Saturday, December 31, 2011

DALAK AKHIR TAHUN @ SG KELAKAS

Sabtu 31.12.2011 jam 6.30 hingga 7.45 pagi...Jaki turun secara solo mengambil kesempatan untok mendalak penghujung tahun di sg Kelakas dan berhasil dengan seekor dalak saja...Tahniah Jaki..dalak end of year..

Friday, December 30, 2011

KURAU ULEH MEMAJAL HARI KE2 @ DANAU

Khamis 29.12.2011 jam 6.30 pagi...Edin turun membottomcast buat hari ke2 di Danau setelah nda belureh pada hari pertama dan kali ani berhasil dengan seekor Kurau berat 3kg dan selepas atu jorannya kena strike lagi tapi sayangnya terlepas yang mana belum lagi diketahui ikannya, tahniah Edin.

Thursday, December 29, 2011

OPS MENOMANLAK PENGHUJUNG TAHUN 2011 @ EPM

Isnin 26/12/2011 jam 7 pagi...sebelum penutup tahun 2011 masih lagi rancak ops menomanlak EPM diteruskan yang disertai uleh Cpt Asat Albab bersama Roy aka Marak dan Hj Rahim aka Mantun menggunakan perahu milik Sofian aka Kuyan. Kaedah casting...3 ekor toman tewas ditangan Roy.
3 ekor dalak tewas ditangan Hj Rahim.
Manakala seekor toman dan 2ekor dalak tewas ditangan Asat. Keadah BOTTOM...5 ekor toman tewas ditangan Hj Rahim,6 ekor toman tewas ditangan Asat manakala Roy nda ada heng membottom,TAHNIAH Roy,Hj Rahim dan Asat..

Tuesday, December 27, 2011

SELUNSONG MONSTER 12KG HO...HO...HO...@ DANAU

Ahad 25.12.2011 jam 5pagi...Bugul turun membottom seorang saja di Danau walaupun air masa atu surut plus beumbak namun masih jua cekal menunggu dengan berumpankan udang king size akhirnya pada jam 8.15pagi, Bugul berhasil menaikkan seekor selunsong monster berat 12kg dan dalam masa yang sama ketika bermain dengan selunsong monster kail milik Bugul yang satu lagi telahpun kena strike sehinggalah kehabisan mainlinenya nda lagi telayan he..he..Tahniah Bugul untok rekod selunsong terbesar merupakan hasil yang ke4 baginya tahun ani .

DAY 2 BB TRIP @ MENUMBOK SABAH

Sabtu 24.12.2011 jam 6 petang...kami turun lagi pada hari ke2 mencuba memburu BB Menumbok dengan orang yang sama yang mana boat 1 dipandu oleh Cpt Pis Sangz..Babah berhasil menaikkan seekor ungah berat 2kg, 2 ekor alu2 dan seekor kerapu. Aku menaikkan 2 ekor alu2, 2 ekor kerapu dan 3 ekor sumpit2.
Manakala Cpt Pis Sangz lureh seekor kerapu saja.
Manakala boat 2 dipandu uleh Cpt Hardy...Cpt Hardy sendiri lureh 5 ekor kerapu. Kingfisher lureh 2 kerapu dan seekor alu2 manakala Madi cuma lureh seekor sumpit2 saja. Walaupun misi kami memburu Black Bass tak sukses namun kami tetap puas hati sepanjang kami berada di Menumbok sekurang2nya pancing kami sudah beraksi diperantauan orang dan berhasil juga tak tangan kosong. Buat Pis Sangz dan Hardy terimakasih atas kerjasama kamu berdua melapangkan masa untok membawa dan sekaligus menjadi jurupandu boat kami di sana, jasa baik anda sangat2 kami hargai dan kami sentiasa mengingati kamu dan kami ingin memohon maaf jika sekiranya ada percakapan atau kelakuan kami yang menyinggung perasaan selama berada di sana, ingat LU SAPA? INGAT KAMI BEREMPAT...INSYAALLAH TAHUN DEPAN KAMI REPEAT BALIK...

Monday, December 26, 2011

DAY 1 BB TRIP @ MENUMBOK SABAH

Jumaat 23.12.2011 jam 5 pagi...trip BB menumbok pada hari pertama pun bermula yang disertai uleh aku , Babah, Madi dan Kingfisher Yozuri(AK) manakala caster dari Sabah pula disertai oleh Pis Sangz(Huntez) dan Hardy(Tuyan) sebagai jadi jurupandu boat kami. Aku berhasil menaikkan seekor Ikan putih, 2 ekor titir aka alu2, seekor kerapu dan seekor sumpit. Babah berhasil dengan seekor kerapu saja dan sekali terlepas menaikkan alu2.
Manakala Pis Sangz menjadi capt boat kami berhasil dengan seekor ungah aka mj, beberapa ekor kerapu dan 2 ekor titir aka alu2.
Madi berhasil dengan seekor kerapu dan seekor alu2. Kingfisher berhasil seekor kerapu saja manakala Hardy sebagai capt boat durang berhasil dengan seekor ungah saja. Tahniah semuanya nda ada yang hot ni..
Dari kiri Sham Jida aka Babah, Pis Sang(huntez), Hardy(Tuyan), aku, Kingfisher Yozuri(Awangku) dan Madi aka Kembayau.

TOMAN HO...HO...HO... @ EPM

Ahad 25.12.2011 jam 7am to 6pm... ops menomanlak kali ani dianggotai Cpt Sofian aka kuyan sama Ronie aka Sintak. Kaedah casting...hanya Ronie saja lureh 2 ekor toman 1 x ugat lapas toman monster. Cpt Sofian cuma ugat lapas dan 1 x ugat lapas toman monster alum tah ada rezeki tu..Kaedah membottom baru tah Cpt Sofian lureh toman 3 ekor manakala Ronie pun lureh 2ekor toman, tahniah nda hot semuanya.

DOUBLE HOOK TOMAN MONSTER @ EPM

Sabtu 24/12/2011 jam 7 pagi...Ops menomanlak 2 perahu iaitu Cpt Asat Albab bersama Hj Maidin dan Fadli aka Og menggunakan perahu milik Hj Musa. Manakala yang sebuah lagi milik Sofian aka Kuyan yang disertai uleh Roy aka Marak dan Jaki aka Sangkar. Penumpang cpt Sofian dengan keadah casting...4 ekor toman dan 2ekor daripadanya toman monster sama berat 5kg tewas ditangan Roy, 2ekor toman tewas ditangan Jaki. Kaedah bottom...3ekor toman tewas ditangan Jaki manakala Roy alum ada rezekinya membottom.
Penumpang Cpt Asat Albab dengan kaedah casting...2ekor toman dan 2ekor dalak tewas ditangan Cpt Asat Albab, seekor lagi toman tewas ditangan Hj Maidin dan seekor dalak tewas ditangan Fadli. Keadah BOTTOM...2ekor toman tewas ditangan Hj Maidin manakala Asat Albab dan Fadli alum ada rezeki membottom. TAHNIAH SEMUANYA..

Sunday, December 25, 2011

OPS MENOMANLAK 91 @ EPM

Khamis 22.12.2011 jam 6.45 pagi...ops menomanlak kali ini di anggotai oleh Cpt Sofian aka kuyan, Rroy aka marak dan Yahya aka sangkak. Walaupun hujan dari subuh hingga tengah hari, durang tetap jua memajal hingga berhasil 9ekor toman dan 1 ekor dalak. Yahya memperolehi 1 ekor toman kaedah casting 3 ekor toman kaedah bottom salah satunya berat 2.5kg. Roy lureh 1 ekor dalak kaedah casting dan 2 ekor toman dengan kaedah bottom manakala Sofian lureh 1 ekor toman kaedah casting dan 2 ekor toman kaedah bottom. Tahniah semuanya yang pentingnya nda ada hot hehe..

Friday, December 23, 2011

MISI MEMBARAB BERTUKAR MEMBASAH DISEBABKAN DALAK 1.3KG @ ULU TUTONG

Selasa 20.12.2011 jam 5 petang...misi membarab di ulu Tutong kali ini disertai uleh aku, Memet, Mahadir, Jun, Helmi dan seorang lagi rakannya. Namun nda ada seorang pun berhasil menaikkan seekor barab cuma seekor dalak berat 1.3kg berjaya dinaikkan ulehku menggunakan lure popper strike pro yang mana misi membarab bertukar menjadi membasah disebabkan hendak menaikkan dalak tersebut aku tergelincir dan apalagi tarus terjun cantek jadinya haha...sampaikan fishgripper yang ku pegang nda lepas dari genggamanku menyukarkan untok ku berenang gaya bebas lebih2 lagi masa atu aku memakai selipar yang masih terlekat dikakiku hehe...akhirnya dapat jua survive ketambing tapi habis stamina ulehnya, lama sudah nda swimming haha...

Wednesday, December 21, 2011

OPS MENOMANLAK 431 @ EPM

Isnin 19/12/2011 jam 7 pagi...Cpt Asat Albab bersama Roy aka Marak dan Hj Maidin seperti biasa turun menomanlak di EPM menggunakan perahu milik Sofian aka Kuyan dengan kaedah CASTBOTT. Kaedah casting...3 ekor toman tewas di tangan Roy,seekor toman lagi tewas di tangan Hj Maidin manakala Asat Albab kurang bernasib baik tewas uleh toman. Kaedah bottom...3 ekor toman tewas di tangan Asat, seekor toman lagi tewas di tangan Roy manakala Hj Maidin alum ada rezekinya 3x tewas uleh toman..TAHNIAH Roy, Hj Maidin dan Asat Albab.

Tuesday, December 20, 2011

MISI MEMBULAN 1ST & 2ND DAY @ LUBOK MINYAK

Hari Pertama
Isnin 19/12/2011 jam 6.30 pagi...Sofian aka kuyan dan Madi aka kembayau kali ani membulan di lubok minyak. 1st strike.. lure Madi kena strike uleh mama bulan2 dgn kuat kira2 25 saat bermain setelah sampai saja di tambing, mama bulan2 tersebut berjaya melapaskn diri. Selapas 2 jam berlalu baru tah Sofian berhasil dengan seekor bulan2 merupakan 1st lesen baginya, tahniah Sofian dengan lesen bulan2.


Hari Kedua
Selasa 20/12/2011 jam 6.30 pagi...Kali ani Sofian turun membulan bersama dengan Roy lagi yang mana Roy berhasil dengan 3 ekor bulan2 manakala Sofian berhasil dengan 2 ekor bulan2 saja. Tahniah Roy & Sofian.

SUDAH GELAP...BARAB TUNJUK BELANG @ ULU TUTONG

Ahad 18.12.2011 jam 5 petang...sekian lama aku nda turun membarab di ulu Tutong, kali ani aku turun bersama Jun sama wifenya, Mahadir dan seorang lagi rakan durang. Percubaan awalnya nda mendatangkan hasil namun kami masih jua memajal sehinggalah hari sudah gelap kira2 pada jam 6.30 petang...aku membuat percubaan pada spot yang sama dengan menggunakan lure rattlin strikepro akhirnya kena strike jua uleh barab monster yang berjaya mengeluarkan tali dari spolku sehinggalah tersangkut pada reba dan membuatkan leader berkley vanish 15lb terputus. Percubaan ke2...kali ani ku gunakan lure rapala TD7 dan cast secara samar2 disebabkan terlalu gelap dan akhirnya kena strike jua uleh barab, nyaman jua hati walaupun kecundang pada mula2nya hehe...manakala Jun, Mahadir dan kawannya belum ada rezeki...sabar saja next tym lagi mencuba andangnya tu...lain kali bawa lure atu cukup2 ah hehe...

Monday, December 19, 2011

UNGAH SOLO TYM OMBAK RINDU @ DANAU

Ahad 18.12.2011 pagi...Bugul sekian lama menyepikan diri dalam arena pemancingan atas sebab2 tertentu kini kembali aktif lagi turun membottom di Danau bersama kawannya Roy walaupun keadaan di sana masih berombak lagi namun rezekinya jua belureh seekor ungah saja, tahniah Bugul.

BARABLAN NDA MARIII..TAPI DALAK MARI... @ SG KELAKAS

Ahad 18.12.2011 jam 9.30 hingga 10.30 ...Jaki turun secara solo lagi di sg Kelakas untok membulanlakrab dan cuma berhasil menaikkan 2 ekor dalak saja manakala 3 kali ugat (lepas)..barablan tak mari tapi dalak marii... Tahniah jaki.


SAYA MEWAKILI MEMBER2 STA SEMUA INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT PENGANTIN BARU KEPADA KUPEK YANG MELANGSUNGKAN PERKAHWINANNYA KEMARIN 18.12.2011 SEMOGA BERBAHAGIA DAN BERKEKALAN HINGGA KEAKHIR HAYAT DISAMPING ISTERI TERSAYANG AMIN...

Sunday, December 18, 2011

OPS MENOMANLAK 663 @ EPM

Sabtu 16/12/11 pagi...antara yang turun ops menoman kali ani Roy aka marak, Sofian aka kuyan dan Madi aka kembayau menggunakn perahu Sofian. Roy aka marak berhasil menaikkan 1 ekor dalak dan 1 ekor toman dengan kaedah casting manakala dengan kaedah bottom 1 ekor toman saja.
Sofian menaikkan 6 ekor toman... 1 ekor uleh cast dan 5 ekor uleh membottom manakala Madi lureh 6 ekor toman 2 ekor uleh cast dan 4 ekor uleh membottom. Jumlah keseluruhannya 1 ekor dalak dan 14 ekor toman... Tahniah kepada yang belureh nda ada yang hot kali ani hehe...

GOLDUST VS HAMPALA @ ULU TUTONG

Sabtu 17.12.2011 petang...Danan aka Labooh yang sekian lama nda membarab kali ani turun membarab solo di ulu Tutong selepas waktu bekerja. Dengan menggunakan lure rapala golden, Danan berhasil menaikkan 3 ekor barab yang mana 2 ekor nda sempat begambar di sebabkan battery hp low..tahniah Danan.

Saturday, December 17, 2011

MENGUDANGLAKDUS @ SG TERABAN

Khamis 15/12/11 pagi...Madi aka kembayau, Edin aka urop dan Kujik turun disungai Teraban yang dipelawa uleh AJIJUL(rakan setugas Edin) dengan menggunakan perahu miliknya. Jam 10 pagi-3 petang...sesi mengail udang galah telah pun sukses yang mana masing2 telah pun berhasil menaikkan beberapa ekor udang galah.
Setelah jam 3petang...air pun sudah naik pasang dalam dan udng galah pun bekurangan makannya, durang pun mencuba mengasting di ujung batu kuala sg. Teraban namun nda berhasil. Jam 4 petang... durang pun mendarat dan membuat keputusan untok mendalak lagi di kawasan luagan yang belum pernah durang terokai yang mana Madi berhasil menaikkan 2 ekor dalak dan 1 ekor bdus, Edin menaikkan 1 ekor dalak manakala Kujik menaikkan 1ekor dalak dan bnyk kali ugat sama miscal saja... Tahniah kepada smua yang belurih...

Friday, December 16, 2011

CASTBOTT TOMLAK YANG BERHASIL @ EPM

Khamis 15/12/2011 jam 7 pagi Cpt Asat Albab bersama Danan aka Labooh dan Fadli aka Og menomanlak di EPM menggunakan perahu milik Roy dengan kaedah CASTBOTT 2 IN 1. Kaedah casting...seekor toman dan seekor dalak tewas ditangan Danan dan sekali miscall uleh toman monster. Seekor toman dan seekor dalak tewas ditangan Fadli manakala 4 ekor dalak seekor toman tewas ditangan Asat Albab dan sekali tewas uleh toman monster ugat (lepas). Kaedah bottom...seekor toman tewas ditangan Danan, 2ekor toman tewas ditangan Asat Albab manakala Fadli alum ada rezeki membottom.TAHNIAH semuanya..