali lepas uleh sebab mainline 30lbs terputus.
Selepas berehat durang pun meneruskan lagi casting dan cuma Boy sangkut saja yang berjaya menaikkan 2 ekor mj dengan menggunakan rapala tdd jua..memang heng banar tah rapala tdd kali ani, tahniah Boy dan Babah double BB tu...hehehe...

Friday, September 23, 2011

UMPAK PUN MAU D CASTING TU... @ FERI DANAU

Jumaat 23.9.2011 jam 6.30 pagi...aku turun membottomcast solo di ujung Danau cuma terlepas 1st strike selunsong saja selepas atu sunyi sepi nda ada strike lagi manakala rakan setugasku yang lainnya Abeng, Boy bersama dengan BB cuma membottomcast di jambatan feri Danau yang disertai 2 orang kawan durang yang lainnya.
Sambil melabuh umpan Boy mengambil kesempatan jua casting dan nda disangka seekor umpak kelaparan menyambar lurenya hehe...kejarangan banar umpak menyambar casting ani, yatah namanya sudah rezeki tuh..tapi yang bergambar sama umpaknya BB yang jua cuma belureh ikan kalakitok.
Abeng yang kemudian sampai cuma membottom saja dan berhasil dengan seekor Pila-Pila.
Dua lagi kawan durang yang join pada masa atu masing-masing berhasil dengan ikan kalakitok dan ketambak, tahniah yang belureh atu.

Tuesday, September 20, 2011

KALAKITOK SAJA KALI ANI @ DANAU

Ahad 18.9.2011jam 6 pagi...aku, Rawe, Labu dan Jumat turun di Danau kan menyelunsong lagi namun kali ani keadaan air di Danau sudahpun berubah macam TEA C KAW plus beumbak walau bagaimanapun kami tetap jua mencuba dan cuma beberapa ekor kalakitok, seekor gerut-gerut dan juga seekor ketam saja lureh kami, rezeki jua ni...
Sudah pun tuhur macam tea c lagi air dan beumbak plus bangat banar aingnya tu...sampaikan Labu sama Rawe turun mengasting ke ujung pagar, nda pa tunggu lain hari lagi mencuba kalau di Danau sudah kembali normal n macam pepsi aingnya hehe...