Monday, August 25, 2008

Rezeki Pagi dan Petang @ Danau Menjerit

Pada pagi hari Ahad 24.8.2008 cuma Achin saja yang turun memancing didanau berumpankan dengan beberapa ekor saja udang king size yg tinggal namun ia berhasil dengan seekor selunsong berat 5.7kg walaupun semalaman hujan turun namun keadan air diDanau masih baik. Ini merupakan 1st selunsong yang dinaikkan oleh Achin dlm bulan Ogos ini, congrates Achin aku(Azlan) ani balum lagi ada lalai putus saja hehehe....Jam 10 baru tah Achin balik setelah kehabisan umpan.

Pada waktu petangnya baru tah aku serta juniorku dan Kupek turun mengail di Danau dlm pukul 2ptg. Belum lama kami sampai diDanau CAchin tiba2 datang dengan membawa umpan udang Ostris yg baru dibalinya yg nda jauh dari rumah durang jua.Atu gian jua banar kan ngail ah c Achin pasal sibuk kaja saja batah2 ani namun rezekinya ptg atu memang ada dengan seekor Kurau berat 3kg sampat jua ambil videonya eh. Ini adalah hatrik dan merupakan Kurau yg ke3 bagi cAchin dlm bln Ogos ani. Aku bln ani hatrik Ungah ja hahaha....Congrates sekali lagi to Achin heng sudah mali........!


Anitah juniorku Adi Hamizan(4tahun)dengan kerapunya dan Adi Mirza(9tahun) anak yg tua sekali dengan kalakitoknya(kedua-duanya catch&release ja) sampai bapanya sibuk melayan durang saja nda telayan kail sendiri hahaha.......! (Semua teknik perambut no.6)



Friday, August 22, 2008

HATRIK BULAN OGOS@DANAU MENJERIT

Pagi Jumaat pada 22.8.2008 cuaca yg begitu baik saya(Azlan) dan Kupek sekali lagi menduga diDanau Menjerit dlm pukul 6 pagi pada masa atu aing bergarak surut dengan berumpankan cuma 13 ekor udang hidup terlampau king size punya hehehe....Ternyata pagi atu menghasilkan seekor selunsong berat 2.3kg dlm pukul 8.30 pagi dan sekaligus hatrik bagi CKupek bulan ogos ani memang tidak dinafikan ia ani "Ghost Barra" murah rezeki tuh.......dan aku sekali lagi kecundang putus perambut 50lbs terkena pipe line disana atu "Sabar" masa atu aku tertidur dbawah kem yang kami pasang terpaksa tah ckupek berhempas pulas dengan kailku akhirnya putus alum g rezekiku tuh.....Jam 10 umpan kami kehabisan barutah kami balik..Congrates Kupek boleh sdh dapat Rod Emas tuh.......! hahaha.......(Teknik perambut no:6)

Thursday, August 21, 2008

Mangrove Jack Vs Barra@Danau Menjerit

Trip hari ini 21.8.2008 berhasil walaupun cuma 2 ekor telah menjadi mangsa kami, Ckupek(Ghost barra) dengan selunsong 3kg yg di perolehinya dlm pukul 10 pagi selepas saya(Azlan) menumpaskan seekor ungah brt 1kg dlm pukul 8.30 pagi tadi. Kami sering ternampak selunsong yang berlegar2 berhampiran tempat kami memancing dan ada jua yang melompat fuyoooh....! basarnya mun kana kail siuk bnr ni sampai menjerit spool hahaha.......Kami memang berpuas hati dengan apa yang kami perolehi memang Danau Menjerit kaya dengan Selunsong dan Ungahnya dan satu2nya no.1 spot kami masa kini. Jam 1 ptg baru th kami balik setelah umpan kami kehabisan.(Teknik perambut no.6)

Sunday, August 17, 2008

Sure Heboh.....! @ Danau Menjerit


Trip memancing pada 17.8.2008(Ahad) kali ini membuahkan hasil 1 ekor selunsong berat 6kg dinaikan oleh our ghost barra(Kupek)hehehe.... yang sdh lama menanti kehadiran selunsong dlm pukul 10.30 pagi aku(Azlan) cuma tukang siut ja habis basah seluar sama bajuku berandam tadi disiut nda dpt tarus tah ku tangkap mulut selunsong ah hahaha.....sebelum ckupek menaikan selunsong, rakan pancing kami CKudi yang join diDanau tadi jua dapat selunsong yang mana terpaksa ku handle pancingnya disebabkan beliau nda berani keujung pagar sehingga lah dpt dinaikkan hasilnya selunsong berat 5kg dalam pukul 10 pagi dan sekali lagi pancingnya kana sambar dlm pukul 11.15 akhirnya naik jua selunsong 6.5kg ulehnya sendiri. Kailku 2 kali kana sambar 1 kali putus nda sampat mengambil kail dan 1 kali miz joranku melantur habis sudah namun aku berpuas hati jua one of our member menaikkan 1 ekor selunsong tambah2 lagi rakan pancing kami cKudi yang baru join memancing bersama kami menaikan 2 ekor selunsong beliau berpuas hati dengan apa yang dihasilkan yang mana sebelum ini beliau cuma menaikkan selunsong berat sekitar 3kg saja, tahniah to Kupek n Kudi.(Perambut No.6)


Kudi dengan selunsong 6kg dan 6.5kg barat tu bro tapi mampu tersenyum lebar jua hahaha...........sanang hati udah tuh...balik kerumah nda muat freezer

Friday, August 15, 2008

Ungah@Last Minute@Danau Menjerit


Trip pagi Jumaat pada 15.8.2008 di Danau menjerit saya(Azlan) dan Kupek kali ini kurang membrangsangkan.Umpan kami cuma 12 ekor ja dinosour size hahaha....masa atu arah cmon kehabisan udah size bsr2 cuma tinggal size damit ja tapi sesiapa yang kan membali kembura n banting2 hidup available udah tu...

Selunsong yang ditunggu belum juga ada setelah 10 hari selunsong yang diperolehi our member cMajidi. Air pada masa atu cukup tenang beumbak cikit lah dan sudahpun naik pasang namun tidak ada sentuhan yang mendebarkan sehingga kami kan balik jam 11 joranku melentur apalagi lari pecut lah jawapannya kebetulan masa atu ckupek berhampiran dengan kailku ditakuti nda sempat strike tarus tah ku bagitau ckupek tanpa membuang masa ckupek pun strike kailku atupun kana bawa sangkut udah, pajal punya pajal at last keluar jua ungah ah...takut tecabut giginya kali hahaha.....jam 11.30 baru tah kami balik.(Perambut No.6)

Thursday, August 14, 2008

Selunsong Team Junior@Peranginan Parit


Jam 4 ptg pada 14.8.2008 aku sama juniorku yg baru berumur 4 tahun memancing di peranginan Kg Parit dengan berumpankan udang $1-10 .Belum lama kami melabuh umpan juniorku lalu mengulung kailnya dan tidak disangka terus disambar oleh ikan dalak target sepatutnya bulan2 tapi lain pula yang naik hehehe...ternyata dalak inda memilih umpan yang sepatutnya dimakannya atau mungkin dalak atu kelaparan kali wallahualam.......


Set yang dipakai oleh juniorku:

Spool : Okuma Inspira IA10D(10ballbearing)

Rod : SCIERRA SST

Tali : Scorpion King 10lbs

Teknik :Perambut no.6

Saturday, August 9, 2008

Achin with Kurau Double Trouble @ Danau Menjerit

Pada hari Sabtu 9.8.2008 trip memancing our member Achin dan bro nya CKupek di Danau Menjerit menghasilkan dengan 2 ekor Kurau berat 1.3kg dan 2kg. Masa atu aku(Azlan) keraja menahan rasa saja mendangar durang belurih dan durang bro blackgold pun ada masa atu mengail sama our member yang mana bro blackgold masa atu beunjar umpan cmon nda kejumpahan dan tarus iya contact arahku akhirnya baru tah kejumpahan tapi umpan masa atu habis sudah at last paksa durang membali udang ostris jua hehehe....sampat jua ia mengambil gambar cAchin dengan 1st kuraunya.Thanks to bro blackgold yang membuat laporan dari Danau Menjerit masa atu arah forum bruneifishing.(Perambut no.4/6)

Wednesday, August 6, 2008

TRIPLE TROUBLE BULAN OGOS@DANAU MENJERIT

Assalamualaikum semua member2 pancing, sdh 20 hari penantian di Danau menjerit disebabkan cuaca hujan sebelum ini menghantui kami yang inginkan danau kembali menjerit akhirnya membuahkan hasil seekor selunsong 7kg(3pm) time ku ngam2 sampai disana maklum kana bagi offday hehehe...dan seekor bekalang 4kg(4pm) dinaikkan oleh cMajidi our hero today dan jua cSham dengan Ungah 800grams.(Semua hasil menggunakan teknik no.4)
Antara yang beraksi di Danau Menjerit dari kiri Madi,Kupek,Majidi,Sham yang sudah dari pagi mengail dan Azlan(aku) sampai disana jam 3ptg maklum kana bagi offday ambil kesempatan ngail kelurusan cmajidi naikan selunsong ah, my bro c Asmadi tghari sdh balik sal keraja. Esuk our team kan beraksi lagi tapi aku nda belaku coz ada acara lagi so nantikan aksi di bulan Ogos ini di Danau Menjerit......"Hidup Danau Menjerit Lagi.........!"

Friday, August 1, 2008

Ungah Pembuka Tirai 1st August@Danau Menjerit

Inilah ungah 800grms pembuka tirai bulan Ogos bagi pemanas tangan setelah lama menunggu cuaca kembali pulih. Memang membari gian rasanya bth nda menaikkan ikan ani namun tadi pagi pengubat segala kerinduan menaikan ungah stelah sebulan tidak menaikkan ungah hehehe....walaupun ikan yg dihajati tidak muncul2 kerana keadaan aing masa atu kabut di tepi menyukarkan bagi mangsa mengesan umpan dan setelah ayer beransur kan surut baru tah ayer bertukar kehijauan namun yg ditunggu belum ada muncul sehingga lah jam 10.30 baru lh sang ungah membedal umpanku. Jam 11.30 barulah kami balik dengan hasrat yang akan datang menaikkan barra mega hehehe.....nantikan aksi dari Danau menjerit dan terus menjerit....(Teknik No.6)

Wednesday, July 23, 2008

Ungah lagi @ Danau Menjerit

Trip tadi ptg memang tidak dirancang jam 12 tgh hari tadi cmajidi dan ckupek misscall hp ku sampai aku nda nyaman rasa ku fikir durang kan bagitau belurih selunsong di Danau sudah ku call balik durang, rupanya kan beunjar umpan hidup yang mana arah cmon sudah habis masa atu. Tanpaku berlengah lagi aku pun membali umpan arah kawanku di Tanjung Nangka baik jua kelurusan aku off tadi mun nda, nda da beumpan kawan disana haha.....Setibanya di Danau melihat keadaan aing membari lamah semangat mcm tea c beumbak lagi namun bukan jua kan ngail umbak ikan jua kan dikail hehehe........hasilnya seekor ungah berat dalam 500grms saja oleh cMajidi. Trip tadi petang cuma kami berempat saja aku(Azlan), Kupek, Majidi dan Madi. Terpaksa nunggu 3 hari mun nda hujan baru dapat ngail ni depend jua mun nda beumbak. Tunggu story kami yang akan datang yang pastinya Danau akan sentiasa Menjerit Lagi.....(Teknik N0.6)

Friday, July 18, 2008

Ungah@Danau Menjerit

My bro Asmadi dgn hasil seekor Ungah 1.3kg pada 18.7.2008 jam 11.30 pgi tadi. Tadi pagi my bro awal sudah turun memancing ddanau sama durang ckupek n majidi dan yang paling awal sekali cSham sama kawannya yg baru mengail pukul 3 pagi sdh ada dsana. Memang ada strike sdh seawal pagi kail kwn Csham namun tidak berjaya dinaikkan disebabkan mainlinenya terkena paip yg berdekatan tempat durang memancing. Hasil tadi pagi cuma seekor ungah dan seekor sembilang .(Teknik no.6)

Wednesday, July 16, 2008

Selunsong Menjerit lagi@Danau Menjerit


Inilah hasil selunsong 5kg tadi pagi our new team member c Sham dengan set barunya rod shimano basterra memang teruji kajar2 tarus hehehe...kemarin meliat saja kali ani naikan selunsong tia hasil bantuan dan tunjuk ajar daripada hantu selunsong kami cKupek hahaha......puas hatinya sudah akhirnya usahanya berhasil menggunakan perambut no.4(Slide). Ada 3 kali durang terlapas peluang yth cuma sekor ja berjaya dinaiki. Sorry pic nya kurang jelas maklum pakai camera handphone bek jua ada gambar csham dalam simpanan, mun ku ada tadi puas ya bergambar,aku kaja office hour kali ah.Anyway welcome aboard to Sham congrates to u bro... apanya ku masin mulutku tuh hahaha.....tani ja tau tuh.....

Tuesday, July 15, 2008

SELUNSONG HARI KEPUTERAAN @ DANAU MENJERIT

Trip kami kali ani pada 15.7.2008 semasa kita menyambut Ulang Tahun Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzadin Waddaulah, Sultan Dan Yang DiPertuan Negara Brunei Darussalam Yang ke62 Tahun memang bersejarah n really happening walaupun hujan ribut pada waktu malam namun tidak mematahkan semangat kami berjuang akhirnya penantian sehingga waktu pagi membuahkan hasil 2 ekor selunsong berat 5kg dan 6.6kg pada jam 7.00am dan 7.05am.Apa yang happeningnya lagi kami dapat bersua muka bersama Bounty Hunter(Sofy)Photographer dan juga satu2nya forumer puteri Bruneifishing kitani memang tahan lasak durang ani bejamur hehehe…..selain durang, c Barra Hunter pun ada tapi sayang nda ingat kan bergambar sama ia ani next time mun kejumpahan lagi dan satu lagi perkara yang ku sanang hati, barang orang yang ketinggalan masa ari atu sudah pun dibalikkan arah orangnya kepunyaan CNordin thanks bro for supporting us praktikkan saja perambut2 atu mudah2an kamu belurih jua bro….Seawal pagi dlm pukul 7 saya berjaya menaikkan selunsong berat 5 kg nda rugi menukar tangsi technic baru tarus kana ngap leh selunsong hehehe......(Perambut no.6)
Disusuli oleh Majidi berat 6.6kg selepas 5 minit aku menaikkan selunsong kelurusan masa atu c Sofy datang n live melihat lapas atu tarus ya ngambil shot untuk kami thanks galz....(Perambut no.6)
1.Ani tah our team member time duduk santai kehangatan sudah bilang orang ni sampat lagi bergaya dari kiri Kupek, Achin, Cwan, Madi, Fadli n Khai yg lain sibuk mencek umpan.

2.Chef kami masa atu cMadi tengah makan indo mee sebelum kana kebas oleh kami hehehe….

3.Lapas2 masak nah belurih tia kerapu commando pakai kasting ah……mun alum makan tadi, kan dimasak pulang kerapu atu tadi tapi janya catch n release saja eh….

4.Sempat lagi menunjuk ajar durang c Sofy(Bounty Hunter) satu2nya our galz forumer Bruneifishing and memang happening lah masa cmajidi menaikan selunsong ngam2 ia sampai n tarus ngambil shot kami mcm modeling tu eh hehehe…..

Monday, July 14, 2008

SINTAK LABUH DI DANAU MENJERIT PADA 13.7.2008

Trip kami pada 13.7.2008 di Danau Menjerit kurang membrangsangkan kali ini sama jua durang Kb ians yang awal sdh disana dlm jam 5 pagi udah memacak kail bisdurang ah. Umpan udang king size memang susah dicari masa ani sehinggakan kami terpaksa memakai udang $1-10 cmon. Bapa cMajidi ada jua membawa umpan banting2 yang baru dirambatnya pada awal pagi diSungai Liang Setelah menunggu lama umpan udang kami tidak ada reaksi yg mendebarkan kami pun mengubah umpan udang kepada banting2 pula pun jua nda da aksi yang mendebarkan sehinggalah dalam pukul 2ptg tadi C Achin menukar teknik beanjun menggunakan umpan udang barulah ada hasil dengan beberapa ekor kalakitok.Membari gatal hati jua kan turut stylenya atu sampaikan cKupek sama aku pun ikut jua hehehe.....akhirnya hasil yang di naikkan sebanyak 116 ekor kalakitok. siuk jua eh daripada nda da, nyaman jua tuh.... mun dirabus hehehehe............

Dua beradik Kupek n Achin memang hantu selunsong tapi tadi tukar jadi hantu kalakitok hahaha.........



Umpan banting memang banyak diperolehi bapa Majidi diSungai Liang. Apalagi tukar umpan lah cetanya kami ah....pasal umpan udang kami kurang memberangsangkan pun jua banting2 ah alum ada strike bahaya.
CMajidi tekun memigang jorannya walaupun cuaca panas terik maklum stnby umpan banting2 kali ah....

Anitah hasilnya 116 ekor kalakitok sintak labuh lehnya mun balum habis umpan bnyk lagi naik hehehe....kami balik dlm kul 5.30ptg, ikan kami bagi 5 n balik2 kerumah tarus kana goreng sodap tuh.......

Friday, July 11, 2008

3 bulan menunggu akhirnya selunsong berjaya ditewaskan di Danau Menjerit


Trip kami pada 11.7.2008 jam 3ptg tadi cuma mengambil masa 3 jam saja walaupun dengan cuaca berangin dan hujan namun masih juga kami gagahi. Seawal labuhan pancing cMajidi terlebih dahulu ditarik dengan kuat namun belum rezekinya. Selepas atu dlm jam 4.30ptg baru tah umpan king sizeku kana sambar selunsong yang nyaris2 memutuskan perambut 60lbs ku arah paip berdekatan dengan tempat kami memancing. Memang seksa rasanya menunggu 3 bulan yang mana sebelum ani kecundang saja menaikkan selunsong akhirnya berjaya juga tadi Alhamdulillah......


Sejam berlalu kira2 jam 5.30ptg barulah umpan cKupek memang hantu selunsong jua disambar selunsong berat 3.2kg dan berjaya dinaikan olehnya atupun nda ya membaritahu kami awal sudah selunsong atu gantung2 udah barutah ia memanggil kami minta siutkan hehehe.....



Cmajidi yang sedang membetulkan kedudukkan pancingnya yang mana seawal beliau mengumpani menggunakan banting2 telah disambar selunsong tapi terlepas. Jam pukul 6ptg baru tah kami balik dengan misi yang berjaya kali ini di Danau Menjerit. (Teknik no.6)





Tuesday, July 8, 2008

AKHIRNYA PENANTIAN DANAU MENJERIT BERULANG KEMBALI PADA 8.7.2008





Di dahului oleh Majidi pembuka kata dengan selunsong berat 8.2kg dlm jam 1 ptg tadi setelah pada seawal pagi terlepas peluang 1 kali menaikannya.Selepas sejam berlalu dari cMajidi menaikkan selunsong di ikuti pula leh cKupek dlm jam 2 ptg memang hantu selunsong jua dengan berat 5.3kg pun jua kecundang seawal pagi sebelum cmajidi kecundang juga.Geng2 kami yg lain menahan asa saja lebih2 lagi aku time kan turun kaja pkul 1 ptg kana msg leh kwn kami cMadi apa buleh buat sabar saja hehehe....Cmadi pun kan turun tapi udang hidup kehabisan lagi tah ia sasak.Anyway this month sdh mula titik permulaan Danau Menjerit Kembali esuk durang turun lagi aku alum dpt sal sibuk untuk acara perayaan ani nungu khabar ja dari durang adiooooos.....tunggu kemunculan da letest dari Danau Menjerit memang unexpected treasure of our fishing spot hidup danau menjerit...! (Teknik no.4&6)

Monday, July 7, 2008

SEJENAK MEMANCING BERSAMA JUNIORKU


Adi Mirza(9thn)1st junior dan Adi Hamizan(4thn)5th junior adalah junior lelakiku yg sdh mengikuti jejak bapanya yg paling ketara anakku Adi Hamizan sejak 3 tahun sdh menampakkan minatnya mengail sampaikan kolam neneknya jadi sasaran tempatnya memancing.Yang sering ku bawa kespot memancing 1st juniorku lah hehehe...dapat jua sdh disuruh.Masa ani aku menanti next junior(coming soon)on october so terpaksa rehat memancing dlm bulan 10 ah tapi our blog akan d update dari masa kesemasa.