Monday, May 16, 2016

RENEW SEBARAU AKA BARAB 1ST BLOOD OFMER ZARINHA @ ULU TUTONG


Ahad 15.5.2016 tghri... Sudah masuk 2 minggu nda membasahi set casting ku terasa lama jua menunggu kelapangan untuk beraksi semula bersama kawan dan baru kali ani ada kelapangan. Aku bersama Madi dan Aliadee bercadang untuk cast ikan air tawar iaitu di ulu Tutong untuk menjejak barab, badus dan dalak yang belum lagi renew lagi tahun ani. Setelah beberapa spot kami jelajah dari pagi semuanya air keruh akhirnya disalah sebuah sungai yang kelihatan airnya jernih sedikit tanpa membuang masa kami terus mencuba yang mana Aliadee terlebih dahulu pembuka tirai menaikkan seekor dalak menggunakan sp trigeer x. Aku mencuba dengan gewang top pensil Ofmer Zarinha yang masih dara berkali2 mencuba akhirnya berjaya memikat seekor barab aka seberau sekaligus renew lesen barab tahun ani manakala Madi cuma miscoll saja. Disebabkan cuaca yang terlalu panas waktu tengah hari membuatkan kami nda tahan dan no strike lagi , kami pun balik.

Monday, May 2, 2016

BETUTU 4KG @ LUBUK INSUT-INSUT

KHAMIS 28/04/201 Jam 4 petang... Ops Landbase masih jua diteruskan tetapi kali ani disertai seramai 3 orang iaitu Asat, Ebel dan juga Man di LUBUK INSUT INSUT yang mana Ebel bejaya menaikkan seekor barap sekali gus renew lesen barabnya tahun ani. Man dengan kaedah casting dan membottom jua berhasil menaikkan 2 ekor belida dan seekor ikan keli ( keli Thailand ) sayangnya nda bergambar manakala Asat yang teracun bottom meminjam kail milik Man mencuba membottom dan nda sampai 5 minit melaboh kail berhasil menaikkan seekor betutu berat 4 kilo dan juga sekali gus betutu pertama baginya tahun ani. TAHNIAH Asat,Ebel dan Man....
Atikel oleh Asat.