Wednesday, August 18, 2010

BADUS AKA BUJUK RAMADHAN @ ULU TUTONG

Selasa 17/08/2010 jam 4.00 petang pemburu bersiri iaitu Asat Albab dan Khairul betukar selera beraksi membarabdus di ulu Tutong kali ani disebabkan keracunan uleh barab Danan aka Labooooh. Setelah sampai dilubok barab, putus harapan durang pasal aing masih dalam dan macam teh c kaw2 uleh kerana aing nda cun durang pun pindah mencari tempat lain lagi. Sampai saja kesatu tempat memang aingnya betul2 cantik dan cun melecun untok membarab, durang pun nda lagi sabar2 kan cast dan lebih kurang dalam setengah jam mencuba cast namun miscall barab mau pun strikenya pun nda ada. Durang pun bercadang mencari tempat lain selagi masa masih ada. Dalam masa perjalanan kesatu tempat kejumpaan durang satu lubok dan tanpa membuang masa tarus tah durang cast dan Asat Albab berjaya menaikkan 2ekor badus aka bujuk,2x ugat (lepas) dan 1x miscall,mana kala Khairul bejaya menaikkan seekor badus aka bujuk dan 1x ugat (lepas) 1x miscall,cuma badus aka bujuk saja begambar disebabkan malam sudah,TAHNIAH Asat Albab dan Khairul aka langkang..

Tuesday, August 17, 2010

4 EKOR LENGURAN AKA GT HABUAN RAMADHAN AL-MUBARAK @ BATU GT ADALEEEH...!

Selasa 17.8.2010 pagi, kali ani Majidi turun cast di spot lain bersama Ijam(saudara Kupek) dibatu GT(gelaran durang) disebabkan selunsong yang dihajati nda dapat, tau2 lenguran aka GT pulang durang lureh yang mana Majidi berjaya menaikkan 3 ekor lenguran, 5kali terlepas termasok sekali terlepas selunsong menggunakan lure rapala tiger beracunnya..
Manakala Ijam berjaya menaikkan seekor lenguran saja dan 7 kali terlepas atu... siok tu...walaupun baby GT tapi menerais jua spool atu...tahniah Majidi dan Ijam, mau jua merasa tu tarikannya nanti join kamu hehe...

DALAK 30 MINIT SEBELUM BERBUKA PUASA @ SG KELAKAS

Selasa 17.08.2010..Roy memajal bersendirian untok mencuba casting di sg.Kelakas..selepas saja balik dari betugas sementara menunggu dalam 30min sebelum berbuka puasa dan ternyata Roy berhasil jua nda sia2 mencuba dengan mendapat seekor dalak size L merupakan yang ke 50 baginya....tahniah Roy.

PEMBURU BERSIRI TOMANLAK BERAKSI LAGI..@ EPM

Isnin 16/08/2010 jam 07.00 pagi pemburu bersiri ani beraksi lagi diEPM nda ada lain maseh jua Asat Albab tetapi kali ani bersama Danan aka Laboooh dan Edin aka Fisherman,pembuka kata diawal pagi Asat Albab bejaya menaikkan seekor dalak,nda lama selepas atu Edin lagi bejaya menaikkan seekor dalak jua,baru tah giliran Danan bejaya menaikkan seekor toman merupakan yang ke3 buatnya. Sekali lagi Asat Albab pun bejaya menaikkan seekor dalak dan seterusnya Edin pun bejaya lagi menaikkan dalak yang kedua dan ketiganya,TAHNIAH Asat Albab,Danan aka Laboooh dan Edin aka fisherman.. Edin yang sudah lama nda mendalak kali ani berhasil 3 ekor dalak merupakan koleksinya yang ke13 buat masa ani...Asat Albab yang mula pembuka tirai menaikkan dalak dan berhasil dengan 2 ekor dalak pada hari tersebut menjadikan dalak yang ke105 buatnya.. 5 ekor dalak dan seekor toman yang diperolehi uleh durang ani...

Monday, August 16, 2010

TOMAN 2 VS DALAK 1 @ EPM

Ahad 15/08/2010 jam 7 pagi lagi2 pemburu bersiri beraksi di EPM masih jua Asat Albab, Ebel aka Castillo kali ani disertai Roy aka Marak jua. Pembuka semangat waktu pagi Roy berhasil menaikkan seekor toman buat yang ke2 baginya, nda lama selepas atu lebih kurang dalam 15minit Asat Albab lagi bejaya menaikkan seekor toman buat yang ke14 baginya tetapi nda bergambar bersama toman disebabkan hujan. Selepas atu baru tah giliran Ebel bejaya menaikkan seekor dalak merupakan yang ke63 baginya dan 1x ugat (lepas) toman,TAHNIAH Asat Albab,Roy aka marak dan Ebel aka castillo.. Anitah lureh Ebel dalak yang ke63 baginya untok tahun ani.2 ekor toman dan seekor dalak saja lureh durang kali ani....

BULAN² DIBULAN RAMADHAN @ SG KELAKAS

Ahad 15.08.2010.. Awal subuh selepas sahur, Jaki dan Madi mau mencuba mencasting di danau. Setibanya jam 6 pagi, tarus tah durang mencasting memandangkan air masih baru naik pasang, durang pun mencuba dan terus mencuba...sehinggalah jam 7.30 pagi tidak ada strike maka durang pun bercadang baliklah, dengan ada peluang tambahan dan mampu bertahan waktu puasa maka Jaki sekali lagi nda mau² mencuba cast di sg. Kelakas, akhirnya jam 8.45 pagi Jaki mendapat seekor bulan² dan terpaksa tah mengambar sendiri..dan tarus balek. Tahniah Jaki memajal jua banar tu....

Saturday, August 14, 2010

BARAB KE12 BUAT DANAN LAGI @ ULU TUTONG

Jumaat 13.8.2010 hari kedua bagi kita menunaikan puasa, kesempatan sebelah pagi dalam jam 10, Danan aka Labooh mencuba membarab lagi di ulu Tutong. Nda sia² jua percubaannya dengan seekor barap berat 1.2kg menggunakan lure rapala huskey jerk itam grey yang baru 2x cast membuahkn hasil walaupun Keadaan aing mcm tea c + kopi o kaw masa atu hehe..Tahniah Danan dengan barab yang ke12 sudah buat kali ani...

CASTILO BERHASIL DENGAN 2 EKOR DALAK @ EPM

Jumaat 13/08/2010 jam 06.30 pagi pemburu bersiri menomanlak di EPM lagi, tetapi cuma mengambil masa dalam beberapa jam saja cast memandangkan bulan puasa dan hari Jumaat. Yang beraksi Asat Albab, Ebel aka castillo dan Hamdan kawan setugas Ebel. Pembakar semangat awal pagi Ebel bejaya menaikkan seekor dalak dan nda lama selepas atu Ebel sekali lagi bejaya menaikkan seekor dalak lagi,2x miscall toman,mana kala Asat Albab cuma 2x ugat (lepas) dalak dan 1x miscall toman manakala Hamdan cuma 1x miscall toman. Tepat jam 09.45 durang pun balik,TAHNIAH Ebel aka castillo..Anitah lureh Ebel 2 ekor dalak merupakan dalak yang ke62 baginya kali ani.

Friday, August 13, 2010

BARAB RAMADHAN @ ULU TUTONG

Khamis 12.8.2010 kira² jam 4 petang, Danan aka Labooh mengambil kesempatan membarab pada cuti awam sempena bermulanya puasa namun bukannya menjadi penghalang untok meneruskan aktiviti casting ani dan ternyata berhasil jua barab strike pertama berat 1kg tepat menggunakan rapala orange+kuning+itam dan strike kedua baby barab menggunakan abu island II, misscoll 3x. Kali ani koleksi barabnya yang ke11 sudah. Tahniah Danan walaupun puasa tapi tetap memajal jua.Barab strike ke2 saiz baby saja dan kedua-dua barab dilepaskan semula selepas bergambar.

REZEKI 1ST RAMADHAN @ JPMC

Khamis 12.8.2010 jam 2ptg, Hj Pangan aka Piyambut turun meandapong bersama kawannya tmpt biasa iaitu di JPMC..iatah ganya hasil 2ekor andapong, 2 ekor kitang dan seekor puyu. Jam 4.30 petang durang pun balik..syukur alhamdulillah rezeki 1st Ramadhan sudah ada ni...tahniah Piyambut.

Wednesday, August 11, 2010

PEMBURU ANDAPONG BERSIRI LAGI NI...@ JPMC

Rabu 11.8.2010 jam 1 ptg..Hj Pangan mengambil kesempatan turun sama kawannya di JPMC dengan tujuan kan meandapong lagi. Hasilnya seekor andapong dinaikkan uleh kawannya manakala Hj Pangan lurih belais, puyu dan kerapu..Semasa durang mengail,kelihatan seekor selunsong membuat akrobatik depan mata durang ani..meracun banar tah selunsong atu mun tekana pancing andapong, ada kan dimain tu....hehe...Tahniah Hj Pangan n kawan².

1ST TOMAN MADI @ EPM

Selasa 10/08/2010 jam 07.00 pagi, masih jua pemburu bersiri ani beraksi menomanlak siapa lagi kalau nda Asat Albab tetapi kali ani bersama Madi aka Kembayau mana kala Edin dan Mudin kawan setugasnya menggunakan sebuah perahu kepunyaan Mudin. Pembuka semangat waktu pagi, Madi berjaya menaikkan seekor toman merupakan 1st lesennya walaupun mimit tu lesen kali ah..., 3x lepas toman dan dalak, pembuka semangat yang kedua Asat Albab bejaya menaikkan seekor dalak merupakan buat yang ke103 baginya kali ani dan 2x ugat (lepas) toman dan dalak. Disebelah petangnya, Madi bejaya menaikkan seekor dalak lagi buat yang ke27 baginya. Edin dan Mudin cuma ugat (lepas) dan miscall saja,TAHNIAH Asat Albab dan Madi aka kembayau, baru jua 1st turun sama pemburu bersiri ani sudah belesenkan toman...graciassssss.. Strike ke2 Asat Albab lagi memecah kesunyian lureh seekor dalak merupakan yang ke 103 buatnya.2 ekor dalak dan seekor toman yang berhasil dinaikkan saja kali ni.

Monday, August 9, 2010

1ST TOMAN ROY & 2ND FOR JAKI @ EPM

Ahad 08.08.2010 pagi, misi menomanlak bersiri kembali lagi yang mana beraksi masa atu..Asat Albab, Jaki, Shukry(Adek Jaki), Roy, Kiong (tauke workshop) Sur dan Ansury..., menggunakan 2 buah perahu. Paginya, Jaki mendapat seekor toman buat yang ke2 baginya dan 1x ugat toman manakala Asat Albab ugat jua toman anggaran berat 4kg dan Roy mendapat 1 ekor toman 1st lesennya dan 1 ekor dalak buat yang ke49 baginya kali ani. Sur mendapat 1 ekor toman dan 1 ekor dalak manakala Kiong 1 ekor dalak saja. Pada jam 5.30 petang durang pun balik dan ketika sampai di tambing, terserempak durang dengan Ebel aka castillo sama Hj Pangan aka Piyambut mengasting berhampiran dengan tempat penurunan perahu. Sebelum balik, sempat jua sembang² bersama Awg Sahar yang kebetulan masa atu membawa member² dari Bait fighter jua. Tahniah Roy, Jaki, Kiong dan Sur...Anitah lureh Roy 1st lesen tomannya dan dalak yang ke49 buatnya kali ani, muka ada manyak senyuum....daa.....

Sunday, August 8, 2010

STA GATHERING

Sabtu 7.8.2010 jam 8 malam, makan malam "STA GATHERING" diadakan dirumah Roy lagi antara yang hadir keluarga STA serta rakan2 seperjuangan yang lain dan lebih2 lagi sebahagian dari hadiah bagi cabutan bagi nombor bertuah malam tu sponsor by Ken bos besar kedai pancing Deepblue Fishing.



Meriah jua malam atu macam2 menu yang dihidangkan termasoklah jagong bakar.







Antara hadiah2 yang disediakan bagi cabutan nombor bertuah malam atu acara2 yang ditunggu2 uleh semua yang hadir.





Sebelum cabutan nombor bertuah dimulakan terlebih dahulu tuan rumah Roy dan member lain termasoklah Ken(Bos DeepBlue fishing) sedang memeriksa nombor yang akan diundi. Selasin dari nombor bertuah hadiah bagi ketegori lain juga disediakan seperti tangkapan dalak,barab dan selunsong terbanyak, tangkapan paling cepat, paling aktif memancing, rescue dan juga lain2 kategori.



Majidi menerima hadiah bagi kategori tangkapan selunsong paling banyak serta rekod terbesar bagi tahun ini yang disampaikan oleh Ken.

Asat Albab menerima hadiah kategori tangkapan dalak dan toman paling banyak dan sekaligus rekod toman terbesar setakat ini bagi STA untok tahun ini.
Danan menerima hadiah kategori tangkapan barab paling banyak setakat ini cuma beliau tak dapat hadir malam atu disebabkan ada hal tertentu.
Madi menerima hadiah kategori pemancing paling aktif bagi STA.



Grand prize diterima oleh Amizul aka Lambus menerima set joran Abu Garcia Conolon serta lure scum frog sponsor by Roy kategori rescue bagi member STA.



Terimakasih banyak2 bagi yang turut melancarkan acara STA GATHERING malam atu dan kepada yang sponsor hadiah2 dan juga makan malam atu lebih2 lagi Ken bos Deepblue fishing yang sudi hadir bersama kakak serta rakan2nya yang datang dari KL yang berkesudian sponsor hadiah dan juga menyampaikan hadiah kepada yang bernasib baik malam atu.

Saturday, August 7, 2010

TOMAN KU SANGKAKAN DALAK @ DAMSAIT

Sabtu 7.8.2010 jam 5 petang, cuma aku sorang saja turun kan cast di Damsait membuang gian setelah pada waktu pagi nda berhasil di EPM, hanya Ebel saja yang berhasil dengan seekor Toman. Dalam beberapa minit cast baru tah kawan setugasku Babah sampai kan join sekaki jua dan baru jua beberapa kali cast menggunakan lure scum frog, sudah kena sambar uleh dalak tapi sayangnya terlepas. Uleh kerana ada hal, Babah terpaksa balik cuma sempat cast sekejap saja. Belum lama selepas Babah balik kawan setugasku yang lain iaitu Boy pun sampai kan join cast jua disebabkan keracunan uleh Babah hehe...Dalam masa setengah jam sudah cast, lure SPRO yang ku gunakan baru lah mendapat strike dalak tapi sayangnya misscol saja. Sudah tahu akan dalak yang menyambar terpaksa tah ku buka perambut steel ku dan ku tukar lure seahawk minifrogie tujuan kan mendalak saja dan sudah beberapa kali cast belum ada hasil lalu aku pun berpindah spot lagi di tempat yang sama, kali ani ternampak macam ada dalak bermain berdekatan dengan tunggol kayu, apalagi aku pun terus cast dan lureku kena strike tapi sayangnya terlepas jua selepas beberapa saat bertarung. Ku cuba lagi cast buat kali keduanya dan kali ani strikenya aggresif berabis, memang bukan dalak yang menyambar kali ani, rupa2nya toman berat 4.5kg yang menyambar lure seahawk minifrogie hitam ku. Membuatkan susah hati jua ulehnya pasal nda memakai steel terpaksa tah bejuang tah saja. Nasib baik ada orang lain masa atu yang kelurusan memancing di sana dan menolong untok rescue toman atu membawa naik ketambing disebabkan aku terlupa membawa fish gripper sama siut, Alhamdulillah jua toman selamat didaratkan akhirnya menambahkan koleksi tomanku yang ke8 dan sekaligus rekod terbesar bagiku. Nda menyasal memakai spool shimano biomaster 4000 yang sudah setahun nda bepakai lebih2 lagi jua joran ATC ku sama jua lama nda bepakai. Terimakasih kepada yang menolong tadi..Bandingkan tia lure seahawk minifrogie sama toman ani hehe.....beracun jua banar tu.....

MISI PEMBURU TOMANLAK BERSIRI BERHASIL LAGI...@ EPM

Sabtu 7.8.2010 jam 7.30 pagi Asat Albab, Ebel dan Azlan yang kelurusan offduty turun menomanlak di EPM buat hari yang ke2 mencuba nasib lagi. Puas sudah kami mencuba di lubok² akhirnya Ebel yang bernasib baik berhasil menaikkan seekor toman berat 4kg dalam jam 9.15 pagi merupakan to,annya yang ke4 kali ani. Jam 11 pagi kami pun balik cuma mengambil kesempatan setengah hari saja disebabkan masing² ada hal pada waktu petang. Tahniah Ebel memang tah kamu ani pemburu bersiri.....hehe....

KERAPU SOLO SAJA ULEH ASMADI..@ PUDAK

Sabtu 7.8.2010 pagi, Asmadi turun memancing beperahu sama kawan2 setugasnya di Kg Pudak kali ani. Cuma seekor kerapu saja yang naik dan sekali perambutnya terputus nda tau apakah gerangan ikan yang berjaya memutuskan perambutnya atu...sabar saja andangnya tu...apa2pun tahniah Asmadi