Monday, November 7, 2011

BABY DALAK LAGI NI... @ ULU TUTONG

Ahad 6.11.2011 jam 6 pagi...aku, Madi aka Kembayau dan Edin turun di ulu Tutong tujuan kan mengintai barab setelah beberapa hari hujan turun namun nda ada seekor barab pun yang sudi strike lure kami dwn cuma seekor baby dalak saja yang diperolehi uleh Madi menggunakan popper saja, tahniah Madi...hari Sabtu lureh baby barab, ani lureh baby dalak lagi ni...

Sunday, November 6, 2011

MENOMANLAK LAGI NI.. @ EPM

Sabtu 5/11/2011 jam 7 pagi...Cpt Asat Albab, Roy aka Marak dan Hamdan aka Castillo 2, turun di EPM menomanlak menggunakan perahu milik Roy. Roy berhasil menaikkan 3 ekor toman 2ekor dalak.
Hamdan pun berhasil menaikkan seekor toman manakala Asat Albab berhasil menaikkan seekor dalak dan 1x ugat (lepas) toman monster,TAHNIAH semuanya..

Saturday, November 5, 2011

OH BABY HAMPALA @ SG KELAKAS

Sabtu 5.11.2011 jam 4.45 petang...Madi aka kembayau turun membarab di sg Kelakas secara solo dan berhasil dengan seekor baby barab saja menggunakan lure rapala minnow floating, tahniah kawan ah tym hujan saja ni ngam ni kalau membarab hehe...

Wednesday, November 2, 2011

CAST= DALAK VS BOTTOM=BAUNG @ SG KELAKAS BARAT

Rabu 02/11/2011 jam 7 pagi...Cpt Asat Albab bersama Eboy (Roy Jr) menggunakkan perahu milik Roy aka Marak mengambil kesempatan turun membottomcast cuma setengah hari saja di sg Kelakas Barat . Sebelum membottomcast dimulakan, terlebih dahulu durang melawat sebiji bubu percubaan yang baru sehari semalam ditahan uleh Eboy yang cuma seekor udang galah saja yang ada. Selepas atu baru tah kaedah casting dimulakan yang mana Asat Albab berhasil menaikkan 2ekor dalak manakala Eboy alum ada rezekinya.
Selepas atu barulah bertukar dengan kaedah membottom udang galah namun cuma baung saja yang sudi makan umpan Eboy dan Asat Albab, tahniah dengan hasilnya.

MEMBOTTOMCAST @ SG KELAKAS BARAT

Ahad 30.10.2011 jam 10am - 6pm...Roy aka Marak dan Hj Rahim aka Mantun kali ani turun mencuba mengasting dan membottom di sg.Kelakas Barat dengan menggunakan perahu milik Roy. Roy sebagai cpt berjaya menaikkan 3 ekor dalak dengan kaedah kasting manakala membottom lureh 1ekor ikan baung dan 1ekor ikan lampam. Hj Rahim hot mengasting x ani tetapi membotom belureh 1ekor udang galah...tahniah Roy dan Hj Rahim.

Monday, October 31, 2011

PAHAT-PAHAT @ LUBOK SANGKAR

Ahad 30.10.2011 jam 11pagi hingga 2 petang...Jaki sudah berada di lubok sangkar bersebelahan dengan lubok sangkak. Memandangkan masih samak terpaksa tah Jaki meredah pohon bakau yang sebelumnya terdapat pantaran untok durang memancing dan ianya sudah roboh. Jam 3 barulah Jaki mula memancing dan cuma lureh seekor pahat-pahat saja, nda apa Jaki atu baru testing tu..kalau siap pantaran atu bagitau saja dapat jua kan join nanti.

Sunday, October 30, 2011

NADA YANG HOT MENOMANLAK KALI ANI @ EPM

Sabtu 29/10/2011 jam 7 pagi ...operasi menjejaki tomanlak diEPM masih lagi bejalan seperti biasa yang diketuai uleh Roy aka Marak bersama Sofian aka Kuyan dan Cpt Asat Albab menggunakkan perahu milik Sofian. Kaedah casting...Sofian berhasil menaikkan 2 ekor dalak, Asat Albab berhasil menaikkan 2ekor toman dan seekor dalak manakala Roy berhasil menaikkan seekor toman.
Kaedah membottom...Asat Albab berjaya menaikkan 4 ekor toman dan seekor dalak, Sofian bejaya menaikkan 3 ekor toman, Roy berjaya menaikkan seekor toman. TAHNIAH semuanya..k

Friday, October 28, 2011

MAMA UMPAK @ LSG

Khamis 27.10.2011 jam 8 malam, yang turun di lubok SG beraksi Madi, Sofian dan Jaki dan Isteri serta anak nya Join sekaki..,dan Yahya pun menyusul kemudian kerana keracunan habis. Memandang ayer masih menghijau dan beansur pasang membottom dengan 11 batang joran kesemuanya namun cuma joran milik bini Jaki saja yang bertuah menaikkan seekor mama Umpak. Manakala yang lainnya hanya mampu melihat masih hot tanpa sebarang tangkapan hehe.. Tahniah..ada heng bini Jaki atu.

ADA JUA ULEH... @ TUTONG DROP-OFF

Khamis 27.10.2011... Yahya dan 3 orang kawan turun ke Tutong drop-off seawal 7.30 pagi sehingga jam 6 petang yang memakan masa 2 jam untok sampai ke spot yang di tuju. Hasil dari tangkapan Yahya berhasil menaikan beberapa ekor ikan seperti kurisi bali, kerapu dan 3 ekor ikan tidak ketahui spiecesnya.., Tahniah Yahya.., mau beli yang elektrik spool tuuu...hehe..

Tuesday, October 25, 2011

BULAN2 BIKIN NDA JADI HOT @ SG KELAKAS

Isnin 24/10/2011 jam 4.30 ptg...Madi, Hj Rahim dan Jaki turun cast di sg Kelakas dan cuma Madi saja lureh seekor bulan2 1x ugat, Hj Rahim 2x ugat dalak kira hot sudah tu apalagi Jaki yang awal mulih pun hot tah jua hehe...tahniah Madi.

Monday, October 24, 2011

AING T C KAW BUKAN PENGHALANG UNTOK MEMBARAB @ ULU TUTONG

Isnin 17/10/2011 jam 2.00 petang...Yus bersama kawan setugasnya seramai 4 orang yang sudah awal2 lagi membuat rancangan untok bemalam di ulu Tutong selama 6 hari menjejaki serigala sungai sudah pun tercapai tetapi sayangnya setelah beberapa hari sudah berada di ulu dan dari mula2 datang ayer sungai sudah pun macam Tea C kaw2 sehinggakan durang kan balik disebabkan hujan saja. Oleh kerana semangat kental sikap memajal atu ada akhirnya Yus casting dan berhasil jua menaikkan 7ekor barab cuma 3 ekor barab saja yang sempat diambil gambar manakala kawan2nya yang membottom berhasil jua menaikkan beberapa ekor baung, buntong dan lain2 cuma nda bergambar saja, TAHNIAH Yus dan kawannya..

MENGUNGAH @ LUBOK SANGKAK

Ahad 23.10.2011 jam 10 pagi...Cpt.Sofian, Jaki dan Yahya turun membottom di lubok sangkak dan cuma 2 ekor ungah dan kalikitok yang tewas dinaikkan uleh Yahya sahaja. Manakala Cpt Sofian cuma belureh kangbedu dan Jaki hanya lureh utek dan kalikitok..sahaja. Tahniah semuanya yang penting nda ada yang hot hehe...

KETAMBAK GORENG KERAPU STIM @ JBS

Sabtu 22.10.2011 malam...antara yang turun di lubok JBS(jambatan belum siap) Labu,Nejam dan Azmi yang mana ingin menyampaikan hajat Neejam yang sudah 6 bulan lamanya berehat. Rawe, Gulin dan Hensem Boy nda jadi join disebabkan nda ada umpan. 1st strike... Neejam berjaya menaikkn seekor ketambak hasil dari pertolongan Azmi. 2nd strike Neejam yang menggunakan kerikan pun berhasil menaikkan seekor kerapu lagi dan selepas atu Labu menaikan seekor gelama tapi nda bergambar. Manakala Azmi alum ada rezekinya setelah disaat2 akhir pancingnya disambar ikan monster misteri yang telah berhasil melepaskan dirinya, tahniah Neejam dan Labu.

2 EKOR DALAK TEWAS TETAP ADA YANG HOT @ LUBOK KUCING

Ahad 23/10/2011 jam 3 petang...Roy aka Marak bersama Asat Albab turun mendalak di LUBOK KUCING yang mana Asat Albab berhasil menaikkan 2ekor dalak,2x ugat (lepas) dan 1x miscall manakala Roy kali ani alum ada rezekinya cuma ugat (lepas) dan miscall saja, hot tia bah kali ani hehe..TAHNIAH Asat Albab..

Sunday, October 23, 2011

BERHASIL LAGI OPS MENOMANLAK @ EPM

Sabtu 22/10/2011 7 pagi...Cpt Asat Albab turun di epm menggunakan perahu milik Roy aka Marak disertai uleh Madi aka Kembayau dan Hj Rahim aka Mantun menggunakan perahu milik Roy aka Marak. Dengan kaedah casting...Madi berhasil menaikkan seekor toman berat 2kg, Asat Albab lureh seekor dalak manakala Hj Rahim cuma ugat (lepas) dan miscall saja. Kaedah membottom cuma Madi saja yang berhasil menaikkan 2ekor toman, Cpt Asat Albab dan Hj Rahim cuma ugat (lepas) saja,TAHNIAH semuanya..

MANCING TILAPIA @ LUBOK MARAK

Sabtu 22.10.2011 petang...Roy aka Marak dan Budy bertukar citarasa turun memancing talapia kali ani di lubok Marak. Roy belurih 22 ekor talapia dan Budy lureh beblasan ekor talapia nda lagi tekira bah, tahniah Roy dan Budy.

Saturday, October 22, 2011

CINTA 3 SEGI MJ DENGAN HUSKY JERK TIGERKU @ LUBOK LENA

Jumaat 21.10.2011 pagi...aku sama Babah turun castbottom di lubok lena lagi menggunakan perahu Babah. 1st strike seekor pahat2 terpikat dengan rapala husky jerk milik ku dan setelah atu sekali lagi husky jerkku membuat kejutan tanpa diduga 2 ekor ungah aka mak janda sekaligus dalam satu masa terpikat kan husky jerk lagi baru ya macam cinta 3 segi, jangan nda pecaya ah haha...
Selepas atu giliran Babah lagi menaikkan seekor mj dengan menggunakan lure rapala td. Manakala membottom aku lureh seekor baby kerapu(release balik) dan Babah pun lureh seekor kerapu jua.
Sebelah petangnya...Sofian aka Kuyan turun menggunakan perahunya di Kuala Tutong bersama Madi aka Kembayau dan Yahya aka Sangkak yang mana Madi belureh seekor ungah uleh membotom mengunakn umpan banting2 uleh durang merambat yang cuma 2 ekor saja. Yahya lureh seekor langut manakala Sopian hot kali ani yang cuma mengasting saja telah pun kena strike kancang sekali tapi sayangnya putus.