Tuesday, April 29, 2014

IKAN SULIT LESEN PERTAMA JR KU @ PERAIRAN TUTONG

Ahad 27.4.2014 pagi... trip bottomjigpopjun di perairan Tutong kali ani disertai oleh Bob, Ahmad, Bugul, aku yang baru lepas balik bertugas jam 6 pagi dan juniorku Mizan yang pertama kali ikut turun kelaut. Lesen laut dalam yang diperolehi juniorku 2 ekor ikan sulit dan aku lureh seekor sulit. Memandangkan juniorku sakit kepala nda tahan kepanasan dan aku lagi mabuk free disebabkan nda cukup tidor terpaksalah setengah hari saja manakala yang lainnya menyambung sampai kepetang dan berhasil dengan bermacam2 jenis ikan seperti ayam laut, temanong bajai, pisang2, basong dan lain-lain lagi...

Sunday, April 27, 2014

KERAPU M VS MJ @ BANGAU

Jumaat 25/4/2014... hampir sebulan lebih Sham nda turun boatbase kali ani Sham bersama Adyzam mencatar bot untuk boatbase casting di Bangau, Alhamdulillah... walaupun keadaan air kurang memuas kan, Adyzam lureh sekor ungah manakala Sham  lureh seekor baby kerapu m. Tahniah Sham dan Adyzam yang penting no kumpawww.

Saturday, April 26, 2014

PESTA PELAYAK @ BUKIT AGUK


Rabu 23/4/2014 jam 6pagi hingga 4.30 ptg... Rudy bersama bapa dan adinya 2 orang Buntui dan Azri turun membottom di bukit aguk yang mana Rudy berhasil menaikkan 7 ekor pelayak(renew) manakala bapanya 1 ekor playak, Buntui lureh 3 ekor dan Azri lureh 2 ekor pelayak, tahniah semuanya....

Tuesday, April 22, 2014

TRIP MENENGGIRI @ PERAIRAN TUTONG

Ahad 20.4.2014 pagi... trip menenggiri di perairan laut Tutong dan Jerudong  menggunakan perahu milik Asmadi antara yang terlibat aku, Asmadi, Ahmad, Madi dan Khairul(Cpt) cuma berhasil dengan 2 ekor tenggiri saja yang diperolehi oleh Asmadi dan Madi namun ikan2 lain pun berhasil dinaikkan oleh kami seperti tongkol, pisang2, Santak, Ayam Laut, Kerapu dan lain2 lagi. Alhamdulillah... trip kami semua no kumpawww...

Monday, April 21, 2014

LUREH PELAYAK AKA KAROK LAUT LAGI @ DANAU

Ahad 20.4.2013 pagi... sekian lama abang Dadih nda beraksi kali ani Yawang meluangkan masa untuk membottom di Danau dan belureh dengan seekor pelayak, tahniah Yawang.

Saturday, April 19, 2014

PECAH PERIUK AKA PELAYAK AKA KAROK LAUT SUDAH RENEW @ DANAU

Khamis 17.4.2014 pagi... Rimi turun membottom lagi di Danau tujuan kan mengintai selunsong namun nda berhasil cuma seekor pelayak saja yang sudi strike pancingnya berumpankan dengan udang hidup yang penting sudah renew lesen pelayaknya, tahniah Rimi.

Thursday, April 17, 2014

1ST CAST TARUS STRIKE MAMA BARAB @ ULU TUTONG

Jumaat 11.4.2014 petang... Danan mengambil kesempatan membarab di ulu Tutong selepas ada green light balik awal dari instructor sekolah yang mana berhasil dengan seekor mama barab menggunakan gewang sp baru jua sekali cast... tahniah Danan terkaran tu kana mama barab.

Friday, April 11, 2014

SESI POP DAN CAST @ PILONG ROCK & BANGAU

Rabu 8/4/2014 jam 9 pagi... trip popping di Pilong Rock disertai oleh Edin, Boy(Zaidi), Zamri & Boy (Wandi) menggunakan perahu milik Boy(zaidi). Boy(zaidi) menaikkan seekor Tenggiri berat 2kg lebih hasil popping manakala 3 orang kumpawww. Sebelah tengahari durang pindah tempat menuju ke Bangau yang mana Edin berhasil menaikkan seekor kerapu m, Boy(wandi) lureh seekor kerapu dan Zamri kumpawww...tahniah yang nda kumpawww...

Tuesday, April 8, 2014

1ST LESEN BARRA ULEH BOTTOM PAKAI BC @ DANAU

Isnin 7.4.2014 pagi... misi membottom di Danau kaki ani disertai oleh Bebeh dan Khairul memandangkan air macam tea c kaedah casting dilupakan dan tertumpu dengan kaedah bottom yang mana Khairul menggunakan set bc untuk casting terpaksa digunakan untuk bottom jua yang baru melabuh umpan terus kena strike oleh seekor barra berat 5 kg labih berjaya ditewaskan olehnya merupakan 1st lesen baginya manakala Bebeh kumpawww...tahniah Khairul.

Monday, April 7, 2014

LELEH ULEH BOTTOM @ SG KELAKAS

Sabtu 5.4.2014 jam 4.30 petang... Hj Rahim turun castbottom secara solo di sg Kelakas. Memandangkan casting nda ada hasil, Hj Rahim betukar kepada kaedah bottom yang mana berhasil dengan seekor ikan keli aka leleh. Tahniah Hj Rahim...

Saturday, April 5, 2014

MJ & SUMPIT2 KEHUJANAN @ BEKUKU ISLAND


Jumaat 4.4.2014 pagi... aku, Ahmad dan Madi boatbase casting lagi di sekitar bekuku island walaupun kandung hujan tetap jua diteruskan yang mana Madi lureh seekor mj dan Ahmad lureh seekor sumpit2 manakala aku kumpawww lagi....

Friday, April 4, 2014

KERAPU TYM @ BANGAU

Ahad 30.3.2014 pagi... aku, Asmadi, Khairul dan Dsdih mencatar bot untuk boatbase lagi di Bangau yang mana Khairul lureh 2 ekor kerapu komando. Aku lureh 2 ekor kerapu m, Asmadi lureh seekor ungah, seekor titir dan 6 ekor kerapu m manakala Dadih lureh seekor kerapu m. Alhamdulillah... semuanya nda kumpawwww....

Thursday, April 3, 2014

MISI MENOMANLAK ENJIN ROSAK KAIL GUGUR @ EPM


Sabtu 29.3.2014  jam 7pagi... Roy, Pian dan Rudy (abg ipar Pian) misi menomanlak menggunakan perahu milik Rudy yang mana Roy menewaskan 4 ekor hasil casting dan  1ekor hasil bottom. Rudy  2ekor  toman hasil casting dan 1ekor toman hasil bottom manakala Pian 1ekor toman saja hasil cast.  Disebabkan kerosakkan enjin perahu dan joran conolon dan spool milik Roy terjatoh semasa toman strike  ketika membottom  akhirnya operasi  dihentikan terpaksa berkayuh balik. Tahniah semuanya...

Tuesday, April 1, 2014

KURAU & PARI ULEH MEMBOTTOM @ DANAU

Sabtu 29.3.2014 pagi... Bugul turun membottom secara solo di Danau kali ani berhasil menaikkan seekor kurau dan seekor pari...tahniah Bugul.