Thursday, January 31, 2013

FLY KECUNDANG, ULTRALIGHT TEWASKAN BARRA @ AMAZON

Selasa 29.1 2013 petang...aku dan Madi turun di lubok Amazon setelah sekian lama nda di aga. Aku yang menggunakan teknik memfly dibuli habis oleh ikan monster 2x setelah atu aku pun menukar kaedah casting menggunakan set ultralight 4lbs dan akhirnya berjaya memperdayakan seekor selunsong(renew)berat 2kg dengan menggunakan lure rapala ultralight shad4 manakala Madi kumpowww..

RENEW LESEN MJ & SUMPIT2 @ BEKUKU

Isnin 28.1.2013 pagi....Jun(cpt) bersama Edin dan Ak Firdaus turun lagi untok membawa Edin kan merenew lesen mj yang mana Edin berhasil jua renew seekor mj dan seekor sumpit2. Jun berhasil menaikkan seekor mj jua manakala Ak Firdaus cuma jadi cameraman saja buat kali ani...tahniah Edin dan Jun.

Tuesday, January 29, 2013

MAMA MJ LANDING TYM @ BEKUKU

Ahad 27.1.2013 pagi....2 buah bot STA turun di Kuala Tutong kali ani yang mana bot milik Edin sekaligus jadi captain bersama Memet berhasil memikat 2 ekor mj...Edin kumpowww buat kali ani manakala bot milik Bugul pula di anggotai uleh Ahmad(cpt) bersama Asmadi yang cuma berhasil menaikkan seekor mj saja uleh Asmadi manakala Ahmad kumpowww jua, tahniah Memet dan Asmadi.

LESEN FLY MOON2 RENEW @ BURONG LEPAS

Ahad 27.1.2013 pagi....aku bersama DD(Adek ipar) selaku captain bot turun cast dan memfly di sg burong lepas yang mana aku berhasil renew lesen bulan2 3 ekor sekaligus dengan kaedah fly manakala DD 1st tym mengasting berhasil dengan 1st lesen bulan2nya.

Sunday, January 27, 2013

MJ SEBOTAJ LUREH SUMPIT2 @ LENA & BEKUKU

Jumaat 25.1.2013 pagi...aku, Ak Firdaus dan Jun(cpt) turun cast di Danau dan di Kuala Tutong lagi. Harapanku kan renew lesen mj nda kesampaian cuma seekor sumpit2 saja yang mampu aku renew di bekuku menggunakan set ultralight 4lbs. Ak Firdaus lureh seekor baby mj di lubok lena dan dilepaskan semula ketempat asalnya manakala Jun kumpoww kali ni....

Saturday, January 26, 2013

BARRA N SUMPIT-SUMPIT DAH RENEW @ BURONG LEPAS

Khamis 24.1.2013 pagi...selesai dari mengikuti perarakkan sambutan Maulidul Rasul, Babah bersama Boy turun casting di sungai Burung lepas setelah sekian lama menyepi dan kali ani turun untok mencuba nasib renew lesen 2013. Babah berjaya menaikkan seekor selunsong dengan menggunakan Rapala Tdd parot dan seekor sumpit-sumpit menggunakan Rapala Tdd cammo manakala Boy kumpowww...tahniah Babah udah renew lesen barra dan sumpit2.

Tuesday, January 22, 2013

BABY GT SAJA TERGODA DENGAN STORM @ TAPAU ISLAND

Ahad 20.1.2013 pagi....aku, Ahmad dan Bebeh turun di tapau island kan menjejak mj lagi namun misi kami gagal cuma seekor baby gt saja yang terpikat kan lure storm milik Bebeh manakala aku sama Ahmad kumpowww lagi....

Sunday, January 20, 2013

MJ VS ZEREK @ SG DANAU

Jumaat 18.1 2013 pagi..  trip cast stghari Jun, Ak Firdaus dan Bebeh di sg Danau kali ani kurang membrangsangkan cuma Jun saja berhasil menaikkan seekor mj dengan menggunakan sp zerek manakala yang lain kumpawww....tahniah Jun.

Saturday, January 19, 2013

KAMI BUDAK BARU BELAJAR DAH DAPAT MJ @ SG DANAU

Rabu 16.1.2012 7pagi-12tghri...Jun bersama rakan setugas yang baru belajar casting turun di sg Danau dan kuala Tutong memang berbaloi jua nda mnghampakn berjaya menaikkan 5 ekor mj dan seekor sumpit2, tahniah semuanya....
DIKESEMPATAN INI SAYA WAKIL DARI SEMUA MEMBER2 STA INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT ULANG TAHUN KEPADA ASAT ALBAB SEMOGA PANJANG UMOR DIMURAHKAN REZEKI SEHAT WALAFIAT SUKSES SELALU BAHAGIA DISAMPING KELUARGA TERSAYANG AMIN.....

Thursday, January 17, 2013

1ST MJ ULEH MEMBOTTOM @ DANAU

Khamis 17.1.2013 jam 8 pagi....Rimi memulakan aktiviti membottom tahun baru di Danau bersama kawannya walaupun keadaan air masih macam tea c namun berhasil jua Rimi dengan seekor ungah pertamanya, tahniah Rimi.

MJ VS KERAPU M @ DANAU

Rabu 16.1.2013 pagi...Ak Firdaus dan Jun beraksi lagi mengintai mj di Danau walaupun dalam keadaan air yang masih lagi kabut macam Tea C Kaw namun tidak menghampakan yang mana 1st strike Jun berjaya menaikkan seekor mj.. 2nd strike Ak Firdaus berjaya menaikkan seekor kerapu minyak berat dalam 2kg....tahniah..
Muka ada senyuuummm....

Wednesday, January 16, 2013

RENEW LESEN DALAK 2013 @ EPM

Selasa15.1.2013 jam 7 pagi...Memet bersama Mion(abangnya) turun cast untok renew lesen toman dan dalak di epm, hanya seekor dalak saja berhasil dinaikkan oleh Memet dengan menggunakan scum frog manakala Mion kumpow..tahniah Met

Sunday, January 13, 2013

TEST2 D.O.A SHRIMP LUREH KERAPU M LAGI... @ BANGAU

Jumaat  21.1.2013 pagi....Jun bersama rakan setugas turun buat kali ke2 di kawasan bangau untok mencuba dengan sp d.o.a shrimp lagi dan kali ani cuma berhasil dengan kerapu minyak saja. Syukur jua tu ada strike daripada kumpowww hehe...tahniah Jun

Saturday, January 12, 2013

BB VS MJ @ PIPELINE & BEKUKU ISLAND

Jumaat 11.1.2013 pagi... Memet turun cast di spot biasa bersama Rajak (brother) dan Ijam(ank buah). Di lubok harapan lures storm milik Memet yang baru dimilikinya kana tapau namun berhasil menapau balik 2 ekor mj di kawasan pipeline manakala di bekuku island Memet berhasil menaikkan 1 ekor mj, alu2 (renew lesen) dan sumpit2..Rajak yang baru join turun berjaya menaikkan seekor baby kanai aka tembaring aka blackbass  merupakan kanai pertama sememangnya ikan idaman yang di impikan oleh setiap caster2 namun tak semudah itu untok didapatkan.. Manakala ijam kompow lagiii...

Wednesday, January 9, 2013

LESEN BARAB RENEW @ ULU TUTONG

Isnin 7.1.2013 pagi...selesai dari membuat kerja Ahmad mengambil kesempatan mencuba untok renew lesen barab kebetulan masa atu ditugaskan di ulu Tutong. Alhamdulillah... walaupun baby barab tapi berhasil jua renew lesen barabnya dan dilepaskan semula kehabitat asalnya, tahniah Ahmad.

Tuesday, January 8, 2013

D.O.A SHRIMP MENGGODA LAGIII.....@ BANGAU

Jumaat 4.1.2012 7 pagi.... Jun turun cast bersama kawan setugas Judin dan Daus selajur kan minta ajar cast di Bangau dengan mencatar sebuah bot.Hasil kesemua tangkapan 10 ekor kerapu dan 1ekor ungah dengan menggunakan sp D.O.A Shrimp saja yang mana Jun berahsil menaikkan 4ekor kerapu minyak, tahniah semua...

Monday, January 7, 2013

RENEW LESEN MJ 2 EKOR LAGI...@ LUBOK TAPAU

Jumaat 4.1.2013 pagi.... Ak Firdaus dan Ahmad popper(cpt) turun memj untok merenew lesen mj 2013 setengah hari saja di spot biasa...Pada awal pagi  hujan masih lagi turun nda mematahkan semangat durang tetap juga diteruskan...Strike pertama storm milik Ahmad terlepas seekor mj bila saat2 didaratkan dekat perahu dari single hook yang digunakan. Strike kedua gewang duel milik Ak Firdaus berjaya memikat seekor mj di spot yang sama sekaligus renew lesen mj pertama. Strike ke3 waktu saat2 akhir mau balik ke jeti, barulah Ahmad berjaya mendaratkan seekor mj(renew) dan terselamat dari kumpowwww, tahniah Ahmad dan Ak Firdaus.

Saturday, January 5, 2013

3 LESEN SUDAH RENEW @ KUALA TUTONG & DANAU

Jumaat 4.01.2013 jam 7.00am....Memet bersama anak buahnya Ejam turun casting buat kali pertama pada tahun 2013 d lubok kuala Tutong dan Danau yang mana cuma Memet saja berjaya renew lesen mj 2ekor, 2 ekor sumpit2 dan seekor kangbedu hanya menggunakan gewang ofmer red head dan clown manakala Ejam kumpow..tahniah Met

Thursday, January 3, 2013

1ST MJ RENEW @ DANAU

Selasa 1.1.2013 pagi....pembukaan bagi tahun baru Jun turun cast secara solo di Danau dan berhasil memperbaharui lesen mj pertamanya dengan menggunakan sp d.o.a shrimp, tahniah Jun.